Jika hidung anak anda berbau busuk.

Bismillahi walhamdulillah…

Sebagai berkongsi pengalaman, jika hidung anak anda berbau busuk.

Maryam, 5 tahun

Sabtu, 8 Mei: Tengah hari tadi, selepas riadah keliling taman dan berkebun, saya dan isteri membawa Maryam berjumpa pakar ENT di Seremban. Puncanya, empat bulan lepas hidungnya berdarah, kemudian selsema tak henti dan lebih merunsingkan, hidungnya berbau busuk! Pelbagai usaha kami lakukan; ke klinik biasa, klinik homeopathy dan nasihat tradisional. Menurut pengamal perubatan tradisional tersebut, mungkin alahan sebab pada leher Maryam ada ruam.  Maka dia mencadangkan supaya diberi air rebusan jintan putih, yang juga berfungsi sebagai anti-biotik. Rasanya dah berbotol ubat selsema dan anti-biotik Maryam ambil, tapi masih tidak hilang, terutama bau busuk yang terbit dari hidungnya. Sedih juga, abangnya Faiz selalu mengejek; busuk!

Alhamdulillah, apabila dibawa berjumpa doktor pakar dengan kecanggihan

Pakar dibantu alat canggih

alat yang ada, beliau dapati ada objek di dalam hidung Maryam. Akhirnya dapat dikeluarkan, iaitu segulung plastik putih dengan saiz lebih kurang 10mmX5mmX1mm! Tak tahulah macam mana boleh ada dalam hidung Maryam. Doktor sendiri berkata, first time jumpa kes macam ini. Selepas mengucapkan terima kasih, kami keluar untuk mengambil ubat dan membayar kos RM230 sahaja! Harapan kami, masalah hidung Maryam akan selesai.

Hasilnya…

Pengajaran

  1. Rujuklah orang yang pakar dalam hal yang berkaitan.
  2. Seorang yang pakar, perlukan alat untuk berjaya.
  3. Kenal pasti punca masalah, kemudian selesaikan punca masalah tadi.
  4. Sediakan wang secukupnya untuk kes-kes kecemasan tidak diduga.

Wallahu a’lam, wassalam.

—————-

(25 Nov. 2012, 8.00 malam)

Ketika melayan bapa mertua yang bertandang ke rumah, saya menerima panggilan telefon dari Sarawak. Pemanggil sebenarnya orang Nilai menceritakan masalah anaknya yang serupa. Beliau akan bercuti di Semenanjung esok dan bercadang ke klinik tempat saya bawa Maryam dahulu. Memandangkan ada keperluan, saya sertakan peta lokasi Klinik ENT Chng di Seremban. Mudah-mudahan lebih membantu.

GoogleMap

Anak panah merah meunjukkan lokasi Klinik ENT Chng

18 Respons

  1. Salam.
    Sy dh lme mengalami mslah yg sme dgn maryam tu. .
    Sejak dr kcil lg shingga umur sy 18 tahun derita dgn pnykit trsbut. .
    Sy dh puas kne ejek. .
    Dn sy brtekad lps tmat diploma sy akan bjumpa dgn dktor pkar. .sy xnk kne ejek lg. . =(

    • Salam, Fareez. Terima kasih kerana sudi berkongsi masalah.
      1. Simptom mungkin sama, tetapi punca mungkin berbeza. Merujuk kepada pakar adalah usaha dan jalan terbaik.
      2. Setiap orang akan diuji dengan ujian berbeza. Sakit tu datang dari Allah jua, sama seperti nikmat. Maka dari situ, terbitlah sabar dan syukur.
      3. Fareez masih belajar, mengapa tunggu sehingga habis diploma, bukan sekarang? Apapun, moga Allah permudahkan semua urusan… pelajaran maupun kesihatan.
      Syukran, wassalam.

  2. as’kim.. saya jga ada masalah yg sama.. saya tak sanggup nak dgr mcm2 hinaan n umpatan dari org sekeliling terhdap saya… saya sering d’lema dan ingin sahaja saya mahu mbunuh diri saya.. saya pon hamba ALLAH jga mcm mereka dan saya jga m’punyai hati dan perasaan.. harap ustaz dpt tlg saya selesaikan masalah saya ini..=(

  3. alhamdulillah anak mu sudah sembu..hari ini anak saya hidung nya berbau..saya takut..waswas..besok akan di bawa ke dokter ahli hidung dan telingga..saya mohon doa dari semua umat untuk kesembuhan anak saya..amin..

  4. assalamualaikum…
    sy telah mengalami masalah hidung berbau sejak sy mengandungkan anak yg pertama…maknanya sudah hampir 5 tahun sy mengalami masalah nin.sudah banyakklinik yg sy telah pergi,namun hasilnya tetap sama.bolehkan pihak tuan beritahu dimana lokasi maryam mendapatkan rawatan

    • Wa alaikumus salam warahmatullah.
      Saya bersimpati dengan masalah dihadapi. Maryam mendapat rawatan di Klinik Pakar ENT Chng di Seremban. Lebih kurang 200m dari Chartered Bank.
      Rasanya mana-mana Klinik ENT boleh dirujuk. Wallahu a’lam. Moga Allah permudahkan urusan puan.

  5. assalamualaikum… saya mempunyai masalh hidung berbau… saya prnah pergi ke hospital tapi tetap tiada perubahan.. saya juga percaya bau busuk ini datang dari pnyakit resdung tapi sy pernah membuat rawatan resdung, masih lagi tiada perubahan. saya selalu menjauhkan diri dari orang ramai disebabkan bau busuk ini. tolong la saya…

    • Wa alaikumus salam warahmatullah.
      Mungkin belum bertemu doktor atau ubat yang serasi. Dah cuba jumpa pakar ENT?
      Saya doakan Muhammad Qusyairi segera sembuh dan tidak perlu lagi menjauhkan diri dari orang lain.
      Wallahu a’lam, wassalam.

  6. Assalamualaikum,
    mohon share info,klinik pakar ENT mana tu kat seremban? kalo ada address or phone no, coz saya ada sorang anak perempuan umur 10thn yg tak penah2 kering hingusnye. tgok mcm ada sindrom resdung pun iya juga coz kdg2 ngadu gatal2 di hidung. tp kasihan bab hingus yg tak penah kering tu meskipun dah cuba macam2 ikhtiar. cuma blom bwk g pakar je. ingat nak try g pakar ENT cuma tak tahu yg mana satu. since kami dok PD, so yg terdekat, kat seremban le rasanye. kalo sudi, mohon share info klinik tu. terimakasih. wassalam.

  7. salam.saya br menyedari hidung ank sy berbau bl die demam last wek.bau sgt kuat.sy bw jumpa doctor n bg ubt titis.bl ubt ltk nmpk xde bau.bl kesn ubt hilg,on semula bau.ubt br pakai 4 hr.sy google n jumpe mcm2 maklumat.risau sy.yerlah hati ibu.kalau minggu ni xbaik,kn cari pkr ent jglah.harap xde pe yg mudarat.ank sy xde tanda2 hidung bdrh.cm on off selesema n batuk.selera mkn ank awk mcm mn ms ada mslh hidung tu?ank sy nmpk ok jg mkn.

    • Salam. Selera makan dia tidak berubah. Jika berpanjangan bawalah jumpa pakar ENT. Moga masalah selesai, insyaallah. Wassalam.

  8. Alhamdulillah..Terima kasih. Catatan yang mendorong / memudahkan urusan kami hari ini. Anak saya 6thn mengalami masalah yg sama. Hidungnya berbau… mulanya kami mengagak bau itu datang dari mulut/giginya yg rosak..’google’ & terbaca catatan ini. Dengan segera membawanya ke pakar ENT, & secebis ‘sponge’ sebesar duit 5sen dikeluarkan dari hidungnya….bau busuk dah hilang. terima kasih sekali lagi..Alhamdulillah.

  9. Nafas berbau pun doktor boleh selesaikan ke? Tolong saya.

    • Saudara Amir, saya yakin dengan kepakaran yang ada pada doktor mereka boleh tolong. Jumpalah doktor yang pakar dalam bidang berkenaan.
      Kalau nafas berbau, mungkin pakarnya adalah doktor gigi kot? Berkait dengan kebersihan mulut, gigi dan gusi. Tanyalah pakar…
      Wallahu a’lam

  10. Hidung saya mengeluarkan bau yang kurang enak.
    Saya sering dijauhi dari rakan rakan saya. Bolehkahh doktor selesaikan masalah saya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: