Rahsia masakan sedap

Bismillahi walhamdulillah…

"Wahai orang-orang beriman, makanlah dari yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepada kamu..."

Minggu lepas saya sempat berbual panjang dengan seorang pakcik yang pandai memasak dan berpengalaman mengusahakan kantin di sebuah kilang yang mayhur di Klang. Menurutnya, pihak pengurusan kilang tersebut yang diterajui oleh rakyat asing (Korea) selalu merungut tentang masakannya yang ‘tidak sedap’ pada tekaknya. Perkara ini berlarutan beberapa bulan dan beliau sendiri pernah mengadap pihak pengurusan untuk menerima komplen.

Selesai satu masalah

Suatu hari, seorang lelaki Cina yang selalu mengambil sisa makanan di kantin tersebut menawarkan diri membantu; “Pakcik bagi saya dua puluh Ringgit. Lepas ini mesti sedap”. Tanpa banyak soal, duit diserahkan dan tidak lama kemudian lelaki itu datang membawa satu tin sebesar tin sardin saiz besar. Isinya seperti minyak masak yang telah digunakan untuk menggoreng ikan, kehitam-hitaman. “Pakcik masukkan satu sudu saja dalam masakan.” Demi memastikan masakannya sedap dan tidak dikomplen lagi, pakcik itu menurut seperti dicadangkan. Memang betul, sejak hari itu tiada lagi komplen dari pihak pengurusan.

Amanlah pakcik tu selama beberapa bulan tanpa sebarang komplen. Sehinggalah suatu hari seorang lelaki cina lain  datang mengambil sisa makanan dan terjumpa tin minyak tersebut lantas bertanya, “pakcik masak pakai minyak ini?” Jawab pakcik tu, “tarak la. Pakai sikit saja, apa hal?” Ini barang, melayu tak boleh makan punya. Ini minyak babi,” jelasnya. Terperanjat beruklah pakcik tu. Patut la si Korea tu tak bising-bising lagi, rupa-rupanya dah dapat minyak babi!

Pengajaran

  1. Dahulu sayapun tak percaya bahawa minyak babi boleh menyedapkan makanan. Tapi selepas mendengar kisah benar ini, anggapan saya berubah. Patut la pengusaha bukan Islam beriya-iya menggunakan minyak babi dalam masakan atau produk mereka. Kita yang jadi mangsa.
  2. Sepatutnya kita boleh bergantung kepada pengusaha muslim, dan mereka sepatutnya amanah dalam bab halal haram. Tapi, kalau mereka jahil- label di tin tak pandai nak baca- memang kita kena lebih berhati-hati.
  3. Kita tidak boleh bergantung kepada orang bukan Islam untuk menentukan halal haram makanan kita. Seorang pengusaha restoran berbangsa Cina menceritakan kepada jiran saya yang mahir memasak masakan Cina; Bila orang Melayu datang tanya saya, you punya restoran halal ka?  Saya jawab halal la! Meniaga ma. Dia olang mau makan, saya mau untung. Sedangkan menurutnya, hampir semua masakan Cina menggunakan arak!
  4. Setiap orang bertanggung jawab menjaga makanannya, jauh dari yang haram. Kalau tidak, amalan dan doa kita tidak diterima Allah. Kalau ragu-ragu- dikira syubhat- jauhkan juga. Kerana sabda nabi; Siapa terjebak dalam perkara syubhat, dia terjatuh dalam perkara haram.

Kecualilah jika kita jenis yang tidak kisah, semua dibelasah! Sendiri mau ingat…

Wallahu a’lam. Wassalam.

About these ads

Satu Respons

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: