Jika sayang, berilah nasihat.

Bismillahi walhamdulillah.

Dalam kitab Riyadhus Solihin, bab nasihat, Imam Nawawi menghimpunkan beberapa ayat dan hadis berkaitan nasihat.  Ayat yang dikemukakan pada awal bab ialah

ِإنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَة

Maksudnya: “Sebenarnya orang-orang beriman itu bersaudara…” (Al-Hujurat:10)

الدِّیْنُ النَّصِيْحَةُ.قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ

Maksudnya: “Agama itu adalah nasihat. Kami bertanya, untuk siapa? Untuk Allah, kitabnya, rasulnya, para pemimpin kaum muslimin dan seluruh umat Islam.” (Muslim)

Pada penghujung bab, Imam Nawawi membawa hadis berikut;

لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُكمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Maksudnya: Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mengasihi untuk  saudaranya seperti mana dia kasihi untuk dirinya sendiri.” (Bukhari, Muslim)

Maksud nasihat ialah mahukan kebaikan untuk orang yang dinasihati dan memandu mereka ke jalan kebaikan. Saya tidak bermaksud untuk menjelaskan nasihat dari sudut hukum, kaedah dan adab-adabnya. Tetapi melihat nasihat dalam konteks gandingan ayat dan hadis yang dikemukakan oleh Imam Nawawi.

Berdasar ayat dan hadis-hadis di atas, boleh difahami bahawa antara ciri kesempurnaan iman seseorang adalah dengan menjalankan tanggung jawab nasihat kepada saudaranya yang lain.

Banyak kepincangan dalam kalangan masyarakat yang kita ketahui dan masalah yang membebani mereka. Seperti kemunduran dalam bidang pelajaran, masalah kemiskinan dan beban hutang, masalah keluarga dan rumahtangga, masalah kesihatan dan penyakit yang menimpa, masalah kejahilan dan jauh dari majlis ilmu, masalah persengketaan dan bermasam muka dan macam-macam lagi.

Jika kita suka agar masalah-masalah tadi tidak menimpa kita, maka kita juga sepatutnya suka agar sahabat dan jiran kita terselamat dan bebas daripadanya.

Teori, mana amalinya?

Berusahalah untuk membebaskan anak murid kita dari kejahilan, bebaskan rakan sekerja kita dari pasif dan tidak proaktif, bebaskan jiran kita dari menyendiri tidak berteman, bebaskan pemimpin kita dari kezaliman… kerana kita sayangkan mereka. Patutlah para pendakwah yang hakiki tidak ada masa untuk berehat, kerana mereka sibuk menyampaikan nasihat kepada sasaran dakwah mereka. Sebagai meneruskan risalah nabi. Kita pula di mana? Jika tidak dapat semuanya, buktikanlah sebahagian sayang kita kepada sebahagian saudara kita yang lain.

Wallahu a’lam.

Klik: Coretan tentang nasihat.

Satu Respons

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: