Ramadhan: Betulkan yang biasa…

Bismillahi walhamdulillah…

Malam pertama Ramadhan 1432H menjelang lagi. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya kita masih lagi dipanjangkan umur. Insafilah bersama beberapa kenalan, jiran dan saudara kita tidak dapat mengecapi Ramadhan kali ini.

Ada beberapa kebiasaan bersabit bulan Ramadhan yang perlu kita renungi dan insafi. 

Ada orang mengumpulkan duit atau menyediakan bajet khusus untuk bersedekah pada hari raya. Malu  orang kata kita kedekut atau miskin, maka kitapun menyedia barang seratus dua untuk bersedekah pada aidil fitri. Memang itu lazim berlaku dan baik. Tapi perlu kita sedari, bersedekah pada bulan Ramadhan lebih besar pahalanya daripada bulan lain. Bahkan Allah naikkan darjat amalan sunat menyamai amalan fardu. Sepatutnya kita menyediakan bajet untuk bersedekah pada bulan Ramadhan, bukan sebaliknya! Alangkah indahnya kalau kita mampu menyediakan untuk kedua-duanya sekali.

Ramadhan adalah bulan kita meningkatkan amalan, semua jenis amalan. Sayang sekali, pada bulan Ramadhan ada yang tidak lagi solat maghrib pada awal waktu. Sebab? Menyelesaikan ‘berbuka’ terlebih dahulu. Alasan, “makruh solat kalau perut lapar!” Sebaiknya berbukalah dengan tamar dan air dahulu, sebagaimana yang nabi SAW ajar. Kemudian solat seperti biasa. Maka tidak timbul isu lewat solat atau tertinggal solat berjamaah. Lebih menyedihkan, kalau ada orang surau berbuka di surau, tapi mereka yang lewat solat maghrib.

Bila sebut Ramadhan, terus tergambar kurang makan, kurang minum dan kurang belanja. Pastinya menjimatkan. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Mungkin kita biasa dengar orang mengeluh, “bulan puasa ni, bajet lari sikit la.” Apa tidaknya, bila berbuka kita qadha’ makan dan minum sepanjang siang tadi dan ditambah dengan juadah istimewa yang jarang kita kecapi pada hari biasa. Maka timbul satu lagi masalah, semakin puasa makin naik berat badan atau makin dapat penyakit. Berlawanan dengan janji- berpuasalah, nescaya kamu sihat. Puncanya adalah tidak menjaga adab ketika berbuka dan makan pada lewat malam kemudian terus tidur.

Akhir sekali, malam pertama surau penuh bahkan melimpah. Biasa la macam tu Ustaz, awal Ramadhan… Bila sampai penghujung Ramadhan, bilangan saf dan jamaah semakin surut. Alasannya, ramai balik kampung! Sedangkan anjuran Rasulullah ialah supaya ita memperhebatkan amalan pada sepuluh malam terakhir kerana terdapat lailatul qadar. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Budak tadikapun tahu. Tapi sayang, kebiasaannya jamaah makin berkurang. Kebiasaan ini perlu diperbetulkan.

Muhasabah dibuat untuk kita jadikan sempadan. Semoga kita bijak beramal, bijak berbelanja dan bijak menentukan keutamaan.

Wallahu a’lam. Selamat meningkatkan amal… (Ya Allah! Bantulah kami…)

 

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: