Kemahiran dan alat


Suatu pagi ketika sedang berehat selepas gotong royong di surau, saya melihat beberapa orang pekerja sedang memotong rumput dengan mesin mereka yang senyap, lancar dan mudah dihidupkan walaupun sambil berdiri!
Tenaga semata-mata tidak menjamin kejayaan sesuatu kerja. Perlu kepada latihan sehingga menjadikan kita pekerja mahir yang terlatih dan boleh menjayakannya. Sebab itu hampir semua pekerjaan memerlukan tenaga kerja yang terlatih seperti guru, doktor, buruh dsb. Ini untuk memastikan kerja tersebut kemas dan baik kualitinya.
Apalah gunanya pekerja yang terlatih tetapi dia tidak dibekalkan alat yang baik! Umpama seorang pemuda yang kuat mengusung mesin pemotong rumput, pandai menghayu mesin supaya tidak terlalu tebal atau nipis rumputnya, tetapi tidak memiliki atau dibekalkan mesin pemotong yang baik! Pasti sekali tenaga dan masanya akan terbuang untuk menghidupkan mesin tersebut. Ini pengalaman saya.
Apakah alat yang kita perlukan untuk menyempurnakan tugas kita sebagai khalifah? Memandangkan banyak kerja perlu dibuat, maka alat yang diguna juga adalah pelbagai. Barulah kita dinamakan orang buat kerja secara serius dan bersungguh-sungguh.
Sebagai contoh, imam solat, muazzin dan penceramah perlu dibekalkan mikrofon dan pembesar suara yang baik supaya suara mereka jelas didengari dan menarik perhatian.
Guru di sekolah perlu dilengkapkan dengan kemudahan komputer, pencetak dan pengimbas serta kertas yang mencukupi supaya mereka dapat menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang bermutu tinggi.
Kalau seorang murabbi dan pendakwah, apa pula alat yang dia perlukan? Telefon bimbit, komputer yang dilengkapi pencetak dan internet, kenderaan yang berfungsi dengan baik, buku catatan atau organizer yang dimanfaatkan dsb.
Sama-samalah kita ambil iktibar dari kelicinan kerja pemotong rumput tadi!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: