Sepakat Membawa Berkat

Baru-baru ini ada rasa tidak puas hati ditimbulkan oleh peserta ibadah korban musim 1430H. Bukan masalah harga, sebab RM350 adalah harga yang munasabah untuk satu bahagian lembu. Tapi tidak puas hati sebab ada bayaran tambahan atau harga lembu lebih murah dari jumlah terkumpul. (Contoh: RM350 X 7 = RM2,450. Tapi harga sebenar lembu cuma RM2,300 sahaja!)

Beberapa persoalan:
1. Siapakah yang menganjurkan projek korban beramai-ramai ini?
2. Pernah tak buat korban beramai-ramai sebelum ini?
3. Orang yang menguruskan pembelian lembu tu tahu tak adat / kebiasaan setempat dalam bab korban beramai-ramai?
4. Adakah surau bermatlamatkan keuntungan semata-mata dalam projek korban ini?
5. Adakah peserta korban dijelaskan tentang ke mana perginya RM350 mereka itu?

Saya tertarik untuk mengulas kerana pada tahun ini emak saya di kampung turut berkorban, bukan satu bahagian, tapi satu ekor melibatkan kami 4 beradik ditambah dua orang adik emak yang tinggal berdekatan. Sebagai anak lelaki tertua, saya perlu ambil tahu sedikit sebanyak pengurusan ibadat korban tersebut. Jangan terperanjat, harga lembu yang emak saya beli tu RM2,800!! Jiran depan rumah yang jual lembu tu kata; “Akak tak payah buek apo-apo. Akak tau broseh yo.” Macam tu la lebih kurang.

Pada mulanya emak saya nak pilih warna putih, kerana orang kata kalau nak korban elok warna putih. Emak saya menurut. Tapi sebenarnya emak saya berkenan dengan lembu yang berwarna merah, sebab lembu tu jinak. Memang jinak, boleh dipeluk cium! Menjadi kebiasaan, emak saya akan rujuk saya. Saya jelaskan; setahu saya tidak arahan untuk memilih warna apa. Tapi kalau nak berkorban, elok pilih yang paling kita suka. Macam nabi Ibrahim mengorbankan anak kesayangannya Ismail. Maka emak sayapun bertukar kepada yang merah, walaupun asalnya dia telah memilih yang putih.

Korban boleh dibuat secara individu, di rumah masing-masing. Tetapi apabila ada kesulitan untuk membeli seekor lembu dengan harga mencecah RM2,000 maka timbul idea supaya dibuat secara berkongsi 7 bahagian untuk seekor lembu. Dalam hidup bermasyarakat, banyak perkara perlu diberi pertimbangan. Niat ikhlas semata-mata tidak memadai. Selain perlu selari dengan syarak, pengetahuan tentang selok belok pengurusan ibadat korban secara beramai-ramai juga perlu ada. Supaya ibadat bukan sahaja tercapai, tetapi terlaksana dengan sempurna… maqam ihsan!

Dalam isu ini, semua pihak perlu ambil iktibar.
1. Peserta korban: perlu tahu dan ambil tahu tentang akad mereka ketika nak sertai korban tersebut. Berapa ringgit? Bayaran ni untuk apa? Apa hak saya? Apa yang perlu saya buat? Berapa kilo untuk saya? Macam mana dengan agihan?
2. Tukang cari lembu: jika sebagai orang tengah, maka perlu jelas peranan sendiri. Iaitu menyampaikan hajat peserta dengan mencari lembu harganya RM2,450. Tidak lebih dari itu. Sebab, selepas dapat lembu, dia akan serahkan kepada pihak ketiga, iaitu JK Korban di Surau. Nampaknya peserta belum boleh lepas tangan lagi, kerana ada lagi langkah berikut yang perlu dilalui sehingga lembu selamat dikorban dan daging berjaya diagihkan. KECUALI jika para peserta berpakat untuk menguruskan lembu dari sembelih hingga agih..
3. Jawatankuasa Korban: jika menjadi penganjur (biasanya begitu la..) perlu menjelaskan kepada para peserta dari mana dan ke mana duit kutipan akan dibelanjakan. Contoh; untuk beli lembu, pengangkutan, upah sembelih, plastik agihan, jamuan pekerja dan… masuk tabung surau jika ada lebih. Pastikan para peserta maklum dan setuju dengan syarat ini. Jika tidak, mereka berhak untuk tidak bersama; cari sendiri, beli sendiri dan agih sendiri. Masalah mungkin timbul bila JK tidak berbuat demikian atau lebih malang jika tidak ada JK langsung dan bergantung kepada Setiausaha sahaja! Sebab tahun-tahun sebelum ni, macam tu!!

Kebiasaan masyarakat setempat.
Pada saya, isu ini tidak akan besar kalau masing-masing tahu adat setempat. Masuk kandang kambing mengembek… Semasa saya di Klang, JK korban akan mengeluarkan iklan berserta keterangannya. Jelas, tiada yang tersembunyi. Tapi bila sampai BWP, tak dengar pula tentang iklan. Tahu-tahu dah tercatat dari 6 ekor jadi 7 ekor lembu! Masya Allah… hebatnya!! Mungkin ada iklan, tapi saya tak datang surau semasa iklan dibuat.

Surau buat bisnes!!
Sepatutnya tidak timbul isu, kerana situasinya ialah menang-menang. Peserta dipermudahkan dengan korban beramai-ramai dan surau pula dapat sedikit pulangan. Apatah lagi bila telah dimaklumkan dari awal bahawa sebahagian bayaran akan dimasukkan dalam tabung surau. Kalaupun bisnes, peserta juga yang dapat imbuhan, iaitu pahala berlipat ganda di akhirat kelak. Dengan syarat, ikhlas dan tidak diungkit-ungkit.

Sepakat Membawa Berkat
Oleh itu, untuk aktiviti yang besar, bawa-bawalah berpakat. Hidupkan syura dan istisyar. Jangan main ‘insya Allah, insya Allah’ sahaja! Apa gunanya jika kampung kita tahun ini menumbangkan 7 ekor lembu. Tapi dalam hati diselit rasa tidak puas hati, rasa tertipu dsb. Maka hilanglah barakah dari Allah Taala…

Cadangan saya
Sekarang perkara dah berlaku, apa nak buat? Kalau peserta dah bayar RM350, kemudian nak minta tambahan lagi sebagai bayaran pengurusan! Bimbang mereka tak puas hati. Pada pendapat saya, terima sahaja lembu-lembu tersebut dan surau tanggung kos pengurusan. Dalam congakan saya, sekitar RM300 sahaja. Bukan duit Bendahari atau Setiausahapun. Habis cerita. Lebih-lebih lagi projek secara gotong royong dan dikhabarkan ada tukang sembelih tahun ni yang tak caj apa-apa bayaran. Syukran, ya ustaz! Takde siapa yang akan berkecil hati dan bermasam muka atau bersangka buruk. Surau mungkin rugi beberapa ratus, tapi ahli qaryah surau untung sebab tak berpecah belah!! Mana satu pilihan kita? Apatah lagi bila ada pihak menyalahkan surau! So, kena cover…

Kaedah: Adat Sebagai Penentu
Maksudnya, sesuatu perkara yang telah menjadi adat kebiasaan masyarakat setempat boleh dijadikan hukum.

Wallahu a’lam.
Sama-sama kita renungkan!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: