Keluarga jijik!!


JOHOR BAHRU: Disebabkan kedaifan hidup, sepasang suami isteri mualaf yang mempunyai 12 anak terpaksa bergantung pada sumber air parit dicemari sisa baja dan bangkai untuk kegunaan seharian, termasuk membancuh susu bayi mereka yang baru berusia sebulan.

Akibatnya, 14 beranak itu kini digelar ‘keluarga jijik’ oleh segelintir penduduk di sekitar penempatan setinggan Kampung Sungai Plentong di sini, semata-mata kerana mereka sanggup menggunakan sumber air kotor untuk kegunaan harian sejak lebih 16 tahun lalu.

Ketua keluarga berkenaan, Mohamad Jeeva Abdullah, 43, berkata meskipun menyedari penggunaan air parit boleh memudaratkan kesihatan dirinya dan anak-anak, keluarganya tidak mempunyai pilihan kerana tidak berkemampuan mendapatkan bekalan air bersih dari luar.


“Apa yang mengecewakan, biarpun rata-rata penduduk di perkampungan setinggan ini menyedari keluarga saya bergantung pada bekalan air berkenaan, mereka sanggup membuang sisa baja mahupun bangkai haiwan ke dalam parit,” katanya.

Mohamad Jeeva memeluk Islam sembilan tahun lalu manakala hati Salmah terbuka untuk menerima agama Islam pada Oktober lalu.

Menyingkap sejarah hidupnya memeluk Islam, Jeeva berkata, dia ingin mencari kebenaran dan petunjuk dalam hidupnya.


Demikianlah sedutan Harian Metro 30 November.
Mana silapnya? Bukankah mereka juga saudara kita? Apa peranan kita? Moga ia menginsafkan…

Satu Respons

  1. Assalamualaikum Ustaz,Saya pun tinggal di JB, baru hari ini saya perasan ada keluarga di JB yang masih mandi bersumberkan air parit seperti gambar di atas. Terkejut pun ada. Entahlah Ustaz…setahu saya rakyat Malaysia terkenal dengan sikap prihatin dan pemurahnya. Tidak sangka pula saya ada keluarga daif tinggal di kawasan Plentong yang nasib mereka tidak terbela. Mualaf pulak tu. Paparan ini memang benar-benar menginsafkan saya. Saya selalu mengenang dan merenung 'Waktu Silam' kerana masa lalu adalah sejarah yang boleh kita jadikan iktibar dan mengambil pengajaran darinya.Saya guna dan isikan 'Waktu Semasa' dengan perkara-perkara yang bermanfaat untuk diri saya dan keluarga semoga ianya memberi keberkatan hidup kami di dunia mahupun di akhirat. Sesungguhnya kita amat bergantung kepada Rahmat Allah SWT. Tiada jaminan, umur kita akan bertahan sesaat, seminit, sejam atau tahun depan. Setiap minit amat berharga untuk saya. Saya begitu prihatin akannya.Saya rancang 'Waktu Hadapan' untuk persediaan kehidupan kami di dunia dan waktu bertemu Allah SWT nanti. Perancangan hidup amat penting. Apatah lagi bila kita sudah berkeluarga. Kita perlu tunaikan hak kita terhadap Allah SWT, diri kita sendiri, ibubapa, keluarga, saudara mara, jiran-jiran dan sesama Islam khususnya.Terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: