Cadangan pembinaan surau di Vila Suria


Sebelum berpindah masuk ke Vila Suria, saya menyewa selama tiga bulan di Puteri Delima. Semasa bersembang dengan jemaah surau Al-Hidayah BWP saya memaklumkan tentang kewujudan tapak surau di taman yang bakal saya diami. Ada yang menyatakan, tidak perlulah dibina satu lagi surau, surau yang ada ni pun tak penuh, nanti nampak berpecah pula, dll. Pada awalnya saya sendiri berpendapat demikian, apatah lagi apabila kini saya dapati tidak sampai sepuluh orangdari taman saya yang iltizam dengan solat berjamaah di surau BWP. Tetapi setelah masa berlalu, saya sendiri dilantik menjadi Pengerusi JK Pembinaan Surau VS.

Pada pendapat saya, antara kewajaran pembinaan surau itu ialah;
1. Ada tempat yang dikhususkan oleh pemaju untuk surau, seperti pelan asal yang ditunjukkan kepada para pembeli. Saya bimbang, jika tapak tersebut tidak dituntut dan didirikan surau, nanti ‘binaan lain’ pula yang tertegak!
2. Ia adalah hajat dan keputusan mesyuarat pemilik VS yang bersetuju supaya didirikan sebuah surau. Walaupun saya sendiri tidak cenderung ada surau lain, tapi ia telah diputuskan. Saya perlu akur kepada keputusan mesyuarat.
3. 88% VS dimiliki oleh pembeli Muslim yang mewakili 160 buah rumah. Diandaikan dalam tempoh lima tahun akan datang surau BWP mungkin tidak mampu menampung jamaah yang datang. Dengan sangka baik saya, jamaah yang konsisten sekarang akan membawa lebih ramai lagi ahli baru.. Belum ditambah 160 rumah VS yang anak-anak mereka akan meningkat remaja atau belia.
4. Mudah-mudahan dengan banyak surau maka banyak pilihan untuk beribadah dan aktiviti keagamaan yang lain. Dengan mengambil kira, ada orang yang hanya selesa dengan surau dalam kawasan taman sendiri. Janganlah dinafikan kecenderungan mereka ini, apatah lagi ada peluang untuk dipenuhi hasrat tersebut.
5. Banyak surau tidak bermakna kita berpecah. Pada zahirnya kita nampak berpecah, tapi batin dan syu’ur kita sentiasa bersama saudara seIslam yang lain. Apa guna solat dalam surau yang sama, tapi perasaan kita berkecamuk, berpecah pada batinnya! Saya tak maksudkan sekarang kita dah berpecah, tapi sebagai menguatkan hujah kelima sahaja.
Dokanlah bersama; Ya Allah! Andaikata pembinaan surau di VS mendatangkan kebaikan dan menambahkan kekuatan kepada umat Islam, maka permudah dan berkatilah usaha pembinaannya… Amin, ya rabbal alamin!
Andaikata ada tambahan point dari pemilik VS atau orang luar, silakan…
Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: