Berat mata memandang…

Hampir setahun saya berulang dari rumah di Seremban ke pejabat di Putrajaya. Tidaklah jauh sangat, lebih kurang 60 kilometer sahaja! Bila ada peluang untuk berkhidmat di lokasi yang lebih dekat, sayapun memohon selepas mendapat restu dari pegawai-pegawai atasan. Dengar ceritanya surat untuk arahan pertukaran dah ada! Ikut pengalaman, selagi belum terima surat, tak boleh cerita lebih! Beberapa orang rakan sekerja di pejabat pernah meminta supaya saya mengkaji semula cadangan untuk berpindah dari Putrajaya ke Seremban. Antara alasan dan nasihat mereka supaya saya kekal di kementerian ialah kebolehan yang saya miliki (subhanallah), laluan kerjaya yang lebih cerah jika kekal di kementerian (insya Allah) dan saya juga sudah berjaya mengharungi perjalanan selama setahun (alhamdulillah)…

Terima kasih atas penilaian rakan-rakan tersebut, harap ia benar dan saya layak untuk memperolehinya. Setakat ini bukanlah laluan kerjaya yang saya kejar sangat, tapi ada faktor lain. Setiap kali orang bertanya, seronok kerja di kementerian? Saya akan jawab, seronok! Tapi mengapa saya mohon tukar ke Negeri Sembilan! Saya kata, sebab jarak perjalanan yang jauh. Disanggah pula; tapi dah setahun, OK aje! Saya jelaskan; memanglah saya datang dan balik kerja lebih kurang sama macam orang lain. Kadang-kadang punch-in merah sebab lewat. Adakalanya balik lewat dan pernah sekali solat maghrib di pejabat! Itu adalah kewajipan saya, seperti orang lain. Tapi tak ramai yang tahu, beban yang saya tanggung bermula dari keluar rumah seawal 6.15 pagi. Sampai rumah lazimnya jam 6.45 petang. Belum habis lagi, kadangkala lepas solat maghrib tidur dulu lantaran keletihan dan solat isyak jam 2.00 pagi! Ini adalah hujah saya yang pertama mengapa saya beria-ia nak tukar tempat kerja, walaupun sebagai guru biasa di sekolah. Moga Allah permudah dan berkati pilihan ini…

Memang ramai lagi orang lain yang keluar awal dan sampai rumah lewat malam. Tapi kita tak boleh samakan semua orang dan buat hukuman yang serupa. Faktor kesihatan, kewangan, keluarga, tanggungjawab dakwah dan masyarakat perlu diambil kira. Maka, sementara ada peluang saya perlu rebut dan buat keputusan yang bijak. Terima kasih kepada rakan-rakan yang memahami. Namun, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: