Patah tumbuh, hilang berganti…

Alhamdulillah, pada 30 Disember lepas selepas lama bercuti, saya menerima surat berwarna kuning Arahan Pertukaran PPPS ditanda tangani oleh Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) yang memaklumkan bahawa saya ditukarkan sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Menengah Agama Rantau, Negeri Sembilan gred DG44 secara hakiki. Maka confirm lah saya dapat bertukar dari Putrajaya balik ke Seremban. Menurut boss saya, Tn. Hj. Abd. Rashid bin Ngah, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam (BPI); secara hakiki inilah yang kita nak, di sini ustaz hanya KUP (Khas Untuk Penyandang) sekarang dah hakiki (lebih kurang macam tu la kata dia). Ada rakan setugas yang berkata, anta solat hajat ke dapat tukar ni? Ada juga yang berkata, anta dapat pulak tukar, anta buat macam mana? Kegembiraan ini saya kongsi sama dengan rakan-rakan lain dengan menunjukkan surat itu kepada mereka. Pastinya ucapan tahniah mengiringi kalam mereka, tidak kurang juga yang mengadu, kenapa tinggalkan kami di sini!

1. Sebenarnya, bukanlah secara hakiki itu yang saya kejarkan sangat (Kepada yang tak tahu nak bezakan apa itu hakiki dan KUP, bertanyalah kepada yang lebih arif). Bukanlah jawatan PK HEM itu yang saya inginkan. Sebab orang kata, mula-mula jadi PK, lepas tu naik jadi Pengetua pulak! Bukan pangkat dan jawatan… Tapi, beberapa perkara lain yang perlu saya ambil kira, dari segi faedah duniawi dan ukhrawi. Tak perlulah saya syarahkan di sini, nanti rakan-rakan di BPI kata, habis kami ni tak fikirkan dunia dan akhirat ke? Point saya, setiap orang perlu fikir dan ambil tindakan yang boleh menguntungkannya di dunia dan akhirat. ‘Sendri mau ingat’ dan ‘lu fikir la sendiri’!… Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberi pandangan untuk saya pertimbangkan. Terutamanya tuan Pengarah BPI sendiri dan Ustaz Abdullah bin Salleh, Timbalan Pengarah (PIPA).
2. Solat hajat! Tidak. Saya tak buat pun, bukan cakap besar, tapi itulah hakikatnya. Yang saya amalkan ialah solat dua rakaat dan doa istikharah seperti yang nabi ajarkan (ma’thur). Jika ada kesempatan saya sertakan doa itu untuk amalan bersama. Saya mohon bantuan Allah, jika pilihan itu baik untuk dunia dan akhirat saya, agar dipermudahkan lagi diberkati.
3. Memang dah jadi perangai saya, kalau benda belum pasti saya tak akan war-warkan. Sehinggalah dapat surat, ada hitam putih baru saya maklumkan. Sebab macam-macam boleh berlaku. Ada rakan saya di sekolah dulu, heboh dapat tukar ke Jabatan, tapi tak jadi! Ada yang surat dah dapat, tapi tarik balik! Pengalaman enam tahun di Jabatan Pelajaran Selangor menguruskan pertukaran / penempatan guru dan murid banyak mengajar saya. Macam-macam… Terima kasih kepada Ustaz Kamal yang dah maklumkan kepada jamaah surau al-Hidayah tentang pertukaran saya itu lepas kuliah subuh tadi. Doakan pertukaran ini memanfaatkan semua pihak.
4. Patah tumbuh hilang berganti, insya Allah. Dua tiga kucing berlari, mana nak sama si kucing belang… (sambung sendiri). Saya akui Allah kurniakan saya kelebihan yang wajib saya syukuri, di samping kelemahan yang perlu saya perbaiki. Tapi siapa sangka, saya doakan agar pengganti saya nanti lebih baik orangnya dari segi al-quwah wal amanah!
5. Kepada rakan-rakan sekerja yang masih di BPI tu, saya rakamkan terima kasih yang tidak terhingga atas layanan baik, tunjuk ajar dan kerja sama yang telah diberi. Hanya Allah jua sebaik-baik pemberi ganjaran. Maafkan saya atas segala kesilapan, buruk bicara yang mengguris perasaan dan mengganggu kelancaran pentadbiran. Ingatlah, tidak kira di mana kita berada; sekolah, PPD, JPN maupun KPM, matlamat kita hanyalah satu, iaitu mencari keredhaan Allah. Cuma cara dan bidangnya sahaja yang berbeza. Menyedari hakikat ini juga, saya beranikan diri turun ke sekolah, berbekalkan 7 tahun mengajar dan 7 tahun mengurus.
6. Kepada isteri, anak-anak, jiran setaman, jamaah surau, sahabat seperjuangan– semoga pertukaran dan hijrah saya ini memberikan kebaikan kepada kita semua. Bak kata Ustaz Zawawi selepas saya mendaftarkan anak di PASTI Al-Mawaddah tempoh hari (secara berseloroh), kalau dulu sibuk di JAPIM (BPI la tu..) boleh satu hari (bagi kuliah di surau), lepas ni boleh lah tiga hari!! Masya Allah! Mungkin tidak, sebab saya kena juga penuhi hajat Surau Kg. Ismail untuk bagi kuliah di sana, macam Ustaz Hisham dan Ustaz Kamal, betul tak? Di samping meningkatkan ilmu dan mutu pengisian kuliah-kuliah saya serta komitmen dakwah yang lain, sebagai saham akhirat, insya Allah
Wassalam…

Satu Respons

  1. […] pernah menyebut tentang solat istikharah (memohon jalan kebaikan) dalam kiriman sebelum ini. Saya amat ‘berkenan’ dengan solat istikharah ini kerana bukan setakat ada nas yang […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: