Kerja cari makan atau kerja untuk dakwah?

Dua minggu pertama

Alhamdulillah, pada Isnin 4 Januari lepas saya serahkan Nota Serah Tugas seperti diarahkan. Ustaz Yazit bin Kechik akan mengambil alih semua tugasan saya sebelum ini. Saya dah tunjukkan fail-fail berkaitan dan tugas yang perlu diselesaikan. Selasa 5 Januari pula saya memulakan hari pertama di SMRA Rantau. Mula berkenalan dengan tugasan dan suasana baru. Hari pertama sekadar taaruf dengan guru dan murid, tetapi amat memeritkan saya. Balik rumah terus sakit kepala!! Hari kedua dan berikutnya agak reda.

Minggu kedua, saya sudah mula dapat menyesuaikan diri dengan tugasan sebagai pentadbir dan guru. Beberapa perancangan dan agihan tugas telah dibuat, tunggu saat dibentangkan dalam mesyuarat minggu hadapan. Rentak P&P juga sudah mula dijejak kembali, selepas tujuh tahun tidak mengajar. Interaksi dengan murid dan menangani murid bermasalah juga sudah berjinak-jinak… Sekolah baru, 18 kilometer dari rumah. Perjalanan ke sekolah hanya 30 minit, berbeza dengan Putrajaya dahulu! Guru 16 orang dan murid lebih kurang 220 orang!

Sekarang saya sedang memikirkan langkah praktikal untuk dakwah dan tarbiah di sekolah, supaya tidaklah dilabel sebagai bekerja makan gaji sahaja tanpa usaha ke arah membina generasi muslim yang bertaqwa kepada Allah, selaras dengan moto sekolah; berilmu, beriman dan bertaqwa.

Itulah antara faktor kuat mendorong saya berpindah dari Putrajaya ke sekolah. Moga saya thabat atas niat ini dengan bantuan Allah semestinya dan sahabat-sahabat seperjuangan.

Amal kasbi VS Amal dakwi

Hasil perbincangan saya dalam usrah, kita perlu bezakan antara amal kasbi dengan amal dakwi atau kerja cari makan dengan kerja untuk dakwah. Biasanya para ustaz dan ustazahlah yang gunakan hujah ini; kami mengajar di sekolahpun berdakwah juga. Kerana kami memang terlibat mengajar subjek Pendidikan Islam atau elektifnya. Hujah ini boleh disangkal dengan soalan; kalau kerajaan tak bayar gaji, adakah anda akan terus bekerja di situ dengan alasan meneruskan dakwah? Sudah pasti jawapannya ialah TIDAK! Maka jawapan ini bermaksud, kerja kita tadi lebih kepada amal kasbi– kerja cari makan.

Kerana kerja dakwah tidak memerlukan ganjaran! Tetapi jika kita lakukan sesuatu yang lebih dari kewajipan mengajar, seperti membimbing murid di luar waktu persekolahan, menggabungkan mereka dalam usrah dan tarbiah serta pembinaan diri… Berhubung dengan mereka lepas dari waktu persekolahan, malah pada hujung minggu… maka itulah dia amal dakwi.

Sama-sama kita muhasabah diri,

Wallahul musta’an…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: