Ketuklah besi ketika ia masih panas!

Jam 5.15 pagi Rabu 13 Januari saya dihubungi oleh En. Noor Azmi AJK Vila Suria menyatakan rumah Ustaz Hamid nombor 630 dimasuki pencuri. Dia meminta saya supaya membunyikan siren penggera. Selepas solat subuh saya sempat memaklumkan kepada Samsudin di surau tentang kejadian tersebut dan kami terus menziarahi rumah tersebut. Selepas menyampaikan takziah dan mendengar cerita sebenar, saya pun pulang ke rumah untuk bersiap ke sekolah.

Berikut ada beberapa insiden untuk renungan;

1. Pagi semalam (Rabu 13 Jan.) ketika selesai mengisi minyak di Petronas sebelum tol PD, dalam perjalanan ke sekolah, saya melihat sebuah kereta di belakang saya berpelekat Vila Suria yang lama (lonjong). Dengan seronok saya menyapa; pakcik tinggal Vila Suria ke? Saya pun dari sana juga. Tak, anak saya tinggal sana, jawabnya. Saya sambung, rumah saya nombor 665, anak pakcik nombor berapa? Lepas memikir sejenak, dia menjawab- nombor 850! Soalan terakhir saya, pakcik nak pergi kerja ke? Jawabnya, tak. Saya dah pencen. Setahu saya nombor terakhir ialah 695!!

2. Malam tadi (Khamis 14 Jan.), sekitar jam 12.15 malam, selesai program di luar saya melintasi pondok pengawal. Di hadapan saya ada sebuah kereta Proton Iswara hatchback NBH XXX membelok masuk ke lorong rumah saya, 16/3. Setahu saya tidak ada jiran menggunakan kereta tersebut. Memang sah, sampai hujung lorong kereta tu buat pusingan U dan pergi masuk pula lorong 16/4. Saya kembali ke pondok pengawal dan bertanya; Pak cik, kereta tadi ada sticker tak. Jawabnya, ada. Sticker lama. Musykil juga saya, kalau penduduk Vila Suria, kenapa tersalah masuk lorong?

3. Dan beberapa kali saya (dan penghuni lain juga pastinya), terpaksa menunggu sehingga palang diangkat. Bukan nak masuk, tapi nak keluar!!

4. Malam yang sama, saya sempat ‘joint’ bersembang dengan beberapa orang jiran selorong dengan Us. Hamid di hadapan rumah nombor 634. Lebih kurang lima orang, membincangkan kejadian yang baru berlaku pagi tadi. Dengarnya mereka bercadang nak buat kawalan di lorong tersebut, bimbang pencuri tu datang balik kerana hasil pagi tadi ‘kurang memuaskan’!

Pepatah Arab

Rumah saya cuba dimasuki pada 5 Disember lepas. Cukup sebulan, rumah Us. Hamid pula dimasuki. Tiga bulan lepas, rumah Abang Halim mendahului senarai! Isu panas ni. Kalau dicadangkan buat kawalan seperti Rukun Tetangga, pasti ramai penghuni setuju. Kalau dikempen pasang sistem penggera, ramai yang sanggup keluarkan duit. Kalau ajak gotong royong pasang kawat berduri, mesti setuju punya. Dan macam-macam lagi… sebab pepatah Arab ada menyebut; ketuklah besi ketika ia masih panas!!

Begitu juga isu kalimah Allah. Pada masa ini pasti ramai yang bersemangat. Kalau semangat mereka disambut oleh orang jahil, maka tersebarlah fitnah yang lebih besar!!

Bukan nak bersyarah, tapi sekadar catatan kehidupan.

Wallahu a’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: