Saya kasihkan anda semua.

Selepas solat Isyak 16 Januari, saya sempat berbual dengan Hj. Ramli dan En. Azmi tentang keselamatan di Taman Warisan Puteri (termasuk Vila Suria sekali la tu!). Kemudian saya menuju ke PASTI Al-Mawaddh untuk menyertai mesyuarat JK Pegurusan bersama ibu bapa. Rupa-rupanya nak tubuhkan Jemaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG), macam PIBG yang ada di sekolah biasa. Pada awalnya nama saya dicalonkan sebagai Pengerusi, tapi saya menolak dengan alasan sibuk. Sampaikan ke jawatan AJK biasapun saya berjaya mengelak dengan alasan, berilah peluang kepada ibu bapa yang belum (atau kurang) memegang jawatan dalam sebarang JK atau persatuan merasa sama pahit manis sebagai AJK.

Justifikasi

Saya harap penolakan diri saya tersebut tidak menghampakan JK Pengurusan PASTI (perasan! Macam la dia orang nak sangat kat awak!) dan janganlah ditafsirkan sebagai tidak mahu beri kerjasama dsb. Walaupun Us. A’lim yang mempengerusikan majlis menyatakan tugas sebagai Pengerusi tidak berat dan akan dijayakan bersama oleh AJK yang lain, tetapi saya tetap menolak. Antara alasannya ialah:

1. Saya perlu menyesuaikan diri dengan jawatan baru sebagai PK HEM di sekolah.

2. Saya masih Pengerusi JK Pembinaan Surau Vila Suria, itupun tak terbuat lagi.

3. Saya juga AJK Persatuan Pemilik Vila Suria, yang agak aktif.

4. Saya juga AJK dan pengkuliah Surau Al-Hidayah, walaupun dah lama tak bermesyuarat.

5. Saya juga baru dilantik sebagai AJK ISMA Seremban,

6. Saya memang nak beri peluang kepada orang lain buat kebaikan.

‘Flashback’

Pernah satu ketika dahulu dalam tahun 1980an, ada seorang penceramah hebat (saya lupa namanya). Kalau dia bagi kuliah, akan disediakan tabung supaya para pendengar menghulurkan derma. Pada masa itu anggapan saya mungkin untuk tabung surau dsb. (Tak mungkin untuk saguhatinya sebagai penceramah!). Baru-baru ini semasa membaca untuk persiapan kuliah di surau, tercatat dalam kitab tersebut bahawa ada seorang sufi yang ingin berbuka puasa. Dia berkata kepada orang-orang di sampingnya; berikanlah aku tamar atau air untuk berbuka. Adakah dia zuhud dan terlalu miskin atau suka meminta-minta? Tidak, sebab kata-katanya disudahi dengan; supaya kamu mendapat pahala yang sama macam aku! Kisah ini dibawa sebagai menguatkan syarah hadis; tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mengasihi untuk saudaranya yang lain… Kisah ini terus mengingatkan saya kepada tabung derma tadi. Kalaulah penceramah dapat pahala dengan bagi kuliah agama, maka tidak salah penceramah bagi peluang kepada para pendengar untuk tambah pahala sendiri.

Maka tidak salah saya menolak dan beri laluan kepada orang lain. Kepada JK yang terlantik, saya kasihkan (kebaikan untuk) anda semua…

Wallahu a’lam, wahuwal musta’an…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: