Zuhud

Dari Abi al-Abbas Sahal bin Saad as-Saiedi r.a. berkata, telah datang seorang lelaki kepada Rasululllah SAW bertanya; Wahai Rasulullah! Tunjukkan aku satu amalan yang apabila aku lakukannya, Allah akan kasihi aku dan manusia juga kasihkan aku. Jawab baginda; zuhudlah terhadap dunia nescaya Allah kasihi kamu dan zuhudlah terhadap aa yang ada di sisi manusia maka manusia akan kasihi kamu. (Hasan)

Zuhud ialah berpalingnya kecenderungan terhadap sesuatu kepada apa yang lebih baik daripadanya. Pastinyaapa  yang ditinggalkan itu lebih hina daripada yang diambil. Sesiapa yang tahu bahawa apa yang berada di sisi Allah itu kekal dan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal, seperti permata yang lebih baik dan kekal berbanding salji, di mana dunia ini umpama salji yang akan cair lantas hilang berbanding permata yang kekal.

Di dalam al-quran banyak ayat yang mengeji dunia seperti:

1. Surah al-A’la: 16-17 (Bahkan kamu lebih mengutamakan kehidupan dunia, sedangkan akhirat lebih baik dan lebih kekal.)

2. Surah al-Anfal: 67 (Kamu inginkan bahagian dunia sedangkan Allah mahukan akhirat)

3. Surah ar-Ra’d:26 (Mereka bergembira dengan kehidupan dunia, sedangkan kehidupan dunia itu jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat hanyalah keseronokan sementara)

Begitu juga hadis.

Pada suatu ketika Rasulullah SAW berjalan di pasar, baginda terjuma bangkai anak kambing yang kontot telinganya. Sambil memegang telinganya nabi bersabda; siapa dari kalangan kamu mahukan bangkai ini dengan harga satu dirham? Para sahabat menjawab, tiada siapapun dari kalangan kami yang mahu dan apa yang nak kami buat dengan bangkai tersebut. Nabi bertanya lagi, bagaimana kalau diberi percuma? Sahabat menjawab, demi Allah! Kalau kambing itu hiduppun tetap ada kececatan kerana telinganya kontot, apatah lagi kalau dah mati? Lantas baginda mengulas, demi Allah! Dunia ini lebih hina di sisi Allah daripada hinanya kambing ini di sisi kamu! (Muslim)

Tidaklah dunia ini melainkan seumpama seorang kamu mencelupkan jarinya ke dalam lautan, kemudian lihatlah apa yang tinggal di jari tersebut. (Muslim)

Maka zuhud ialah; berpaling dari sesuatu lantaran sedikitnya, hina dan tingginya himmah terhadapnya.

Yunus bin Maisarah berkata; bukanlah zuhud terhadap dunnia itu dengan mengharamkan yang halal dan mensia-siakan harta. Tetapi zuhud terhadap dunia ialah dengan menjadikan apa yang ada di sisi Allah lebih diyakini berbanding apa yang ada di tangan kamu. Dan keadaan kamu ketika ditimpa musibah dan tidak ditimpa musibah adalah sama sahaja. Dan orang yang memuji dan mengutuk kamu atas kebenaran adalah sama sahaja!

Saidina Ali berkata; siapa zuhud terhadap dunia, entenglah padanya semua musibah.

Al-Hasan berkata; Orang yang zuhud ialah orang yang apabila melihat seseorang, dia akan berkata, orang itu lebih zuhud dariada aku.

Ada seorang salaf ditanya; mungkinkah orang yang berharta itu jadi zuhud? Dia menjawab, jika dia tidak gembira apabila hartanya bertambah dan tidak bersedih apabila hartanya berkurang, maka dia adalah seorang yang zuhud.

Zuhud itu terpakai ke atas perkara yang kita mampu sahaja. Sebab itu apabila dikatakan kepada Ibn al-mubarak, wahai orang yang zuhud! Dia mambalas, orang zuhud sebenar ialah Umar bin Abdul Aziz, kerana meskipun dunia datang kepadanya tetapi dia menolaknya. Tapi aku, apa yang aku zuhudkan!

Sumber: Kitab Tazkiah an-Nufus

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: