Hubungan Kekeluargaan

1. Kepentingan silatur rahmi.

Abu Hurairah meriwayatkan sabda nabi SAW;  Sesungguhnya ar-rahm itu adalah cabang daripada ar-Rahman. Maka berfirman Allah; barang siapa menghubungkan kamu aku hubungkan mereka, barangsiapa memutuskan kamu aku putuskan mereka. (Bukhari).

Dalam riwayat lain nabi bersabda; Sesungguhnya Allah telah mencipta makhluk sehingga apabila siap, bangunlah rahim mengadu kepada Allah. Apahalnya, tanya Allah. Jawab rahim, adakah ini kedudukan orang yang berlindung denganmu dari memutuskan persaudaraan? Allah menjawab; ya. Apakah engkau tidak suka jika aku menyambung sesiapa yang menyambungmu dan aku memutuskan sesiapa yang memutusmu? Rahim menjawab, bahkan. Jawab Allah, itu untukmu. Kemudian nabi bersabda, jika kamu kehendaki bacalah ayat: (Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan jika kamu dapat memegang kuasa kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan silaturahim dengan kaum kerabat? (Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka dan dibutakan penglihatannya. (Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?(Muhammad: 22-24). (Muslim)

Aisyah meriwayatkan sabda nabi; rahim itu tergantung di arasy dan berkata, barangsiapa menghubungkan aku nescaya Allah akan menghubungkannya dan sesiapa memutuskan aku, Allah putuskan mereka.

Nabi menunjukkan kepada kita hasil silatur rahmi di dunia dan akhirat. Abu Hurairah meriwayatkan; sesiapa yang suka jika Allah lapangkan rezekinya dan pelihara kesannya, maka hendaklah dia mehubungkan silatur rahmi. (Bukhari)

2. Bahaya memutuskan hubungan kekeluargaan.

Orang yang memutuskan hubungan tidak masuk syurga. (Bukhari, Muslim, Abu Daud)

Bukanlah orang yang menghubungkan silatur rahm itu dengan memenuhi hajat sahaja, tetapi ialah orang yang apabila engkau putuskan hubungan dia menyambungnya (Bukhari)

Seorang lelaki bertanya nabi; Wahai Rasulullah! Aku ada kaum kerabat yang aku hubungkan persaudaraan tetapi mereka memutuskan. Aku buat baik kepad amereka tapi mereka berbuat jahat kepada aku dan aku berlembut kepada mereka tapi mereka tidak memperdulikan aku. Jawab baginda; jika engkau seperti yang engkau dakwa, seolah-olah mereka bergelumang debu. Akan sentiasa ada pembantu dari Allah untuk kamu menangani mereka selagi engkau dalam keadaan demikian. (Muslim)

Keluarga adalah didahulukan dalam berinteraksi. Sabda nabi; sedekah kepada orang miskin dapat pahala sedekah, tapi ke atas kaum keluarga dapat dua pahala, pahala sedekah dan menghubungkan persaudaraan.

Saiyidah Maimunah telah memerdekakan hamba perempuannya tanpa meminta izin nabi SAW. Maka pada malam gilirannya beliau bertanya nabi; Wahai Rasulullah, adakah engkau perasan bahawa aku telah memerdekakan hamba perempuanku? adakah engkau telah lakukan, tanya nabi. Ya, jawab Maimunah. Lantas nabi mengulas, ketahuilah, jika engkau beri hamba tadi kepada saudara kamu lebih besar ganjarannya. (Bukhari, Muslim, Abu Daud)

3. Praktikal

a. Membantu memenuhi keperluan mereka

b. Bertanyakan khabar mereka

c. Susun jadual menziarahi mereka

d. Berhubung dengan mereka ketika safar

e. Doakan mereka

f. Beri mereka zakat, sedekah, hadiah dsb

g. Minta mereka berterusan doakan kita

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: