Sepakat membawa berkat

Alhamdulillah pada 8.15 pagi, Ahad 31 Januari, kami sempat mengadakan gotong royong kali kedua atas inisiatif En. Norazmi AJK Keselamatan Vila Suria. Sama macam dulu, tak payah surat siaran, memadai dengan SMS sahaja! Gotong royong kali pertama ialah pada Ahad 17 Januari, kami menutup pagar lebuhraya yang dibolosi dan memasang wayar tambahan di atas tembok berhampiran lebuhraya.  Untuk kali ini kami mengalihkan pondok jaga depan takungan JPS ke hadapan rumah En. Muhamad 637. Terima kasih kepada En. Khalil 517 yang telah menyumbang beberapa batang kayu3X4 untuk menjayakan gotong royong.

Akhirnya, tertegak juga!

Bunyinya ringkas, tapi lepas angkat pondok tersebut kami terus berehat! Terima kasih kepada Abang Halim 636 dan En. Muhamad yang menyumbangkan sarapan pagi tersebut untuk kami lebih kurang 15 orang. Lepas sarapan, gotong rouong  diteruskan dengan menutup lubang-lubang hasil hakisan pada tembok untuk menghalang anjing dan pencoroboh. Lubang ‘over flow’ takungan JPS juga ditambah kawat, di samping jeriji tambahan sedia ada. “Jangankan anjing, tikuspun tak boleh masuk!”, ulas salah seorang dari kami. Lebih kurang jam 11.15 gotong royong ditamatkan dengan bacaan doa oleh al-Fadhil Ustaz Zainal Arifin 663.

Sesi kedua, tutup lubang.

Beberapa pengajaran yang boleh diambil dari aktiviti gotong royong ini, walaupun tidak meilbatkan ramai orang;

1. Mengeratkan hubungan antara penduduk VS. Tambah kenalan dan tambah eratkan kenalan sedia ada. Terima kasih kepada Adik Syafiq yang menjadi jurukamera pada hari itu.

2. Melatih supaya berbaik sangka kepada jiran yang tidak dapat hadir. Kerana buruk sangka akan merosakkan diri sendiri dan masyarakat.

3. Dapat bersenam, mengeluarkan peluh dan menguji kelasakan diri sendiri. Juga, jangan paksa kalau tak mampu, nanti merana diri!

4. Peluang mendapatkan pahala dengan menyumbangkan tenaga, masa dan wang. Kalau yang dah nak pencen tu, datang bagi semangat pada yang muda-mudapun kira OK juga. Sumbangannya, bagi contoh teladan kepada yang lain..

Rehat, sarapan dan sembang-sembang...

5. Mesej kepada penceroboh, bahawa kami tidak akan berdiam diri membiarkan kawasan kami dicerobohi.

Moga Allah pelihara kami dari sebarang musibah dan perkukuhkan hubungan antara penduduk Vila Suria. Ya Rabb…!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: