Maulidur Rasul: Alangkah indahnya…


Bismillah walhamdulillah…

صلى الله على محمد، صلى الله عليه وسلم،

صلى الله على محمد، صلى الله عليه وسلم…

Hari ini Jumaat 12 Rabiul Awal 1431 bersamaan 26 Februari 2010, cuti umum sempena sambutan maulidur Rasul SAW. Banyak aktiviti dianjurkan pelbagai pihak sebagai memperingati kelahiran junjungan kita Muhammad SAW seperti ceramah, forum dan perararakan. Semasa saya di Jalan Kebun, Klang dulu, surau-surau akan mengadakan majlis bacaan rawi barzanji selepas maghrib hingga isyak sepanjang awal hingga 12 Rabiul Awwal. Semua ini sebagai salah satu melahirkan rasa cinta kepada baginda SAW.

Perarakan Maulidur Rasul

Sambil memerhatikan perarakan di kaca TV, saya teringat beberapa perarakan yang pernah saya sertai di peringkat negeri maupun kebangsaan… (Dapat la pakaian percuma!) Kita meluangkan masa untuk berhimpun dari awal pagi hingga tengah hari. Kita sanggup travel, datang dari jauh untuk berhimpun bersama kontinjen lain. Kita berhabis wang ringgit supaya baju melayu yang dipakai seragam. Kita berselawat ramai-ramai dengan suara yang lantang supaya meriah dan rasa izzah. Kita berbincang dan berfikir bagaimana menjayakan majlis tersebut.  Subhanallah… semuanya demi menzahirkan rasa cinta kepada mu, Ya Rasulallah!

Alangkah Indahnya…

Tahniah kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis tersebut. Lambang kecintaan dan perpaduan ummah. Alangkah indahnya jika rasa cinta itu kita teruskan, kembangkan dan budayakan dengan;

1. Berkorban dan memperuntukkan masa bagi mendalami, menghayati dan meneruskan perjuangan Rasulullah SAW. Atau luangkan masa untuk bersama hadiri aktiviti bina diri anjuran surau berdekatan, NGO maupun badan Kerajaan.

2. Sanggup travel ke mana-mana majlis ilmu atau aktiviti yang boleh meningkatkan kefahaman dan penghayatan kita terhadap Islam dengan berjauhan seketika dari isteri dan anak-anak.

3. Memperuntukkan sebahagian dari wang ringgit kita untuk agama Allah, dengan memasukkannya ke dalam tabung surau atau masjid, membiayai para pengkuliah atau penuntut ilmu, atau sekurang-kurangnya membeli buku rujukan agama untuk faedah diri  sendiri.

4. Suarakan kebenaran dan banteras kebatilan. Atau sekurang-kurangnya, keluarkanlah suara untuk membaca Al-Quran, hadis-hadis Rasulullah, di samping melazimkan diri berselawat ke atas baginda SAW.

5. Merancang dan melaksanakan aktiviti demi merealisasikan cinta kita kepada nabi, kehidupan dan perjuangan baginda. Pastinya ini perlukan ahli fikir dan gerak kerja bagai satu kontinjen supaya aktiviti dirancang memberi kesan mendalam.

Jangan salah faham, bukan saya bermaksud tak perlulah buat sambutan, sambutan tu bid’ah,  membazir dsb. Tetapi, biarlah kecintaan itu sebati dengan hidup kita. Dengan majlis itu, sekurang-kurangnya anak-anak, remaja dan belia, atau orang awam rasa sedikit tempias cintakan rasul tersebut. Lebih-lebih lagi pada zaman serba mencabar ini.

Iklan

Taman sayapun ada menganjurkan majlis sempena maulidur rasul iaitu pada hari Sabtu 6 Mac, selepas solat maghrib. Penceramah undangan; Us. Mohd. Zaidi bin Ramli (KPP JAWI dan bekas Timbalan Mufti NS)

Jemputlah datang… Jamuan disediakan!

Wassalam.

Riya’


Bismillahi wal hamdulillah…

Nabi SAW pernah bersabda mafhumnya; Perkara yang paling aku bimbangkan ke atas kamu ialah syirik kecil. Bila ditanya apakah syirik kecil itu, baginda menjawab, ar-riya’.

Definisi riya’

Nabi menamakannya sebagai syirik kerana orang itu beramal bukan tulus untuk Allah, tetapi digandingkan dengan makhluk. Biasanya jika ditanya maksud riya’, rata-rata orang akan jawab; riya’ ialah menunjuk-nunjuk. Tapi saya lebih suka menggunakan takrif yang diberikan oleh ulamak. Maksud riya’ ialah (طلب الدنيا بعمل الأخرة) iaitu menuntut habuan dunia melalui amalan akhirat. Teruskan membaca

Poning kopalo den!


B ismillah…

Perhatikan foto disebelah. Sungguh menyedihkan. Mayat seorang bayi! Kalau anda perasan, ada disisipkan sebilah gunting. Tujuannya, ikut petua orang tua-tua, untuk mengelakkanbayi tersebut daripada diganggu makhluk halus!

Pelik sungguh. Ikut pulak ‘mak bapak’ bayi tu dengan petua ni. Tapi arahan syarak diabaikan! Mungkin ini apa yang Al-Quran gambarkan, “… bahkan kami mengikut apa yang dilakukan oleh orang tua kami.”

Untuk ulasan isu pembuangan bayi, boleh rujuk tulisan Us. Hishamuddin di: http://usthjhishamuddinmansor.blogspot.com/2010/01/dosa-zina-bakal-menghantui-sipelakunya.html

Wassalam.

Jadilah orang…


Bismillah…

Demi masa…

Seringkali apabila kita adakan pertemuan, ulasan begini akan timbul; “Saya dah datang awal, tapi tak ada orang. Sayapun pergi tempat lain dulu”. Orang kedua pula menyampuk, “serupa la. Aku ingatkan dah lewat. Rupanya belum ada orang lagi.” Atau orang ketiga akan menambah, “kita announce pukul 9.00, tapi mulakan pukul 9.30…”

Maka, jadilah orang…! Tunggu dan jadilah orang pertama, supaya kita jadi pemula kepada pertemuan tersebut! Sama-sama kita budayakan menepati masa. Kita, termasuklah saya juga!

Wassalam.

Sabar


Sabar dan kemenangan adalah kembar yang tidak dapat dipisahkan. Berikut adalah beberapa ayat yang menjelaskan kelebihan sabar:

1. Kebersamaan Allah

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (45) Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. (46) Al-Anfal Teruskan membaca

Privacy konon!


Bismillah walhamdulillah…

Saya sentiasa mengaitkan tugas harian sebagai PK HEM dengan ibadah kepada Allah; sebagai salah satu siri menyempurnakan amanah khilafah di atas muka bumi ini. Bukanlah sebagai makan gaji semata-mata. Kalau tidak, maka saya akan dapat gaji sahaja, tak dapat pahala, jauh dari keredhaan Allah. Moga pegangan ini berterusan dan saya diberi kekuatan menghayatinya.

Petang tadi (18 Feb.), sebelum meninggalkan sekolah, saya menerima panggilan telefon dari seorang murid. Setelah memperkenalkan diri, dia bertanya, “Ustaz! Kenapa ustaz bagi tau Atuk saya?” sambil menangis. Saya jawab dengan ringkas, “ia memang satu keperluan” dan terus letak gagang!

Urusan peribadi

Inilah dia murid yang saya tangani kes ‘coupling’nya baru-baru ini. Mungkin dia marah dan kecewa kerana saya telah memaklumkan kepada datuknya sebentar tadi tentang kemungkaran yang pernah dilakukannya di dalam dan di luar sekolah. Dia beranggapan masalah berpacaran adalah urusan peribadi seseorang dan tidak boleh diganggu oleh orang lain. Saya perjelaskan; tidak jadi masalah kalau dia menemui rakan satu sekolah yang bukan mahram. Apatah lagi jika bertemankan wanita lain. Tapi apa yang dilakukannya ‘lebih dari bertemu’! Saya mesti cegah kemungkaran sebelum Allah menurunkan ‘iqab jamaie ke atas sekolah kita! Kalau saya biarkan, saya berdosa. Kalau saya biarkan, orang akan kata; Tak ape, boleh buat. Sebab ustaz tak larang!

Bidang kuasa

Dia menganggap aktiviti mungkar di luar sekolah tidak berhak diambil tahu oleh guru sekolah. Saya perjelaskan, kalau saya bekerja untuk makan gaji semata-mata, memang saya tak akan campur tangan dan ambil tahu langsung semua itu. Tapi sebagai seorang muslim, saya ambil tindakan atas dasar amar makruf nahi mungkar.

Murid ini bijak dan cuba memerangkap saya; Kalau macam itu, kenapa ustaz tak cegah murid-murid yang mendedahkan aurat dan berpacaran? Saya jawab; Saya memang maklum semua itu, dan saya telah tanganinya secara umum. Adapun masalah kamu, saya tangani secara khusus kerana ada saksi dan bukti serta aduan dibuat!

Sisipan

Kefahaman amar makruf nahi mungkar juga saya terapkan kepada murid-murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sebagai tambahan kepada silibus yang sepatutnya. Soalan kegemaran saya ialah, kamu solat subuh tak pagi tadi? Terutama kepada murid yang bermasalah. Dari situ akan saya terapkan kepentingan solat sebagai tiang agama. Sungguh menyedihkan, bukan sahaja mereka tidak solat, ibu bapa mereka juga ada yang tidak solat! Kalaulah saya terima hujah privacy, nescaya saya biarkan mereka, lantaklah kau!!

Isteri saya sempat mencelah, berkongsi cerita sahabat usrahnya yang menasihati seorang pesakit. Didapati sijil nikahnya bulan Januari, tetapi bersalin bulan Mei! Pesakit tu dengan sombongnya membalas; Doktor jangan sibuk hal peribadi saya. Masya Allah…!

Begitulah, bermula dengan aktiviti berpacaran yang tidak dicegah oleh pihak sekolah, di’cover’ oleh kawan sekelas, dibiarkan oleh jiran tetangga, dipandang sepi oleh masyarakat, diambil ringan oleh pemerintah… maka dada-dada akhbar kita dicemari dengan berita dan foto mayat bayi. Semuanya bermula dengan- privacy!

Bertindaklah, sebelum kita berdoa, tapi Allah tidak perkenankan!

Bersyukurlah!


Alhamdulillah…

Kesan hujan sebentar tadi

Sudah lebih sebulan hujan tidak turun. Kolam takungan JPS di taman kami dah kering, nampak separuh dari dasarnya. Rumput dan tanaman dah mula kering. Tanahpun merekah. Suasana sekeliling juga panas rasanya. Alhamdulillah, akhirnya pada petang ini bumi disirami hujan lebat, khasnya Seremban. Saya yakin semua orang Islam akan mengucapkan lafaz Alhamdulillah. Tak tau la kalau ada yang buat selamba aje dengan hujah; Biasa la, kalau cukup syaratnya, turun la hujan!

Itulah namanya ujian.

Kita diuji dengan cuaca panas. Adakah kita sabar? Pernahkah kita panjatkan doa khusus kepada Allah, supaya hujan turun?

Kita diuji dengan sedikit hujan. Adakah kita bersyukur dengan hujan yang turun? Adakah kita mengeluh kerana hujan tidak selebat diharapkan? Atau kita berpada dengan lafaz Alhamdulillah, lantas mendabik dada bahawa aku telah bersyukur! Sebenarnya lafaz itu adalah tindakan minima tanda syukur seorang muslim.

Bandingkan dengan tindakan nabi SAW yang tiada sebarang dosa, tetapi bertahajjud sepanjang malam sehingga bengkak kaki baginda. Apabila ditanya oleh Aisyah baginda menjawab; Apakah aku tidak mahu menjadi hamba yang bersyukur?

“Ya Allah! Bantulah kami untuk mengingatimu dan mensyukuri nikmatmu serta elok ibadat kami kepadamu.”  Sama-samalah kita amalkan doa yang ma’thur ini…

Ya Rabb!

%d bloggers like this: