Lain orang, lain maqam…

Malam tadi saya sempat mendengar kuliah Us. Hishamudin. Sungguh menarik sekali. Menjelaskan beberapa syubhat / keraguan yang direka oleh pendakyah kristian, kononnya bersumberkan dari al-Quran juga! Antaranya ialah isu kepercayaan kita bahawa nabi Isa A.S. tidak wafat, tetapi kenapa dalam ayat lain Allah kata- aku mematikan kamu wahai Isa. Juga isu kemaksuman para nabi. Jika mereka maksum, mengapa nabi Adam mohon ampun dari Allah dengan doa yang selalu kita baca; Ya Allah! Sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami, jika engkau tidak ampuni kami nescaya masuklah kami dalam golongan yang rugi (Al-A’raf:23). Juga, kalau maksum mengapa Allah tempelak nabi Muhammad SAW di awal surah A’basa yang berpaling dari Abdullah bin Ummi Maktum?

Isu pertama dijawab dengan kemahiran dan keindahan Bahasa Arab.

Isu kedua, dijawab dengan nabi Adam lupa dan tidak pernah berazam untuk memakan buah larangan tersebut. Juga nabi sangat mengharapkan pembesar-pembesar Quraisy memeluk Islam, sebab itu baginda berpaling. Saya pula mengulas (dalam hati) dengan  “حسنات الأبرار سيئات المقربين” – hasanatul abraar saiyiaatul muqarrabin… Kebaikan golongan abrar, tapi (dianggap) kejahatan bagi golongan muqarrabin.

Bagi orang awam, tak jadi masalah kalau mereka ketawa berdekah-dekah bagai nak pecah perut. Setakat solat zuhur pukul 4.00 petang dan asar pukul 7.00, kira OK la tu! Pakai tudung singkat, nampak dada dan nipis menampakkan leher atau telinga, biasa la macam tu. Sekali sekala tengok wayang, basuh kereta tak pakai baju, hisap rokok sebatang dua dan yang sama waktunya…

Tapi semua itu tidak layak bagi orang-orang yang mengharapkan keredhaan Allah, pejuang kebenaran dan berusaha menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Mereka sepatutnya berada di maqam yang lebih tinggi dari itu supaya menjadi contoh yang diteladani dan boleh mengesani masyarakat.

Bukan bermaksud kita perlu berpura-pura. Tetapi kita perlu sentiasa berusaha menghampirkan diri kepada Allah, membaiki diri dan dalam masa yang sama membaiki orang lain…

Wallahu a’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: