Bukan setakat Hari Kekasih

Bismillah…

Sedar tak sedar, 14 Februari bakal menjelma. Bagi yang sensitif, terus tahu itu adalah tarikh Hari Kekasih tajaan Barat. Sebagai rujukan, saya pautkan ke web JAKIM, sudah memadai…

http://www.islam.gov.my/ajaransesat/pdf/ELAK%20SAMBUT%20VALENTINE.pdf

Penutupnya;

Dalam hal ini Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa “Amalan menyambut Hari Valentine’s Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam”. Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”. – JAKIM

Prinsip kita, semua sambutan yang tidak memberi faedah kepada Islam -ada unsur maksiat, apatah lagi jika ia adalah ritual agama lain- wajib ditinggalkan dan dibanteras… Biarpun sekadar suka-suka, atau dah biasa macam tu…

Muslim perlu ada jatidirinya tersendiri! Sama-sama kita sedarkan remaja dan belia Islam supaya tidak terjebak dengan budaya kuning ini…

Timbul soalan; Setiap tahun larangan menyambut Hari Kekasih ini terpapar di dalam akhbar, tapi mengapa masih ramai yang menyambutnya? Soalan yang sama boleh ditujukan kepada isu yang lebih mudah iaitu; Semua orang tahu bahawa tiada nabi lagi selepas Muhammad SAW dan wahyu telah terhenti, tetapi mengapa masih ada yang terpengaruh? Seperti ajaran sesat bawaan Abdul Rejab Ahmad di Putrajaya baru-baru ini.

Pada saya, andaikata perkara asas ilmu tauhid inipun masih ramai yang terpengaruh, maka tak hairanlah aktiviti dan budaya jahiliah masih ramai yang menyambutnya!! Jom, kita pakat sebarkan kefahaman Islam yang sebenar!
Wassalam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: