Kambing Pertama

Bismillah, walhamdulillah…

Ahad 14 Februari, saya di kampung (Serting) kerana emak saya

Kambing dari Pelangai, Pahang.

mengadakan aqiqah untuk cucunya ke18 Nabil Aqil, anak Kak Long. Persiapan awal telah dibuat dengan bantuan jiran tetangga dan saudara mara, terima kasih kepada mereka semua. Acara awal pagi ini ialah menyembelih kambing yang diurus pembeliannya oleh adik saya Mohd. Adhary. Tepat 7.45 pagi Us. Hamid (sahabat arwah ayah saya) dari Taman Serting tiba bersama parang sembelihnya. Semasa korban lepas, beliaulah yang menyembelih lembu. Kali ini, dari rumah lagi beliau sudah bercadang menyerahkan kepada saya untuk menyembelih kambing tersebut. Saya terima! Setelah memberikan beberapa petua, sayapun mulakan penyembelihan dan… selamat. Kambing pertama yang saya sembelih!

Antara jiran yang membantu

Memang sebelum ini saya bercadang untuk belajar menyembelih binatang yang lebih besar dari ayam. Alhamdulillah, saya rebut peluang diberi.

Petua untuk menyembelih

Antara pesanan Us. Hamid yang hendak saya kongsikan bersama ialah;

1. Badan hendaklah bersih dan sebaiknya dalam keadaan berwuduk.

2. Bertenang dan jangan tergopoh gapah.

3. Mohon kepada Allah agar semuanya selamat dan sempurna.

4. Jika sudah terkenal (dalam bab sembelih menyembelih), jangan sombong atau bangga diri.

5. Beliau juga menambah satu petua yang diambil dari bapa jiran saya (penternak dan penyembelih lembu), niatkan bahawa segala yang kotor dan busuk dikembalikan kepada tanah dan ambil yang baik dan elok sahaja.

6. Ada juga orang yang amalkan melempar parang ke tanah sebaik sahaja selesai menyembelih. Tetapi Us. Hamid tidak buat macam tu.

Ribuan terima kasih kepada Us.. Hamid kerana beri saya peluang yang tak mungkin saya perolehi dari orang dan tempat lain. Beliau sempat berpesan lagi; Lepas ni beli parang!

Potong jambul

Pak Su, antara orang kuat emak.

Lepas kambing disembelih, masing-masing meneruskan kerja. Memang dah tradisi blok kami, saling bantu membantu apabila ada ahli yang buat kenduri aqiqah begini. Menyentuh tentang aqiqah, orang kita biasa sekalikan dengan marhaban dan potong jambul. Memandangkan tradisi potong jambul tu tiada dalam syariat kita, saya cadangkan tak perlulah susah payah cari kelapa muda untuk ditebuk dan arak bayi tu semasa marhaban nanti serta macam-macam lagi. Emak saya setuju.

Jiran tetangga; sama-sama masak, sama-sama makan...

Alhamdulillah, tetamu mula makan jam 12.00 tengah hari dan tetamu paling akhir sampai jam 2.30 petang (seperti dijanjikan) ialah Us. Junaidi, imam masjid Bandar Seri Jempol, sahabat sepengajian di Mesir dulu. Tepat jam 3.00 petang beberapa ahli blok datang untuk tolong mengemas dan menghantar khemah dan peralatan lain ke setor di sebelah rumah emak saya. Sungguh harmoni sekali!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: