Privacy konon!

Bismillah walhamdulillah…

Saya sentiasa mengaitkan tugas harian sebagai PK HEM dengan ibadah kepada Allah; sebagai salah satu siri menyempurnakan amanah khilafah di atas muka bumi ini. Bukanlah sebagai makan gaji semata-mata. Kalau tidak, maka saya akan dapat gaji sahaja, tak dapat pahala, jauh dari keredhaan Allah. Moga pegangan ini berterusan dan saya diberi kekuatan menghayatinya.

Petang tadi (18 Feb.), sebelum meninggalkan sekolah, saya menerima panggilan telefon dari seorang murid. Setelah memperkenalkan diri, dia bertanya, “Ustaz! Kenapa ustaz bagi tau Atuk saya?” sambil menangis. Saya jawab dengan ringkas, “ia memang satu keperluan” dan terus letak gagang!

Urusan peribadi

Inilah dia murid yang saya tangani kes ‘coupling’nya baru-baru ini. Mungkin dia marah dan kecewa kerana saya telah memaklumkan kepada datuknya sebentar tadi tentang kemungkaran yang pernah dilakukannya di dalam dan di luar sekolah. Dia beranggapan masalah berpacaran adalah urusan peribadi seseorang dan tidak boleh diganggu oleh orang lain. Saya perjelaskan; tidak jadi masalah kalau dia menemui rakan satu sekolah yang bukan mahram. Apatah lagi jika bertemankan wanita lain. Tapi apa yang dilakukannya ‘lebih dari bertemu’! Saya mesti cegah kemungkaran sebelum Allah menurunkan ‘iqab jamaie ke atas sekolah kita! Kalau saya biarkan, saya berdosa. Kalau saya biarkan, orang akan kata; Tak ape, boleh buat. Sebab ustaz tak larang!

Bidang kuasa

Dia menganggap aktiviti mungkar di luar sekolah tidak berhak diambil tahu oleh guru sekolah. Saya perjelaskan, kalau saya bekerja untuk makan gaji semata-mata, memang saya tak akan campur tangan dan ambil tahu langsung semua itu. Tapi sebagai seorang muslim, saya ambil tindakan atas dasar amar makruf nahi mungkar.

Murid ini bijak dan cuba memerangkap saya; Kalau macam itu, kenapa ustaz tak cegah murid-murid yang mendedahkan aurat dan berpacaran? Saya jawab; Saya memang maklum semua itu, dan saya telah tanganinya secara umum. Adapun masalah kamu, saya tangani secara khusus kerana ada saksi dan bukti serta aduan dibuat!

Sisipan

Kefahaman amar makruf nahi mungkar juga saya terapkan kepada murid-murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sebagai tambahan kepada silibus yang sepatutnya. Soalan kegemaran saya ialah, kamu solat subuh tak pagi tadi? Terutama kepada murid yang bermasalah. Dari situ akan saya terapkan kepentingan solat sebagai tiang agama. Sungguh menyedihkan, bukan sahaja mereka tidak solat, ibu bapa mereka juga ada yang tidak solat! Kalaulah saya terima hujah privacy, nescaya saya biarkan mereka, lantaklah kau!!

Isteri saya sempat mencelah, berkongsi cerita sahabat usrahnya yang menasihati seorang pesakit. Didapati sijil nikahnya bulan Januari, tetapi bersalin bulan Mei! Pesakit tu dengan sombongnya membalas; Doktor jangan sibuk hal peribadi saya. Masya Allah…!

Begitulah, bermula dengan aktiviti berpacaran yang tidak dicegah oleh pihak sekolah, di’cover’ oleh kawan sekelas, dibiarkan oleh jiran tetangga, dipandang sepi oleh masyarakat, diambil ringan oleh pemerintah… maka dada-dada akhbar kita dicemari dengan berita dan foto mayat bayi. Semuanya bermula dengan- privacy!

Bertindaklah, sebelum kita berdoa, tapi Allah tidak perkenankan!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: