Maulidur Rasul: Alangkah indahnya…

Bismillah walhamdulillah…

صلى الله على محمد، صلى الله عليه وسلم،

صلى الله على محمد، صلى الله عليه وسلم…

Hari ini Jumaat 12 Rabiul Awal 1431 bersamaan 26 Februari 2010, cuti umum sempena sambutan maulidur Rasul SAW. Banyak aktiviti dianjurkan pelbagai pihak sebagai memperingati kelahiran junjungan kita Muhammad SAW seperti ceramah, forum dan perararakan. Semasa saya di Jalan Kebun, Klang dulu, surau-surau akan mengadakan majlis bacaan rawi barzanji selepas maghrib hingga isyak sepanjang awal hingga 12 Rabiul Awwal. Semua ini sebagai salah satu melahirkan rasa cinta kepada baginda SAW.

Perarakan Maulidur Rasul

Sambil memerhatikan perarakan di kaca TV, saya teringat beberapa perarakan yang pernah saya sertai di peringkat negeri maupun kebangsaan… (Dapat la pakaian percuma!) Kita meluangkan masa untuk berhimpun dari awal pagi hingga tengah hari. Kita sanggup travel, datang dari jauh untuk berhimpun bersama kontinjen lain. Kita berhabis wang ringgit supaya baju melayu yang dipakai seragam. Kita berselawat ramai-ramai dengan suara yang lantang supaya meriah dan rasa izzah. Kita berbincang dan berfikir bagaimana menjayakan majlis tersebut.  Subhanallah… semuanya demi menzahirkan rasa cinta kepada mu, Ya Rasulallah!

Alangkah Indahnya…

Tahniah kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis tersebut. Lambang kecintaan dan perpaduan ummah. Alangkah indahnya jika rasa cinta itu kita teruskan, kembangkan dan budayakan dengan;

1. Berkorban dan memperuntukkan masa bagi mendalami, menghayati dan meneruskan perjuangan Rasulullah SAW. Atau luangkan masa untuk bersama hadiri aktiviti bina diri anjuran surau berdekatan, NGO maupun badan Kerajaan.

2. Sanggup travel ke mana-mana majlis ilmu atau aktiviti yang boleh meningkatkan kefahaman dan penghayatan kita terhadap Islam dengan berjauhan seketika dari isteri dan anak-anak.

3. Memperuntukkan sebahagian dari wang ringgit kita untuk agama Allah, dengan memasukkannya ke dalam tabung surau atau masjid, membiayai para pengkuliah atau penuntut ilmu, atau sekurang-kurangnya membeli buku rujukan agama untuk faedah diri  sendiri.

4. Suarakan kebenaran dan banteras kebatilan. Atau sekurang-kurangnya, keluarkanlah suara untuk membaca Al-Quran, hadis-hadis Rasulullah, di samping melazimkan diri berselawat ke atas baginda SAW.

5. Merancang dan melaksanakan aktiviti demi merealisasikan cinta kita kepada nabi, kehidupan dan perjuangan baginda. Pastinya ini perlukan ahli fikir dan gerak kerja bagai satu kontinjen supaya aktiviti dirancang memberi kesan mendalam.

Jangan salah faham, bukan saya bermaksud tak perlulah buat sambutan, sambutan tu bid’ah,  membazir dsb. Tetapi, biarlah kecintaan itu sebati dengan hidup kita. Dengan majlis itu, sekurang-kurangnya anak-anak, remaja dan belia, atau orang awam rasa sedikit tempias cintakan rasul tersebut. Lebih-lebih lagi pada zaman serba mencabar ini.

Iklan

Taman sayapun ada menganjurkan majlis sempena maulidur rasul iaitu pada hari Sabtu 6 Mac, selepas solat maghrib. Penceramah undangan; Us. Mohd. Zaidi bin Ramli (KPP JAWI dan bekas Timbalan Mufti NS)

Jemputlah datang… Jamuan disediakan!

Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: