Bukan kali pertama


Bismillah walhamdulillah…

Sebagai guru...

Sepatutnya saya menyampaikan kuliah mingguan selepas maghrib di Surau Al-Hidayah setiap Jumaat. Kitabnya ialah Hadis 40 syarahan al-Marhum Us. Mustafa Abdul Rahman. Biasanya petang sebelum maghrib tu saya akan membuat sedikit ulangkaji, merujuk satu dua kitab lain supaya lebih bersedia dan mantap perbincangan. Tapi malam tadi (26 Mac) kuliah saya dibatalkan kerana terpaksa memberi laluan kepada jamaah tabligh dari India yang sudah dua hari di situ. Maka, sayapun turut mendengar bayan disampaikan salah seorang dari mereka. Ini bukan kali pertama...

Ini bukan kali pertama saya mendengar bayan jamaah tabligh. Jika ada kelapangan dan merehatkan diri, saya duduk juga pada malam Rabu di surau. Biasanya mereka akan menyuruh para jamaah supaya duduk rapat-rapat, sunnah katanya. Saya sempat berbisik kepada Hj. Mokti; Kalau bayan tabligh mereka duduk rapat-rapat, tapi kenapa semasa majlis ilmu yang lain tak macam tu pula? (Mungkin level majlis tak sama kot!). Dan, kalau ada majlis ilmu di surau atau masjid, jarang pula nampak orang tabligh ni. Kalau adapun sorang dua sahaja (Mungkin keluar berdakwah di tampat lain kot!).

Ini bukan kali pertama giliran saya dibatalkan tanpa makluman awal. Kalau di surau Al-Aziziah, Klang biasanya dibatal kerana bertembung dengan kenduri doa selamat. Atau malam saya diubah kerana mendahulukan imam 1.  Pernah sekali di masjid Sungai Pinang, batal kerana tuan guru yang satu lagi tersalah jadual.

Aiman tak kisah..

(Macam dalam iklan tu). Tapi pernah berlaku, seorang ustaz langsung tak datang kerana jadual kuliahnya bertembung dengan orang lain! Mungkin kita ambil ringan, kerana kuliah agama ni kerja sukarela dan tidak ada siapapun akan bangkitkan kalau dibatal atau ditangguh tanpa sebarang notis awal. Dalam hal ini, saya puji Hj. Samad dan Hj. Yusuf (masing-masing SU Surau Kg. Ismail dan Al-Hadi). Kerana mereka akan memaklum dan memastikan kehadiran saya (dan pengkuliah lain pastinya) dua tiga hari sebelum (Mungkin mereka free sebab dah pencen kot!).

Ujian seorang guru

Sebagai murid...

Sebagai manusia biasa, memang terlintas rasa tak puas hati di hati saya. Lebih-lebih lagi minggu lepas (cuti sekolah) saya dah tangguhkan kuliah kerana bersama ibu di kampung. Tapi saya anggap ini sebagai ujian. Sebagaimana anak murid diuji dengan iltizam menghadiri majlis ilmu, mengorbankan duit untuk beli buku, guru juga diuji dalam bentuk lain. Selain dari ikhlas, guru diuji dengan:

1. Amanah menyampaikan ilmu: jangan goreng tanpa minyak.

2. Tidak memandang rendah muridnya: mereka juga mulia kerana sanggup menuntut ilmu.

3. Sanggup menerima teguran anak murid: kerana bukan semua yang hadir itu jahil belaka.

4. Sanggup mengaku tidak tahu: bahkan ‘wallahu a’lam‘ itu sebahagian dari ilmu.

5. Berusaha menjadi teladan: agar ilmu diajar lebih memberi kesan.

6. Sanggup mengakui kesalahan: kerana kita tidak maksum.

7. Memastikan anak murid intima’ kepada kebenaran: bukan kepada kita, kerana kita akan ‘berpindah’ tapi kebenaran akan kekal.

8. Bilangan anak murid yang ramai: kerana surah At-Takathur telah mengingatkan kita.

Itu dalam bab kuliah agama. Dalam bab dakwah dan tarbiah, boleh juga dikiaskan kepada para qiyadah, naqib usrah, masul lajnah dsb. Mungkin ada orang lain yang boleh syarahkan pula…

Wallahu a’lam.

Advertisements

NATRAH Seminar 60 Tahun Pasca Tragedi


Dosa kecil terhapus, dosa besar?


Bismillah walhamdulillah…

“… dan ikutilah kejahatan yang kamu lakukan dengan amal kebaikan yang akan menghapuskan dosa kejahatan tersebut…” Hadis Hasan Sahih riwayat Tirmizi.

Dalam hadis ini nabi mengarahkan kita melakukan amal soleh supaya jika ada ganjaran pahala dari amal tersebut, dapatlah memadamkan dosa-dosa yang kita lakukan. Perbanyakkan amal kerana kita tak tahu betapa banyak dosa yang telah kita lakukan… Dosa mata melihat aurat orang lain, dosa telinga mendengar perkara yang melalaikan, dosa lidah mencemuh orang, dosa tangan menaip perkataan keji, dosa kaki menyepak kucing dsb. (Termasuk dosa sengaja lewat masuk kelas, mencuri tulang semasa P&P, sengaja tidak menunaikan bertanggung jawab – khusus untuk guru seperti saya!)

Maksud dosa yang dihapuskan dalam hadis ini ialah dosa-dosa kecil sahaja. Tidak termasuk dosa-dosa besar. Kerana dosa besar tidak akan terhapus semudah itu. Perlu kepada taubat untuk setiap jenis dosa dilakukan. Mungkin ada yang rasa lega dan berpada dengan amal sedia ada, lebih-lebih lagi apabila merasakan tiada dosa besar dilakukan. Hanya ilmu sahaja yang menentukan adakah kita itu betul atau salah. Hadis tadi berkaitan takwa, dan takwa tidak dapat dicapai tanpa ilmu.

Sedarkah kita?

Memang kita tidak berjudi, membunuh, minum arak, berzina, terlibat dengan riba, derhaka kepada ibubapa dan menyengutukan Allah…  Alhamdulillah… Tapi kita tidak wajar rasa selesa, kerana senarai semak tadi belum lengkap lagi. Contohnya kewajipan berdakwah, amar makruf nahi mungkar, menafkahkan sebahagian harta dan kehidupan untuk agama Allah, menyiapkan diri untuk memenuhi tuntutan jihad dsb… bukankah semua itu kewajipan yang sering ditinggalkan? Adakah itu termasuk dalam dosa besar atau dosa kecil? Kalau dosa besar, bermakna tidak akan terhapus begitu sahaja. Katakanlah dosa kecil… Bukankah berterusan melakukan dosa kecil akan termasuk  dosa besar juga?

Maka, marilah kita kembali membaiki diri, bertaubat kepada Allah dan menginsafi kealpaan kita selama ini. Munasabah sangatlah apabila disarankan mencontohi baginda SAW yang beristighfar dan bertaubat kepada Allah lebih dari 70 kali sehari!!

Wallahul musta’an…

IKLAN: Anti Virus


Salam.Antivirus, antispam, recovery security for Linux, Windows and more

Sedikit selingan… Khusus buat anda yang selalu melayari internet tapi tiada anti-virus (yang download free tu tak main la!). Saya dah 9 bulan menggunakan Avira Premium Secutiry Suite untuk 3  buah PC/netbook, dan alhamdulillah setakat ini tiada masalah serta suci dari serangan virus berbahaya. Mungkin ada yang kata; Ala… brand lain lagi bagus! Pada saya, itu tak kisah. Sebab pengeluar anti-virus ni berniaga, sama la macam bisnes pasar raya. Barang ni di Giant murah  di The Store mahal dan sebaliknya.

Point saya, kalau anda belum ada anti virus yang original lagi  full version boleh cuba Avira. Dan, kalau beli melalui saya dapat diskaun 15%. Hantarkan email kepada saya (azzaharaziz@gmail.com), nanti saya panjangkan borang pesanan. Teruskan membaca

Surau Al-Aziziah, dalam kenangan…


Bismillah walhamdulillah…

Sabtu 20 Mac: Saya balik ke Klang untuk menghantar Syakirah (anak kedua) dan mengambil Wafi dan Faiz (kelima dan keenam). Kali ini saya memilih untuk menunaikan solat maghrib di Surau Al-Aziziah. Selepas solat, sempat saya bertanya khabar beberapa orang ahli surau tapi tak dapat lama kerana mereka diundang ke majlis tahlil untuk arwah Hj. Samsi, Imam 1 surau tersebut yang baru kembali ke rahmatullah kira-kira dua bulan lepas. Kebetulan saya juga ada temu janji dengan seorang sahabat selepas maghrib nanti.

Surau Al-Aziziah, Kg. Jalan Kebun (dulu Klang, sekarang dah masuk Shah Alam) tidak mungkin saya lupakan. Di situlah saya mula belajar  berdamping dan berkhidmat kepada masyarakat, sekembali dari Mesir. Teruskan membaca

Sambutan Maulidur Rasul di Vila Suria


Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Vila Suria

Sabtu 6 Mac 2010; Anjuran JK Pembinaan Surau Vila Suria.

Saya sebagai Pengerusi JKPSVS merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis tersebut sama ada dari segi kewangan (kutipan >RM2k), tenaga, buah fikiran, sokongan, kehadiran dsb.

Hanya Allah jua sebaik-baik pemberi ganjaran…

Sambutan Maulidur Rasul di SMRA Rantau


Bismillah walhamdulillah…

Masih lagi dalam suasana sambutan kelahiran junjungan besar kitaMuhammad S.A.W. Sekolah saya tidak ketinggalan mengadakan sambutan tersebut. Pada pagi Jumaat 5 Mac, bermula dengan perarakan semua murid dari sekolah menuju ke Masjid Kg. Kuala Sawah. Tak jauh cuma lebih kurang 2 kilometer pergi dan balik. Semua tujuh kelas mengambil bahagian lengkap dengan kain pemidang masing-masing, yang mereka siapkan dua hari sebelum. Bersemangat sungguh mereka melaungkan selawat dan salam… Seterusnya kami sama-sama mendengar ceramah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Us. Amran bin Awaluddin, KPP Pusat Dakwah. Semua ini sebagai sekelumit tanda cinta kepada baginda SAW…

Semoga aktiviti tahunan ini memberi manfaat kepada mereka. Buat masa ini, mungkin sekadar menyertai perarakan dan mendengar ceramah. Diharap apabila mereka dewasa kelak dan semakin matang, mereka sedar betapa pentingnya memahami bukan setakat kelahiran, tetapi mendalami sirah kehidupan dan perjuangan baginda SAW. Sebagai sumber kedua rujukan muslim, selepas al-Quran. Wallahu a’lam

%d bloggers like this: