Taksub

Bismillah…

Petang tadi balik dari sekolah, saya singgah sebentar ke warung Abang Azib di Ujong Pasir untuk mendapatkan nama penuhnya bagi pembayaran pendahuluan perkhidmatan menyediakan makan minum Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pemilik Vila Suria pada 7 Mac depan. Cadangan awal, saya nak hantar SMS sahaja. Tapi, demi ‘memantap ukhuwah…’ saya jenguk sebentar. Alhamdulillah, dia ada di warung. Semasa bersembang, Abang Azib melahirkan rasa kurang senangnya terhadap sikap orang yang tidak menghormati orang alim. Menurutnya, kalau orang alim tidak wajar dipertikaikan pendapat dan tindakannya. Apatah lagi mereka keluaran Universiti Al-Azhar, mengaji bertahun-tahun dan sebagainya. Lebih buruk lagi, orang yang komen tu, taklah sebaik mana ilmu dan kefahamannya tentang Islam. Sayapun memberi sedikit ulasan…

Saya yakin, ramai di luar sana orang-orang yang tabik hormat kepada orang alim. Memang itulah sepatutnya. Tetapi ingin saya berpesan sebagai ingatan bersama, kekaguman dan penghormatan kita kepada mereka janganlah sampai kepada tahap mengiyakan segala-galanya. Orang awam dan orang yang dipanggil ‘orang alim’ dalam kalangan masyarakat perlu berhati-hati. Sebagai contoh, orang yang mahir dalam ilmu al-Quran kemudian dilantik sebagai imam. Tidak bererti dia mahir dalam pelbagai bidang ilmu. Maka, janganlah dirujuk orang seperti ini dalam soal-soal berkaitan fiqh, muamalat dsb.

Kembali kepada sembang saya dengan Abang Azib tadi, ingin saya kongsikan pesanan Imam As-Syahid Hasan Al-Banna yang terkandung dalam Usul 20 susunan beliau bagi menjelaskan rukun Faham dalam baiah Ikhwan Muslimin. Kata beliau; “Kata-kata manusia boleh diterima dan boleh ditolak kecuali kata-kata al-maksum iaitu nabi SAW. Segala yang datang daripada generasi silam yang diredhai Allah jika bertepatan dengankitab dan sunnah, kita terima. Jika tidak, maka kitab allah dan sunnah rasulnya lebih utama untuk diikut. Walau bagaimanapun, kita tidak akan mengecam atau mengkritik mana-mana individu yang tidak sependapat. Kita serahkan kepada niat mereka. Mereka telahpun menyampaikan apa yang telah mereka kemukakan.”

Mengaibkan…

Banyak sudah berlaku, orang yang dianggap alim mengeluarkan kata-kata atau tindakan yang bersalahan dengan kebenaran, tetapi ramai yang mengikut dan mempertahankannya. Pada saya, selagi mana namanya manusia, tidak akan lari dari kesilapan. Perbezaan pendapat bukanlah satu keaiban dan memang tidak dapat dielakkan. Tetapi taksub dengan pendapat sendiri dan menafikan pendapat orang lain, itulah yang mengaibkan. Lebih-lebih lagi apabila pendapat dan tingkahlaku itu jauh dari kebenaran!

Mungkin boleh dikongsikan satu kaedah lain, “kita saling membantu dalam perkara yang kita sepakati, dan saling memaafkan dalam perkara yang diperselisihkan.” Andaikata perkara ini dihayati, Insya Allah masing-masing akan sibuk dengan amal dan tugas dakwahnya. Bukannya sibuk mempertikaikan kerja dan amal orang lain…

Kepada ‘orang alim’, qiyadah, pengerusi, ketua dsb., janganlah malu untuk mengaku kesilapan anda. Kepada ‘orang awam’ dan jundiy, janganlah terlalu taksub dengan ikutan anda. Walau sehebat manapun pemimpin atau murabbi anda, tidak mustahil terbit darinya kesilapan. Terimalah dengan lapang dada, kerana mereka juga manusia seperti kita… Aplikasilah hadis “agama itu nasihat” terhadap mereka.

Wallahu a’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: