Surau Al-Aziziah, dalam kenangan…

Bismillah walhamdulillah…

Sabtu 20 Mac: Saya balik ke Klang untuk menghantar Syakirah (anak kedua) dan mengambil Wafi dan Faiz (kelima dan keenam). Kali ini saya memilih untuk menunaikan solat maghrib di Surau Al-Aziziah. Selepas solat, sempat saya bertanya khabar beberapa orang ahli surau tapi tak dapat lama kerana mereka diundang ke majlis tahlil untuk arwah Hj. Samsi, Imam 1 surau tersebut yang baru kembali ke rahmatullah kira-kira dua bulan lepas. Kebetulan saya juga ada temu janji dengan seorang sahabat selepas maghrib nanti.

Surau Al-Aziziah, Kg. Jalan Kebun (dulu Klang, sekarang dah masuk Shah Alam) tidak mungkin saya lupakan. Di situlah saya mula belajar  berdamping dan berkhidmat kepada masyarakat, sekembali dari Mesir. Antara kenangan manis bersama jamaah surau ialah menjayakan ibadah korban anjuran surau, gotong royong membersihkan surau dan tanah perkuburan, baraan dari rumah ke rumah, menganggotai JK surau, menjadi imam dan memberikan kuliah mingguan. Sempat juga habiskan kitab Hakikat Tauhid karangan Dr. Naim Yasin dan Usul Dakwah (Bhgn. 1- Dr. Abdul Karim Zaidan). Tidak kurang juga kenangan mendahului senarai imam solat tarawih, memberi tazkirah, berbuka puasa dan tidur di surau pada malam-malam Ramadhan. Pasti sekali semua aktiviti tersebut (yang sempat diingati) mendekatkan saya kepada ahli qaryah surau.

Kini, dah lima belas bulan saya menetap di Seremban, berkenalan pula dengan surau Al-Hidayah BWP. Semua pengalaman lalu perlu saya manfaatkan. Sebagai seorang muslim, saya tidak harus membiarkan diri sendiri (termasuk orang lain) jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali. Setiap kelemahan yang dikenal pasti harus saya perbaiki demi mengemaskan amal di tempat baru. Bukannya jadi seperti sebahagian orang; aku dah penat buat macam-macam aktiviti di tempat lama dulu, sekarang di tempat baru nak relaks pulak! Segala kekuatan yang ada harus dimanfaatkan, bukan untuk kepentingan sendiri, tapi sebagai pulangan kepada masyarakat atau ummah. Ibarat pepatah Arab; زرعوا فأكلنا iaitu, generasi silam telah tanam, maka kami generasi baru yang makan. Maka, saya perlu menjadi generasi yang bukan sahaja tahu makan, tapi tahu juga menanam, seperti generasi silam. Macam tu la maksudnya, lebih kurang!

Kalau dulu, pernah saya beri kuliah dengan tiga orang sahaja yang hadir. Bahkan, kadang-kadang kuliah terpaksa dibatalkan kerana mereka ada kenduri doa selamat atau tahlil (dan saya sendiri tak dijemput!). Mungkin itu kegagalan pengurusan surau yang tidak bertegas menguatkuasakan keputusan supaya kenduri dsb. hanya dibuat selepas isyak, bagi memberi laluan kepada majlis ilmu. Maka, tidak ada sebab kali ini kalau yang mendengar kuliah cuma lima orang maka saya nak merajuk atau berkecil hati.

Semuanya merujuk kepada keikhlasan dan kekuatan azam untuk memberi sumbangan kepada masyarakat dalam bentuk perkongsian ilmu dan pengalaman demi menegakkan Islam dalam kehidupan harian. Dalam masa yang sama, saya amat memerlukan feed-back dari ahli surau yang menghadiri kuliah saya. Bimbang saya hanya syok sendiri, tapi mereka tak dapat input yang maksima! Wallahu a’lam…

Pesanan kepada para asatizah, janganlah pendamkan ilmu anda apatah lagi menyisih diri dari  masyarakat. Kalau nak tawadukpun, biarlah bertempat…

Wassalam.

3 Respons

  1. Assalam mu alaikum wr wbt
    Saya bukan ustaz, bukan juga berklulusan agama, malah saya seorang guru Sains, kini dah bersara. Pengalaman menghidupkan aktiviti surau banyak, semenjak dari Universiti, hingga jadi cikgu, surau sekolah, surau taman perumahan, kini masjid kampung sendiri.
    Insya Allah usaha yang dibuat sejak bertahun-tahun yang lalu dah menampakkan hasil. Kini ada masanya saya menyampaikan kuliah dan tazkirah. Menjadi imam tarawikh dan bilal. Yang penting sanggup belajar dari mereka yang pandai…
    Wallah wa’lam.

    • Wa a’laikumussalam warahmatullah.
      Syukran ya mua’llim… kerana sudi ziarah. Moga medan ini kita manfaatkan bersama untuk menegakkan kalimah Allah. Insya Allah, usaha dan kejayaan cikgu akan jadi perangsang kepada saya khasnya. Wassalam.

  2. […] Lagi Catatan saya berkaitan Surau Al-Aziziah […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: