Bukan kali pertama

Bismillah walhamdulillah…

Sebagai guru...

Sepatutnya saya menyampaikan kuliah mingguan selepas maghrib di Surau Al-Hidayah setiap Jumaat. Kitabnya ialah Hadis 40 syarahan al-Marhum Us. Mustafa Abdul Rahman. Biasanya petang sebelum maghrib tu saya akan membuat sedikit ulangkaji, merujuk satu dua kitab lain supaya lebih bersedia dan mantap perbincangan. Tapi malam tadi (26 Mac) kuliah saya dibatalkan kerana terpaksa memberi laluan kepada jamaah tabligh dari India yang sudah dua hari di situ. Maka, sayapun turut mendengar bayan disampaikan salah seorang dari mereka. Ini bukan kali pertama...

Ini bukan kali pertama saya mendengar bayan jamaah tabligh. Jika ada kelapangan dan merehatkan diri, saya duduk juga pada malam Rabu di surau. Biasanya mereka akan menyuruh para jamaah supaya duduk rapat-rapat, sunnah katanya. Saya sempat berbisik kepada Hj. Mokti; Kalau bayan tabligh mereka duduk rapat-rapat, tapi kenapa semasa majlis ilmu yang lain tak macam tu pula? (Mungkin level majlis tak sama kot!). Dan, kalau ada majlis ilmu di surau atau masjid, jarang pula nampak orang tabligh ni. Kalau adapun sorang dua sahaja (Mungkin keluar berdakwah di tampat lain kot!).

Ini bukan kali pertama giliran saya dibatalkan tanpa makluman awal. Kalau di surau Al-Aziziah, Klang biasanya dibatal kerana bertembung dengan kenduri doa selamat. Atau malam saya diubah kerana mendahulukan imam 1.  Pernah sekali di masjid Sungai Pinang, batal kerana tuan guru yang satu lagi tersalah jadual.

Aiman tak kisah..

(Macam dalam iklan tu). Tapi pernah berlaku, seorang ustaz langsung tak datang kerana jadual kuliahnya bertembung dengan orang lain! Mungkin kita ambil ringan, kerana kuliah agama ni kerja sukarela dan tidak ada siapapun akan bangkitkan kalau dibatal atau ditangguh tanpa sebarang notis awal. Dalam hal ini, saya puji Hj. Samad dan Hj. Yusuf (masing-masing SU Surau Kg. Ismail dan Al-Hadi). Kerana mereka akan memaklum dan memastikan kehadiran saya (dan pengkuliah lain pastinya) dua tiga hari sebelum (Mungkin mereka free sebab dah pencen kot!).

Ujian seorang guru

Sebagai murid...

Sebagai manusia biasa, memang terlintas rasa tak puas hati di hati saya. Lebih-lebih lagi minggu lepas (cuti sekolah) saya dah tangguhkan kuliah kerana bersama ibu di kampung. Tapi saya anggap ini sebagai ujian. Sebagaimana anak murid diuji dengan iltizam menghadiri majlis ilmu, mengorbankan duit untuk beli buku, guru juga diuji dalam bentuk lain. Selain dari ikhlas, guru diuji dengan:

1. Amanah menyampaikan ilmu: jangan goreng tanpa minyak.

2. Tidak memandang rendah muridnya: mereka juga mulia kerana sanggup menuntut ilmu.

3. Sanggup menerima teguran anak murid: kerana bukan semua yang hadir itu jahil belaka.

4. Sanggup mengaku tidak tahu: bahkan ‘wallahu a’lam‘ itu sebahagian dari ilmu.

5. Berusaha menjadi teladan: agar ilmu diajar lebih memberi kesan.

6. Sanggup mengakui kesalahan: kerana kita tidak maksum.

7. Memastikan anak murid intima’ kepada kebenaran: bukan kepada kita, kerana kita akan ‘berpindah’ tapi kebenaran akan kekal.

8. Bilangan anak murid yang ramai: kerana surah At-Takathur telah mengingatkan kita.

Itu dalam bab kuliah agama. Dalam bab dakwah dan tarbiah, boleh juga dikiaskan kepada para qiyadah, naqib usrah, masul lajnah dsb. Mungkin ada orang lain yang boleh syarahkan pula…

Wallahu a’lam.

6 Respons

  1. Assalam mu alaikum wr wbt,
    Jemaah Tabligh memang gitu sikap dan caranya.
    Waktu kita bagi tazkirah, mereka tak ada tapi mereka minta kita hadir majlis bayan mereka.
    Lain kali kalau mereka datang kesurau kita, kita minta mereka patuh jadual yang ada.. Itu yang kami buat di masjid kami. Kalau ada perundingan awal kita boleh aturkan majlis yang khusus…
    Yang penting mereka juga perlu dengar ustaz2 kita bagi tazkirah…

  2. Wa a’laikumus salaam…
    Saya setuju dengan pendapat cikgu tu. Dan itulah yang dilakukan semasa saya di Klang dulu.
    Syukran.

  3. salam wbt,
    bknkah usnuzon itu lebih baik ya akhi… nasihat buat ana sendiri dan semua… jzkk atas perkongsian guru tu akhi… =)

    • Salam.
      Akhi Abdullah, memang husnuz zon lebih baik. Ana terima peristiwa itu seadanya, sebab ia bukan kali pertama! Husnuz zon tidak menafikan hak kita membuat teguran / nasihat untuk manfaat umum. Syukran

  4. Yang terbaik. Sama2 kita jalankan dakwah. Tak tertanggung beban di bahu sendiri. Doakan sesama umat islam dapat sampaikan dakwah. dan lipatgandakan usaha.moga ia bernilai disisi Allah..Bahagian masing2..:)

    • Saling menyokong. antara sesama lain dan menampung mana yang kurang tanpa ada perasaan riya’ , takabbur, ujub ..nauzubillah..sama2 istighfar..:) yang penting jalankan tanggungjawab sebagai khalifah.dan sebaik2 umat. Masalah2 teknikal n sebagainya..boleh diperbaiki n ditegur. Selamat berdakwah. moga kita semua dirahmati dan diberkati.ya Rabb

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: