Dosa kecil terhapus, dosa besar?

Bismillah walhamdulillah…

“… dan ikutilah kejahatan yang kamu lakukan dengan amal kebaikan yang akan menghapuskan dosa kejahatan tersebut…” Hadis Hasan Sahih riwayat Tirmizi.

Dalam hadis ini nabi mengarahkan kita melakukan amal soleh supaya jika ada ganjaran pahala dari amal tersebut, dapatlah memadamkan dosa-dosa yang kita lakukan. Perbanyakkan amal kerana kita tak tahu betapa banyak dosa yang telah kita lakukan… Dosa mata melihat aurat orang lain, dosa telinga mendengar perkara yang melalaikan, dosa lidah mencemuh orang, dosa tangan menaip perkataan keji, dosa kaki menyepak kucing dsb. (Termasuk dosa sengaja lewat masuk kelas, mencuri tulang semasa P&P, sengaja tidak menunaikan bertanggung jawab – khusus untuk guru seperti saya!)

Maksud dosa yang dihapuskan dalam hadis ini ialah dosa-dosa kecil sahaja. Tidak termasuk dosa-dosa besar. Kerana dosa besar tidak akan terhapus semudah itu. Perlu kepada taubat untuk setiap jenis dosa dilakukan. Mungkin ada yang rasa lega dan berpada dengan amal sedia ada, lebih-lebih lagi apabila merasakan tiada dosa besar dilakukan. Hanya ilmu sahaja yang menentukan adakah kita itu betul atau salah. Hadis tadi berkaitan takwa, dan takwa tidak dapat dicapai tanpa ilmu.

Sedarkah kita?

Memang kita tidak berjudi, membunuh, minum arak, berzina, terlibat dengan riba, derhaka kepada ibubapa dan menyengutukan Allah…  Alhamdulillah… Tapi kita tidak wajar rasa selesa, kerana senarai semak tadi belum lengkap lagi. Contohnya kewajipan berdakwah, amar makruf nahi mungkar, menafkahkan sebahagian harta dan kehidupan untuk agama Allah, menyiapkan diri untuk memenuhi tuntutan jihad dsb… bukankah semua itu kewajipan yang sering ditinggalkan? Adakah itu termasuk dalam dosa besar atau dosa kecil? Kalau dosa besar, bermakna tidak akan terhapus begitu sahaja. Katakanlah dosa kecil… Bukankah berterusan melakukan dosa kecil akan termasuk  dosa besar juga?

Maka, marilah kita kembali membaiki diri, bertaubat kepada Allah dan menginsafi kealpaan kita selama ini. Munasabah sangatlah apabila disarankan mencontohi baginda SAW yang beristighfar dan bertaubat kepada Allah lebih dari 70 kali sehari!!

Wallahul musta’an…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: