Adakah kita sihat?


Bismillahi walhamdulillah…

Kurangkan makan yang atas...

Beberapa tahun dahulu, sambil menunggu giliran di hospital, saya sempat membaca brochure yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan. Sampai sekarang saya masih ingat bahawa kesihatan itu merangkumi empat perkara, iaitu;

  1. Tubuh badan yang sihat tanpa sebarang penyakit. Inilah fahaman umum bila disebut sihat. Kalau asyik demam, pening dan selsema, maknanya tak sihat.
  2. Badan kita kuat untuk melakukan tugas harian. Contohnya mampu mengangkat berat atau menolak beban yang munasabah. Kalau lemah dan lembik, maksudnya tak sihat la tu! Teruskan membaca

Hak ukhuwah: Buka peluang mereka beramal!


Bismillahi walhamdulillah…

12-16 April: Minggu ini agak mencabar bagi saya (yang lemah ni). Hantar isteri ke klinik, uruskan dia di Hosital Tuanku Jaafar, ambil mak di kampung, di samping aktiviti harian dan masalah kesihatan saya sendiri. Semasa isteri saya dimasukkan ke wad 2A HTJ pada Selasa 13 April, saya berfikir panjang. Perlukah saya maklumkan kepada emak dan sahabat-sahabat yang lain. Akhirnya keputusan dibuat; bagi tau.

Mungkin ada yang berpendapat; Setakat masuk wad satu hari, tak payah la bagi tau kawan-kawan atau mak ayah di kampung. Kalau setakat pindah rumah, tak payahlah bagi tau orang lain. Dan seumpamanya… Benda kecik aje tu! Nanti menyusahkan orang pulak! Pada saya, di manakah letaknya hak ukhuwah? Bukankah kita ibarat satu jasad, bila satu anggota sakit, yang lain akan turut berjaga malam! Teruskan membaca

Malam Jumaat yang dinantikan


Bismillahi walhamdulillah.

Bila disebut malam Jumaat, apa yang terlintas di kepala anda? Biar saya teka; Mungkin

  1. yang popular, malam disunatkan untuk bersama…! (Macam la malam lain tak buat!)
  2. Malam orang lelaki ramai ke surau untuk bacaan Yasin dan tahlil (Bagi yang nak pergi la!)
  3. Malam menyiapkan baju melayu untuk dipakai esok hari (Kecuali orang macam saya yang amat jarang pakai baju melayu lengkap!)
  4. Malam yang dijadualkan untuk menghadiri mesyuarat, usrah dsb. (Bagi yang jadualnya malam tu la..)

Tak kira la apa sekalipun. Fokus saya ialah yang nombor dua, khusus untuk orang lelaki dan para daie. Tak perlulah nak pertikaikan amalan bacaan Yasin dan tahlil pada malam tersebut. Selagi mana dalam perselisihan para ulamak, janganlah diperpanjangkan sehingga membawa kepada fitnah dan mudharat yang lebih teruk. Teruskan membaca

Ikan bakar, ulam raja!


Bismillahi walhamdulillah..

4 April: Sesudah solat zuhur, Us. Kamal yang mengimamkan solat mengumumkan dua perkara. Pertama, pada tengah hari ini ada sedikit jamuan makan di surau. Semua jamaah dijemput hadir. Beliau memaklumkan bahawa jamuan tersebut tidak menggunakan duit surau, tetapi melalui sumbangan individu. Tambahnya, sekarang duit tabung surau tidak boleh digunakan untuk makan-makan. Kedua, pada malam Jumaat nanti surau akan mengadakan jamuan nasi briyani. Maka sesiapa yang berminat bolehlah menyalurkan sumbangan RM10 kepada Haji Roslan (rasanya). Selepas solat sunat ba’diyah zuhur, sayapun singgah di belakang surau. Memang menyelerakan! Nasi putih, ikan bakar dan ulam raja (kalau tak silap) dan beberapa yang lain. Saya hanya minum air sebab nak makan bersama isteri di rumah.

Ramaikan kenalan, tingkatkan perkenalan

Fikir dan usahakanlah sebarang aktiviti yang boleh meningkatkan ukhuwah dalam kalangan umat Islam. Teruskan membaca

Dijamin Tidak Luntur


Sedikit selingan…

Ada seorang Pak Arab menjual kain. Ramai yang datang mengerumun, laris! Mungkin pada kain tersebut tercatat ‘Dijamin Tidak Luntur’. Pada minggu berikutnya, ramai juga yang datang mengerumun, tapi kali ini mereka mengadu, kerana kain yang dibeli luntur apabila dibasuh! Dengan selamba si penjual menjelaskan; Saya orang Arab, baca terbalik- Luntur Tidak Dijamin!

Pengajaran dari cerita rekaan tadi, pastikan tiada halangan komunikasi antara kita dengan orang yang dilawan cakap. Dari segi dialek, laras, ilihan perkataan dan isinya. Kata-kata dan arahan kita benar-benar mereka fahami.

Sebagai contoh, kalau kita suruh mereka buat perancangan strategik, pastikan mereka tahu apa itu perancangan strategik. Tahu membuat analisis SWOT, matriks dan strateginya. Jangan sampai SWOT menyenaraikan perkara lain, aktivitinya pula lain!

Sekadar selingan. Kiaskanlah untuk yang lain…

Wallahu a’lam.

Ketuklah besi ketika masih panas! (02)


Bismillahi walhamdulillah…

9-10 April: Mulai petang Jumaat hingga petang Sabtu lepas sekolah saya

Dato' Hj. Azam- mencurah ilmu

mengadakan kursus untuk semua guru, bertempat di MITC Ancasa Hotel, Melaka. Tak dapatlah saya bagi kuliah maghrib jumaat tu. Antara objektifnya ialah membentuk satu kumpulan kerja sepasukan yang boleh melonjakkan pencapaian sekolah dalam pelbagai bidang, sama ada kurikulum, kokurikulum maupun sahsiah murid. Lebih-lebih lagi penceramah undangan kami, Dato’ Hj. Azam bin Md. Atan, Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Sains Rembau berjaya menimbulkan kesedaran dan menunjuk jalan untuk membina pasukan kerja cemerlang di sekolah. Teruskan membaca

Sawi Jepun


Bismillahi walhamdulillah…

Suatu petang selepas solat Jumaat, sementara menanti mesyuarat, saya meronda-ronda sekitar Kg. Kuala Sawah, estet belakang masjid dan taman perumahan sebelah sekolah, Taman Seri Ramai. Apa yang menarik, kebanyakan rumah orang Cina ada menanam sayur seperti terung dan sejenis sawi. Bukan di Taman Seri Ramai sahaja, bahkan sekitar Warisan Puteripun ramai orang cina yang bercucuk tanam. Orang Melayupun ada, tapi pada kiraan saya, taklah seramai orang-orang cina.

Pernah dengar sawi Jepun?

Sawi Jepun. Nampak tak serai kat belakang tu?

Lihat gambar sebelah. Menurut penanamnya, kalau nak dapat hasil sayur begini; benih mesti bagus, semai dahulu di petak semaian, bila dah sampai 2 inci pindahkan ke pasu atau poly bag, guna tanah berbaja kompos, rajin letak baja dan siram pagi petang. Tengok saiznya tu! Rasa? Jangan pertikai, segar dari tepi rumah! Saya percaya, sebab penanam tu adalah saya sendiri!!

Sekadar mengisi masa lapang, berbakti kepada bumi Allah, berbaloi juga!

Akan datang, kailan Hong Kong pula…

Wassalam.

%d bloggers like this: