Keturunan yang hebat

Ahad 28 Mac: Selepas menghantar Aiman tuisyen di Ampangan, saya singgah sebentar di kedai Ameer untuk gunting rambut. Sambil gunting, banyak perkara disembangkan. Antara perkara yang menarik perhatian saya ialah perbualan berikut:

Ameer: Abang. Kalau saya tanya abang satu soalan, abang jangan marah ye.

Saya: Apa dia

Ameer: Abang jangan riya’ pulak kalau saya tanya. Abang ni keturunan Arab ke?

Saya: Taklah. Saya keturunan Afghanistan. Ayah saya Abdul Aziz bin Abdul Rahman bin Ghulam Nabi, dari Kabul.

Ameer: Tapi bang, ada ahlul bayt, keturunan Rasulullah (Saya rasa dia nak kekal dengan tajuk Arab)

Saya: Betul, memang ada. Tapi kalau perangai macam setan, tak guna jugak. Sebab Allah tengok iman dan taqwa kita, bukan keturunan. Tak kiralah Syed atau Syarifah.

Ameer: Betul tu bang. Hari ni saya belajar sesuatu dari abang.

Iman adalah mutiara… Iman tidak boleh diwarisi…

Pepatah Arab ada menyebut: Bukanlah pemuda sebenar orang yang berkata, “Dulu bapak aku (begini dan begini).. Tetapi pemuda sebenar ialah orang yang berkata, “Inilah aku…”

Tidak kiralah kita ni anak siapa, keturunan mana, dari jamaah mana… semuanya tidak dapat menyelamatkan kita dari neraka Allah Taala atau meninggikan darjat kita dalam syurga kelak. Yang pasti, sendiri mau ingat! Beramallah…

Kalau dulu (tak tau la sekarang), ada yang tak mahu nikahkan anaknya dengan keturunan lain; syarifah mesti dengan syed dsb.

Juga ada yang rasa bangga kerana telah menggabungkan diri dalam jamaah yang memperjuangkan Islam. Tak kira lah parti Islam ke, pertubuhan Islam ke dll. Tidak dinafikan, beramal secara berjamaah itu wajib. Tetapi ia tidak menjadi lesen kepada kita untuk duduk diam sahaja, berpada dengan mendaftar jadi ahli, hadir usrah dan mengangankan sesuatu yang indah.

Soalan yang harus dijawab

Apakah sumbangan yang aku lakukan sendiri untuk agama Islam, sebagaimana diajar oleh Nabi SAW. Maka dengan itu, kita akan bekerja dan bekerja. Bukan kerja cari makan sahaja, tapi bekerja untuk menegakkan Islam. Barulah lepas itu kita boleh mengaku; Inilah aku! Bukannya menumpang kehebatan orang lain atau organisasi yang kita anggotai.

Jom! Terjun ke medan amal. Amal yang menghasilkan kebaikan (bukan memecah belahkan!!)…

Wallahu a’lam

2 Respons

  1. Ustad,
    Saya bagi cadangan kalau dikumpulkan tulisan ustad ni dan dijadikan buku, boleh bagi banyak manafaat pada orang ramai la. semenjak saya baca blog ni (itupun zul yg bagi) bagi yang saya pelajari…moga dapat dipertimbangkan cadangan saya itu.

    salam dari jauh

    • Assalamualaikum.
      Apa khabar Salemi? Sihat? Masih di BPI ke? Bertugas di mana sekarang? (Banyak nak ditanya!)
      Terima kasih kerana sudi menelusuri Catatan Kehidupan saya. Mana yang baik tu ambillah… sebagai perkongsian dan medium dakwah.
      Buku? Cadangan yang baik. Boleh dipertimbangkan… Perasan pulak saya!!
      Buat masa ni, saya amat berterima kasih, kalau Salemi tolong panjangkan kat kawan-kawan. Berkongsi kebaikan.
      Jumpa lagi, insya Allah.
      Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: