Rahsia: Puas setiap malam!

HARI-HARI KERJA

Awal pagi

“5.30 pagi dah bangun, bersihkan diri dan solat tahajjud serta witir. Lepas kejutkan anak-anak, terus ke surau untuk solat subuh. Balik surau, sarapan dengan anak-anak sambil hulur duit belanja sekolah. 6.50: Keluar ke sekolah. Sambil drive baca wirid ma’thurat. Tepat 7.20 dah sampai, di sambut dengan salam beberapa anak murid. Lepas punch in, masuk bilik baca al-Quran semuka.

Waktu kerja

Pastikan murid-murid beratur, melagukan al-asmaul husna, kemudian masuk kelas masing-masing. Rutin di sekolah: mengajar, buat persiapan, berbincang, menasihat dan melayan karenah murid, solat berjamaah… Kalau ada mesyuarat balik lewat. Semasa bekerja, sentiasa hayati tugas sabagai khalifah Allah.

Balik kerja

Petang, main-main dengan anak. Sambil tu ziarah jiran-jiran, bertanya khabar. Atau tengok-tengok sayur dan bunga di tepi rumah. Hilangkan penat. Kalau sempat, riadah untuk keluarkan peluh. Kemudian bersiap untuk solat maghrib.

Malam

Lepas maghrib, bagi kuliah di surau. Kalau tiada kuliah, ajar anak mengaji al-Quran. Lepas isyak pergi usrah atau hadir mesyuarat JK. Merancang dan memantau aktiviti dakwah dan tarbiah. Balik, sembang dengan isteri sebelum bersiap untuk tidur. Cukupkan bacaan al-Quran satu juzuk. Sebelum tidur, muhasabah diri, istighfar kepada Allah. Tidur…”

Itulah rahsia dapat tidur dengan puas setiap malam!

Puas, kerana dapat laksanakan tugas seharian sebagai seorang muslim. Menjunjung perintah Allah; laksanakan yang wajib dan sunat, jauhkan yang haram, syubhat dan makruh…

Puas, kerana berhak untuk tidur setelah penat bekerja untuk diri, keluarga, masyarakat dan agama. Nikmat tidur hanya dapat dikecapi oleh orang yang benar-benar letih bekerja. Orang yang sentiasa rehat, tak dapat nikmat tidur apatah lagi puas dengannya!

Puas, kerana hari-hari dimulakan dengan doa ma’thurat, diisi dengan tugas sebagai khalifah dan di akhiri dengan istighfar. Mulakan dengan rasa perlukan bantuan Allah lantas berdoa dengan doa-doa yang ma’thur. Sentiasa memastikan tindakan dan kata-kata selaras dengan peranann sebagai khalifah Allah. Mengkahiri hari dengan muhasabah diri; buat pembetulan, fikirkan penambaikan dan rancang pencegahan.

Alangkah indahnya, kalau hari-hari kita berlalu begitu, atau lebih baik daripada itu… Pastilah kepuasannya berlipat kali ganda.

Wassalam…

Disertakan Borang Muhasabah Diri sebagai panduan.

Borang muhasabah diri

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: