Pendidikan yang menyeluruh

Bismillahi walhamdulillah…

Sabtu 26 Mac: Selepas maghrib saya ke Hutan Lipur

Tarbiyah Jasadiyah... Aiman dan rakan-rakan di puncak Gunung Dato'

Gunung Dato’ di Rembau (Perlu direkod, tak dapatlah saya hadir sambutan maulid anjuran surau Al-Hidayah!) bagi mengiringi isteri saya menyertai program outdoor anjuran ISMA zon Selatan. Memang tak jauh dari Seremban, kira-kira 30 km sahaja, tapi mengenangkan malam dan masuk ke dalam hutan, saya ambil keputusan untuk mengiringi ke sana. (Sayang bini tu!)  Program tersebut bermula pagi Sabtu, tetapi isteri saya ditugaskan sebagai pencatat mesyuarat PIBG sekolahnya, maka malam baru boleh hadir. Sepanjang perjalanan saya ambil peluang berbual dengan Aiman, anak ketiga saya tentang program yang dihadiri umminya itu.

Something is better than nothing!

Semua orang mahukan kesempurnaan dalam hasil kerjanya. Tetapi kadang kala ada aral atau keuzuran yang tidak dapat kita elakkan. Maka,  ada orang akan meninggalkannya terus, dan ada orang yang akan buat sebahagian sahaja. Pada saya, pilihan kedua lebih tepat, iaitu buat sebahagian yang mampu, lebih baik daripada langsung tidak buat. Samalah macam program out door tadi; kalau tak dapat datang penuh dari awal pagi, datang petang. Tak dapat datang petang, datanglah malam. Sekurang-kurangnya kita dapat menyertai sebahagian acara disediakan dan nampak kesungguhan untuk hadir. Semuanya itu ada nilai ganjaran dari Allah.

Persoalan

Ada yang mempersoalkan; kenapa la buat program kat tengah hutan? Buat la di hotel ke, chalet tepi pantai ke, atau kalau dah takde duit sangat, tumpang di surau! Atau ada yang pertikai; daripada nonggok tengah hutan, lebih baik iktikaf dalam masjid sambil dengar ceramah yang sama! Kita perlu faham, setiap orang perlu melalui pendidikan yang menyeluruh. Iaitu merangkumi aspek akal, rohani dan jasmani.

Secara umum, kalau dalam ceramah, usrah dan daurah/seminar, tumpuan lebih kepada pembinaan aqli; intelektual dan fikrah. Kalau menghadiri qiyamullail pula, pengisiannya menjurus kepada aspek rohani atau ruhi; melalui tilawatul quran, tahajjud dan tazkirah. Manakala perkhemahan dan rehlah, melatih di sudut kekuatan jasmani atau jasadi. Sebagaimana syumulnya Islam, maka setiap orang daripada kita perlu melalui dan dibentuk sesuai dengan peranannya sebagai khalifah.

Maka, kepada sesiapa yang rasanya dirinya kurang (memang tiada manusia yang sempurna!), atau mahu menggabungkan diri dalam saf yang beramal untuk Islam, perlulah mengambil kira semua aspek di atas. Dengan itu, pendidikan yang diperolehinya akan seimbang. Bukan cenderung kepada iktikaf di masjid dan berwirid sahaja, atau lebih mengutamakan kekuatan fizikal berbanding kefahaman Islam, atau menekankan usrah dan seminar semata-mata berbanding amal di medan dsb., atau berpada dengan berdakwah secara sendirian!

Bukan setakat itu, dia akan dapat jawapan sebenar hakikat agama Islam yang dianutinya. Peranannya sebagai seorang muslim dan pelbagai bentuk kekuatan yang perlu dimilikinya.

Wallahu a’lam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: