Ketuklah besi ketika masih panas! (02)

Bismillahi walhamdulillah…

9-10 April: Mulai petang Jumaat hingga petang Sabtu lepas sekolah saya

Dato' Hj. Azam- mencurah ilmu

mengadakan kursus untuk semua guru, bertempat di MITC Ancasa Hotel, Melaka. Tak dapatlah saya bagi kuliah maghrib jumaat tu. Antara objektifnya ialah membentuk satu kumpulan kerja sepasukan yang boleh melonjakkan pencapaian sekolah dalam pelbagai bidang, sama ada kurikulum, kokurikulum maupun sahsiah murid. Lebih-lebih lagi penceramah undangan kami, Dato’ Hj. Azam bin Md. Atan, Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Sains Rembau berjaya menimbulkan kesedaran dan menunjuk jalan untuk membina pasukan kerja cemerlang di sekolah. Berdasarkan pengalaman beliau selama 33 tahun di bidang pendidikan di sekolah berasrama penuh dan sekolah harian biasa. Nampaknya kami para guru begitu bersemangat dan pasti ada perubahan dalam masa terdekat apabila masing-masing ke sekolah esok hari, insya Allah.

Semangat tu…! Tapi jangan hangat-hangat tahi ayam!

Sebagai seorang guru, perlu buat pembetulan terhadap kealpaan selama ini. Perlu juga buat penambahbaikan terhadap usaha yang telah dibuat bagi mengangkat martabat diri sebagi seorang guru. Mulakan dari sekarang dan jangan bertangguh. Sekurang-kurangnya kita tercatat sebagai orang yang mendengar kata-kata yang baik lantas mengamalkannya.

Setiap perubahan yang hendak dilakukan mesti atas dasar ilmu dan kefahaman. Bukan semangat semata-mata. Kalau tak tahu, maka bertanyalah. Kalau dah tahu, maka pimpinlah.

Sebagai seorang pentadbir pula, perlu ambil peluang sementara guru-guru masih bersemangat. Maka pandu semangat mereka supaya terarah dan agihkan tugasan sementara mereka masih bersemangat. Bak kata pepatah Arab, ketuklah besi ketika besi itu masih panas. Nanti bila dah sejuk, susah nak dibentuk!

Kalau anda seorang daie’ ubahlah kalimah guru kepada daie dan pentadbir kepada qiyadah serta kursus kepada daurah. Kita ambil pengajaran bersama…

Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: