Hak ukhuwah: Buka peluang mereka beramal!

Bismillahi walhamdulillah…

12-16 April: Minggu ini agak mencabar bagi saya (yang lemah ni). Hantar isteri ke klinik, uruskan dia di Hosital Tuanku Jaafar, ambil mak di kampung, di samping aktiviti harian dan masalah kesihatan saya sendiri. Semasa isteri saya dimasukkan ke wad 2A HTJ pada Selasa 13 April, saya berfikir panjang. Perlukah saya maklumkan kepada emak dan sahabat-sahabat yang lain. Akhirnya keputusan dibuat; bagi tau.

Mungkin ada yang berpendapat; Setakat masuk wad satu hari, tak payah la bagi tau kawan-kawan atau mak ayah di kampung. Kalau setakat pindah rumah, tak payahlah bagi tau orang lain. Dan seumpamanya… Benda kecik aje tu! Nanti menyusahkan orang pulak! Pada saya, di manakah letaknya hak ukhuwah? Bukankah kita ibarat satu jasad, bila satu anggota sakit, yang lain akan turut berjaga malam!

Berkongsi suka dan duka

Bukan setakat kita menziarahi sahabat yang sakit atau ditimpa musibah. Bukan setakat berkongsi kegembiraan sahabat menerima cahaya mata baharu. Tetapi, sebagaimana kita berkongsi kegembiraan, kita turut berkongsi masalah dengan memaklumkan mereka masalah dan penderitaan yang sedang kita alami.

Sekurang-kurangnya bila kita maklumkan;

  1. Dapat berkongsi seterusnya meredakan penderitaan yang kita alami.
  2. Orang yang tahu akan mendoakan kesejahteraan kita
  3. Bukti kemurnian kita dalam bersahabat
  4. Membuka peluang orang beramal

Kalaulah apabila kita nak bina surau kita iklankan; peluang untuk bersedekah. Tak bolehkah bila kita sakit; kita maklumkan juga, sebagai membuka peluang untuk mereka beramal…

Wallahu a’lam.

2 Respons

  1. Salam ziarah ustadz..

    Baru bincang topik ni dalam LU malam tadi..

    Salah gunapakai terma ukhuwah dalam bab “perkongsian kesedihan dan musibah” mahupun manipulasi terma “jaga tepi kain orang”….

    Ana setuju bangat dengan perkongsian telus dalam hal suka mahupun duka.. paling kurang kita mengharapkan do’a dari sahabat yang baik..

    Ribatul ukhuwah!

    Dari Bumi Bersejarah
    Abu Khairah

    • Salam ukhuwah untuk Abu Khairah.
      Moga diskusi dalam LU dapat diterjemah dalam hidup seharian, insya Allah.
      Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: