Ikan bakar, ulam raja!

Bismillahi walhamdulillah..

4 April: Sesudah solat zuhur, Us. Kamal yang mengimamkan solat mengumumkan dua perkara. Pertama, pada tengah hari ini ada sedikit jamuan makan di surau. Semua jamaah dijemput hadir. Beliau memaklumkan bahawa jamuan tersebut tidak menggunakan duit surau, tetapi melalui sumbangan individu. Tambahnya, sekarang duit tabung surau tidak boleh digunakan untuk makan-makan. Kedua, pada malam Jumaat nanti surau akan mengadakan jamuan nasi briyani. Maka sesiapa yang berminat bolehlah menyalurkan sumbangan RM10 kepada Haji Roslan (rasanya). Selepas solat sunat ba’diyah zuhur, sayapun singgah di belakang surau. Memang menyelerakan! Nasi putih, ikan bakar dan ulam raja (kalau tak silap) dan beberapa yang lain. Saya hanya minum air sebab nak makan bersama isteri di rumah.

Ramaikan kenalan, tingkatkan perkenalan

Fikir dan usahakanlah sebarang aktiviti yang boleh meningkatkan ukhuwah dalam kalangan umat Islam. Antaranya ialah majlis makan-makan di surau tadi. Bergantung kepada orang yang hadir. Adakah dia memang nak menjamu selera semahunya, atau sekadar memenuhi undangan, atau mengeratkan hubungan sesama kenalan sedia ada, atau menambah kenalan. Surau bukan sahaja untuk solat,  kuliah dan acara keagamaan lain. Tetapi sebarang aktiviti yang boleh meningkatkan syiar dan penghayatan Islam, harus dilakukan di surau atau masjid. Syabas kepada pencetus idea, penyambut cadangan dan pembiaya aktiviti…

Jaga hati kawan, hati isteri?

Ada dari kalangan kita (kaum lelaki la…) terlalu menjaga hati kawan, ukhuwah gitu! Bila kawan ajak makan, diapun makan sungguh-sungguh. Lebih-lebih lagi menunya menyelerakan. Kalau ‘orang surau’ pula, lepas solat dijemput ke kenduri doa selamat, siap tambah lagi! Bila balik rumah, isteri ajak makan, dia jawab; Abang dah kenyang! Fikirkanlah hati dan perasaan isteri kita yang letih memasak dan sabar menanti kita pulang ke rumah untuk makan bersama. Imbangilah antara menjaga hati kawan dengan menjaga hati isteri. Apatah lagi jika membawa kepada mendung yang berpanjangan

Wallahu a’lam.

2 Respons

  1. Assalamualaikum..

    Amat benar sekali apa yang ustaz tulis tu..kadang-kadang ana pulang ke rumah, isteri ajak makan sama-sama, ana tak tahu nak kata apa..sebab kita dah makan kat surau tadi..Nak kata dah kenyang, bimbang isteri terasa hati..nak makan lagi sekali bersama dia, kang terjeluak pula isi perut ni..

    Mujurlah sekarang ni isteri dah tak jadual makan kita yang terbaru..sebab itu, setiap kali balik dari surau, tidak ada disediakan hidangan untuk ana lagi.. Tapi tak boleh la sampai setiap hari macam tu..

    Anyhow, terima kasih atas sokongan anta selama ini kepada surau kita..

    • Wa a’laikumus salam.
      Syukran Us. Kamal atas komen diberi. Macam tayar kereta juga la, kena sentiasa balancing & alignment.
      Insya Allah, selagi termampu ana akan sokong aktiviti surau kita. Untuk manfaat diri sendiri juga, di akhirat kelak…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: