Malam Jumaat yang dinantikan

Bismillahi walhamdulillah.

Bila disebut malam Jumaat, apa yang terlintas di kepala anda? Biar saya teka; Mungkin

  1. yang popular, malam disunatkan untuk bersama…! (Macam la malam lain tak buat!)
  2. Malam orang lelaki ramai ke surau untuk bacaan Yasin dan tahlil (Bagi yang nak pergi la!)
  3. Malam menyiapkan baju melayu untuk dipakai esok hari (Kecuali orang macam saya yang amat jarang pakai baju melayu lengkap!)
  4. Malam yang dijadualkan untuk menghadiri mesyuarat, usrah dsb. (Bagi yang jadualnya malam tu la..)

Tak kira la apa sekalipun. Fokus saya ialah yang nombor dua, khusus untuk orang lelaki dan para daie. Tak perlulah nak pertikaikan amalan bacaan Yasin dan tahlil pada malam tersebut. Selagi mana dalam perselisihan para ulamak, janganlah diperpanjangkan sehingga membawa kepada fitnah dan mudharat yang lebih teruk.

Kepada kaum lelaki, luangkanlah masa untuk ke surau pada malam Jumaat. Seruan ini khusus untuk orang yang jarang ke surau. (Kalau dah selalu ke surau tu, tak perlu diingatkan, sebab dia akan konsisten, insya Allah). Sebab, kalaulah malam Jumaat yang sering dihidupkan oleh orang Melayupun kita tak ambil berat, maka malam-malam lain lagi susah. Mulakanlah dengan malam Jumaat untuk ke surau, kerana dah tradisi kita orang Melayu macam tu, memakmurkan malam Jumaat. Nanti bila dah biasa, kita tidak akan malu atau berat untuk datang ke surau pada malam-malam lain.

Kepada para daie, janganlah memencil diri dari majlis bacaan Yasin, tahlil dsb. Sengaja tidak hadir ke surau pada malam Jumaat supaya tidak ‘terperangkap’! Sebaliknya ambillah peluang tradisi orang Melayu ini untuk bersama masyarakat, menambah kenalan, pereratkan perkenalan, mengetahui masalah mereka, bertukar pendapat dan bertanya khabar. Supaya dengan itu anda kenal sasaran dakwah dan mereka mengenali anda. Barulah misi dakwah terlaksana.

Doakan bersama; kesedaran dan peningkatan amal untuk saudara seIslam kita…

Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: