Adakah kita sihat?

Bismillahi walhamdulillah…

Kurangkan makan yang atas...

Beberapa tahun dahulu, sambil menunggu giliran di hospital, saya sempat membaca brochure yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan. Sampai sekarang saya masih ingat bahawa kesihatan itu merangkumi empat perkara, iaitu;

  1. Tubuh badan yang sihat tanpa sebarang penyakit. Inilah fahaman umum bila disebut sihat. Kalau asyik demam, pening dan selsema, maknanya tak sihat.
  2. Badan kita kuat untuk melakukan tugas harian. Contohnya mampu mengangkat berat atau menolak beban yang munasabah. Kalau lemah dan lembik, maksudnya tak sihat la tu!
  3. Kita bertenaga dan berstamina sehingga penghujung hari. Lepas balik kerja, masih mampu pergi surau, hadir usrah atau menemani isteri pergi shopping. Kalau malam-malam jarang ke surau, usrah pula selalu ghaib dan isteri masam muka sebab tak temankan dia shopping… tak sihat!
  4. Badan kita ada kelembutan supaya dapat bergerak sempurna. Sekira-kira kalau mengangkat tangan atau memusing badan tidaklah mudah mengadoi, kerana tergeliat atau urat dah tegang!

Bagi seorang muslim, penjagaan kesihatan amat penting. Penting, sama ada untuk menyempurnakan ibadah khusus harian, atau melaksanakan kerja cari makan, apatah lagi bagi menyempurnakan amanah sebagai kahlifah Allah.

Bahkan ia jatuh kepada hukum wajib. Kerana apabila tidak sihat, maka ibadah, kerja harian dan dakwah akan terganggu atau tidak sempurna.

Amalan yang sihat

Tubuh badan yang sihat bukan sahaja bergantung kepada senaman yang berkala. Tetapi bergantung juga kepada tabiat pemakanan. Penjagaan pemakanan secara serius kurang diambil berat dan nampak terasing dari kehidupan.

  1. Guru agama yang mengajar adab makan biasanya akan fokus kepada sunat membasuh tangan, makan dengan tangan kanan, baca doa sebelum dan selepas makan. Jarang sekali yang menekankan perlu menjaga adab makan dari segi kuantiti benda yang dimakan, kualitinya, gabungan makanan dan masa untuk makan.
  2. Elakkan makan selepas isyak. Kerana perut kita memerlukan sekurang-kurangnya 4 jam untuk menghadamkan makanan sebelum tidur. Lebih malang, pukul 10.30 malam lepas habis ceramah ada jamuan nasi minyak. Patut la ramai ustaz yang kena sakit jantung! Bagi yang hadir qiyamullail pula (bagus tu!), lepas baca quran sebelum tidur tak perlulah ada makan lagi.
  3. Amalkan makan buah-buahan sebelum makan. Semua orang tahu, tapi tak semua orang buat! Walaupun tak berbuih mulut para motivator (bukan doktor) cakap macam tu.
  4. Banyakkan meminum air kosong. Nampaknya kita patut malu kepada kaum Cina yang lebih banyak meminum air kosong berbanding kita. Mungkin kita atau anak-anak kita nak jaga standard, malu nak bawa botol air ke tempat kerja atau sekolah.
  5. Amalkan mengambil sarapan pagi. Saya pernah baca satu artikel bertajuk; Delay your breakfast, will defect your brain!

Dah terlambat Ustaz!

Mungkin kita akan berkata; semua tu dah lambat, kitapun ramai yang dah tak sihat! Pada saya, tidak mengapa. Biarlah kita seorang sahaja yang terlambat, jangan sampai anak-anak kita juga terlambat juga. Maka, sampaikan dan didiklah mereka dengan adab makan dan penjagaan kesihatan yang betul.

Kepada para murabbi dan guru PJK, manfaatkanlah peluang untuk sampaikan mesej kepada anak buah masing-masing. Moga mereka membesar sebagai muslim yang sihat, mampu berdakwah membawa risalah Islam dengan produktif, lebih baik daripada kita. Sebab kita dah terlambat!

Peringatan untuk diri saya sendiri…

Wassalam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: