Kenapa nak berahsia?


Bismillahi walhamdulillah…

“Itupun nak berahsia. Bagi tau aje la…”

“Kita kan dah lama kenal. Tak payah la nak berahsia rahsia pulak!”

“Sebagai ahli jamaah, ana layak tahu semua maklumat tentang jamaah ini. Mana boleh ada maklumat berperingkat!”

Demikianlah antara respon yang biasa kita dengar. Kadangkala membawa kepada salah faham, bermasam muka bahkan hilang kepercayaan. Adakah berahsia itu perlu atau dibolehkan? Jika boleh, apa sandarannya.

Teruskan membaca

Advertisements

Jalan Ke Syurga: Buat yang wajib, tinggal yang haram.


Hadis 22

عن أبي عبد الله جابر بن عبد الله الأنصاري رضي الله عنهما، أن رجلا سأل رسول الله
فقال: أرأیت إذا صليت المكتوبات وصمت رمضان وأحللت الحلال، وحرمت الحرام، ولم
أزد على ذلك شيئا، أدخل الجنة؟ قال نعم  رواه مسلم..
Daripada Abu Abdullah Jabir ibn Abdullah al-Ansarie r.a., رضي الله عنهما (beliau meriwayatkan): Bahawa seorang lelaki telah bertanyakan Rasulullah SAW, dia berkata: Bagaimana pandanganmu jika aku mendirikan sembahyang-sembahyang fardhu, aku berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkan perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apa lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga? Baginda bersabda: Ya! Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Dalam hadis ini Nabi SAW menjamin syurga bagi sesiapa yang melaksanakan semua yang wajib dan meninggalkan semua yang haram. Cukup mudah! Kalau ditanya, syurga yang mana satu? Yang paling rendah atau yang paling tinggi? Mungkin yang paling rendah. Sebab kita hanya lakukan yang asas sahaja. Maksud masuk syurga dalam hadis ini, ialah masuk syurga tanpa perlu diazab. Kerana seorang  muslim sejahat mana sekalipun, akhirnya akan masuk syurga juga, setelah dosa-dosanya dibersihkan dalam neraka!
Hadis ini mengajar kita supaya bertanya kepada orang yang berilmu, sentiasa mempermudahkan dan meletakkan harapan untuk berjaya. Nabi yakin bahawa orang yang bertanya ini jika dia benar-benar bertakwa, buat yang wajib dan tinggal yang haram sahaja, nescaya suatu hari nanti hatinya akan tergerak untuk melaksanakan yang sunat-sunat pula. Teruskan membaca

Dosa syirik, Allah tak ampun?


Bismillahi walhamdulillah.

Firman Allah Taala;

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.” An-Nisa’:116

Berdasarkan zahir ayat ini ramai yang berfahaman bahawa Allah tidak mangampunkan dosa orang yang berbuat syirik kepadanya. Teruskan membaca

Iklan: Sambutan Hari Ibu


Solat istikharah


Bismillahi walhamdulillah.

Saya pernah menyebut tentang solat istikharah (memohon jalan kebaikan) dalam kiriman sebelum ini. Saya amat ‘berkenan’ dengan solat istikharah ini kerana bukan setakat ada nas yang sahih mengenainya, tetapi dilengkapi dengan doanya sekali. Renungi bersama hadis di bawah.

Jabir bin Abdullah berkata, bahawa Rasulullah SAW mengajar kami istikharah dalam segenap perkara sebagaimana baginda mengajar kami surah dari Al-Quran. Sabda baginda; Apabila seseorang kamu bercadang melakukan sesuatu perkara, maka hendaklah dia solat dua rakaat selain fardhu, sesudah itu berdoalah:- Teruskan membaca

Jika hidung anak anda berbau busuk.


Bismillahi walhamdulillah…

Sebagai berkongsi pengalaman, jika hidung anak anda berbau busuk.

Maryam, 5 tahun

Sabtu, 8 Mei: Tengah hari tadi, selepas riadah keliling taman dan berkebun, saya dan isteri membawa Maryam berjumpa pakar ENT di Seremban. Puncanya, empat bulan lepas hidungnya berdarah, kemudian selsema tak henti dan lebih merunsingkan, hidungnya berbau busuk! Pelbagai usaha kami lakukan; ke klinik biasa, klinik homeopathy dan nasihat tradisional. Menurut pengamal perubatan tradisional tersebut, mungkin alahan sebab pada leher Maryam ada ruam.  Maka dia mencadangkan supaya diberi air rebusan jintan putih, yang juga berfungsi sebagai anti-biotik. Rasanya dah berbotol ubat selsema dan anti-biotik Maryam ambil, tapi masih tidak hilang, terutama bau busuk yang terbit dari hidungnya. Sedih juga, abangnya Faiz selalu mengejek; busuk!

Teruskan membaca

%d bloggers like this: