Bismillahi walhamdulillah…

Sebagai berkongsi pengalaman, jika hidung anak anda berbau busuk.

Maryam, 5 tahun

Sabtu, 8 Mei: Tengah hari tadi, selepas riadah keliling taman dan berkebun, saya dan isteri membawa Maryam berjumpa pakar ENT di Seremban. Puncanya, empat bulan lepas hidungnya berdarah, kemudian selsema tak henti dan lebih merunsingkan, hidungnya berbau busuk! Pelbagai usaha kami lakukan; ke klinik biasa, klinik homeopathy dan nasihat tradisional. Menurut pengamal perubatan tradisional tersebut, mungkin alahan sebab pada leher Maryam ada ruam.  Maka dia mencadangkan supaya diberi air rebusan jintan putih, yang juga berfungsi sebagai anti-biotik. Rasanya dah berbotol ubat selsema dan anti-biotik Maryam ambil, tapi masih tidak hilang, terutama bau busuk yang terbit dari hidungnya. Sedih juga, abangnya Faiz selalu mengejek; busuk!

Alhamdulillah, apabila dibawa berjumpa doktor pakar dengan kecanggihan

Pakar dibantu alat canggih

alat yang ada, beliau dapati ada objek di dalam hidung Maryam. Akhirnya dapat dikeluarkan, iaitu segulung plastik putih dengan saiz lebih kurang 10mmX5mmX1mm! Tak tahulah macam mana boleh ada dalam hidung Maryam. Doktor sendiri berkata, first time jumpa kes macam ini. Selepas mengucapkan terima kasih, kami keluar untuk mengambil ubat dan membayar kos RM230 sahaja! Harapan kami, masalah hidung Maryam akan selesai.

Hasilnya…

Pengajaran

  1. Rujuklah orang yang pakar dalam hal yang berkaitan.
  2. Seorang yang pakar, perlukan alat untuk berjaya.
  3. Kenal pasti punca masalah, kemudian selesaikan punca masalah tadi.
  4. Sediakan wang secukupnya untuk kes-kes kecemasan tidak diduga.

Wallahu a’lam, wassalam.

—————-

(25 Nov. 2012, 8.00 malam)

Ketika melayan bapa mertua yang bertandang ke rumah, saya menerima panggilan telefon dari Sarawak. Pemanggil sebenarnya orang Nilai menceritakan masalah anaknya yang serupa. Beliau akan bercuti di Semenanjung esok dan bercadang ke klinik tempat saya bawa Maryam dahulu. Memandangkan ada keperluan, saya sertakan peta lokasi Klinik ENT Chng di Seremban. Mudah-mudahan lebih membantu.

GoogleMap

Anak panah merah meunjukkan lokasi Klinik ENT Chng