Solat istikharah

Bismillahi walhamdulillah.

Saya pernah menyebut tentang solat istikharah (memohon jalan kebaikan) dalam kiriman sebelum ini. Saya amat ‘berkenan’ dengan solat istikharah ini kerana bukan setakat ada nas yang sahih mengenainya, tetapi dilengkapi dengan doanya sekali. Renungi bersama hadis di bawah.

Jabir bin Abdullah berkata, bahawa Rasulullah SAW mengajar kami istikharah dalam segenap perkara sebagaimana baginda mengajar kami surah dari Al-Quran. Sabda baginda; Apabila seseorang kamu bercadang melakukan sesuatu perkara, maka hendaklah dia solat dua rakaat selain fardhu, sesudah itu berdoalah:-

Ya Allah! Sesungguhnya aku mohon kebaikan dengan ilmumu dan aku mohon kekuatan dengan kudratmu dan aku mohon dari limpah kurniamu yang maha agung. Sesungguhnya engkaulah yang maha berkuasa dan aku tiada kuasa, engkaulah yang maha mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui, dan engkaulah yang maha mengetahui segala yang ghaib.

Ya Allah, jika engkau tahu bahawa perkara ini (sebutkan hajatnya) baik bagiku pada agamaku, pada kehidupanku dan pada kesudahan urusanku, maka taqdirkan ia untukku dan permudahkanlah ia untukku, kemudian berkatilah aku padanya.

Dan jika engkau tahu bahawa perkara ini (sebutkan hajatnya) buruk untukku pada agamaku, pada kehidupanku dan kesudahan urusanku, maka sisihkanlah ia daripadaku dan sisihkan aku daripadanya. Dan taqdirkanlah kebaikan untukku walau di mana jua, kemudian redhailah aku dengannya. Dan sebutlah hajatnya ketika dia sedang berdoa tadi. (Riwayat Al-Bukhari dan lainnya)

Penjelasan

  1. Sunat dilakukan oleh  orang yang hendak melakukan sesuatu perkara harus, yang ia tidak pasti kebaikan di sebalik perkara tersebut. Adapun perkara wajib dan sunat perlu dilakukan, sebagaimana haram dan makruh perlu ditinggalkan, maka tidak perlu istikharah.
  2. Solat sunat dua rakaat itu termasuk sunat rawatib atau tahiyatul masjid, sama ada dikerjakan pada siang hari atau malam.
  3. Tiada bacaan surah yang khusus selepas Al-Fatihah.
  4. Selepas solat dua rakaat tadi, ucapkan tahmid dan selawat, kemudian ikuti doa yang nabi ajar tadi.
  5. Hadis ini menunjukkan bahawa seseorang muslim tidak harus memperkecilkan sesuatu perkara lantas meninggalkan istikharah. Kemungkinan perkara itu nampak mudah, tetapi ada mudharat di sebaliknya.

Lafaz doa istikharah

اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْتَخِيْرُكَ بِعِلْمِكَ

وأسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ

فَإنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوْبِ.

اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا اْلأَمْرَ خَيْرٌ لِّى

فِى دِيْنِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي فَاقْدُرْهُ لِي

وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا اْلأَمْرَ شَرٌّ لِّي

فِى دِيْنِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي

فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ

وَاقْدُرْ لِيَ الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ

ثُمَّ أَرْضِنِي بِهِ .

Untuk memastikan lafaz doa ini dibaca dengan betul, perlulah mengadap guru yang arif dalam Bahasa Arab.

Wassalam.

Teks Doa Istikharah

ٍSumber;

  1. فقه السنة
  2. المعين المبين

Satu Respons

  1. Reblogged this on Catatan Kehidupan and commented:

    Khusus buat anak-anak yang sedang kebingungan dalam menanti dan memilih kursus yang sesuai, selepas tamat SPM. Jadikan sunnah ini suatu amalan. Beramallah berdasarkan ilmu, bukan ikut ikutan.
    Jika malu bertanya, nanti sesat jalan.
    Jika sombong bertanya, nanti jadi kawan setan!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: