Dosa syirik, Allah tak ampun?

Bismillahi walhamdulillah.

Firman Allah Taala;

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.” An-Nisa’:116

Berdasarkan zahir ayat ini ramai yang berfahaman bahawa Allah tidak mangampunkan dosa orang yang berbuat syirik kepadanya. Ditambah pula dengan tafsiran Ibnu Kathir;

أخبر تعالى أنه لا يغفر أن يشرك به، أي لا يغفر لعبد لقيه وهو مشرك به، ويغفر ما دون ذلك أي من الذنوب لمن يشاء، أي من عباده

Maksudnya; Allah Taala mengkhabarkan bahawa dia tidak akan mengampunkan dosa jika disekutukan dengan sesuatu, iaitu jika hamba itu mati dalam keadaan menyengutukannya dan dia boleh ampun dosa selain dari syirik itu bagi sesiapa yang dia kehendaki, dari kalangan hambanya.

Ibnu Jarir turut menafsirkan dengan maksud yang hampir sama. Para ustaz yang memberi kuliahpun selalu mengingatkan; Allah akan mengampunkan dosa orang-orang yang memohon keampunannya, kecuali dosa syirik. Mungkin sebagai ancaman dan menegaskan betapa besarnya dosa syirik. إن الشرك لظلم عظيم – Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang paling besar.

Persoalannya, apakah kesudahan orang yang berbuat syirik?

Penjelasan

Sebenarnya ayat 116 tadi berkaitan kehendak Allah (مشيئة الله). Iaitu, bagi orang yang berdosa, tidak kira kecil atau besar, jika dia tidak bertaubat dari dosa itu, kemudian mati dalam keadaan berdosa, maka terserah kepada kehendak Allah di akhirat kelak. Jika dia kehendaki, dia ampunkan dosanya dan jika dia kehendaki dia azab pesalahnya, KECUALI syirik. Tidak termasuk dalam kehendak Allah tadi.

Adapun untuk syirik, kerana beratnya kesalahan, pelakunya mesti bertaubat. Kalau dia bertaubat dan memenuhi syarat-syarat yang kita sedia maklum, pasti Allah ampun dan terima taubatnyaنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ[الزمر: 53] Sesungguhnya Allah mengampunkan semua dosa. Sesungguhnya Dia maha pengampun lagi maha penyayang.

Inilah dimaksudkan dengan dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya

Sekadar contoh, dalam kitab Ia’natul Mustafid, pada menjelaskan dosa niyahah (meratapi mayat), pengarang menjelaskan;

ودلّ هذا على أن التوبة تمحو المعصية ولو كانتْ كبيرة، ولو كانت شركاً وكفراً بالله جل وعلا، فالتوبة تَجُبُّ ما قبلها من النياحة وغيرها.

Maksudnya; Ini menunjukkan bahawa taubat menghapuskan semua dosa sekalipun besar, walaupun syirik dan kufur kepada Allah. Kerana taubat menutup dosa-dosa lampau termasuk niyahah dan lainnya.

Bahkan jika diteliti tafsiran Ibnu Kathir tadi, beliau menyebut لا يغفر لعبد لقيه وهو مشرك به, iatu Allah tidak ampunkan hamba yang bertemunya dalam keadaan menyengutukannya.

Sedangkan masyarakat Arab jahiliah yang dikenali sebagai musyrikin pun Allah ampunkan dosa apabila mereka memeluk Islam! Bermaksud, taubat dan eloknya Islam telah menyelamatkan mereka dari azab Allah.

Kesimpulan

Selepas ini janganlah dihentikan kepada ‘Allah tak ampun dosa syirik’ – STOP. Tetapi perjelaskanlah seperti yang sepatutnya sebagai menepati kebenaran. Supaya masyarakat jelas dan tida tertanya-tanya.

Kepada para asatizah, jika kefahaman dan penjelasan ini tidak betul, sila perbetulkan saya.

Wallahu a’lam.

6 Respons

  1. ada hadis kan nabi jawab Allah ada ampunkan dosa syirik apabila ditanya oleh serang sahabat..?? minta keterangan…

    • Salam perkenalan. Terima kasih atas minat anda. Namun saya andaikan anda cuma membaca tajuk, tidak sampai ke hujung tulisan saya. Terutama teks ini:…Maksudnya; Ini menunjukkan bahawa taubat menghapuskan semua dosa sekalipun besar, walaupun syirik dan kufur kepada Allah. Kerana taubat menutup dosa-dosa lampau termasuk niyahah dan lainnya.
      Di hujung tulisan telah ada jawapan, terima kasih.
      Wassalam

  2. kita jgn berputus asa utk bertaubat kpd Allah….

  3. Islam itu indah …

  4. Mmg syirik x patut ampun. Tok2 dukun amal sihir, saka dan segala bagai patut terseksa di neraka jahanam setelah menghancurkan hidup manusia tdk berdosa. Begitu juga sesiapa yg gunakan “kabel” ini utk cari jodoh, kaya, maju bisnes…semua patut tidak layak diampun. melayu bodoh.

    • Amalan khurafat dan syirik merosak dan membatalkan akidah. Perlu difahami sebaiknya maksud “Allah tidak ampun” tersebut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: