Kenapa nak berahsia?

Bismillahi walhamdulillah…

“Itupun nak berahsia. Bagi tau aje la…”

“Kita kan dah lama kenal. Tak payah la nak berahsia rahsia pulak!”

“Sebagai ahli jamaah, ana layak tahu semua maklumat tentang jamaah ini. Mana boleh ada maklumat berperingkat!”

Demikianlah antara respon yang biasa kita dengar. Kadangkala membawa kepada salah faham, bermasam muka bahkan hilang kepercayaan. Adakah berahsia itu perlu atau dibolehkan? Jika boleh, apa sandarannya.

Saidina Ali pernah berkata;

Bukanlah semua perkara yang diketahui perlu dikatakan / dihebahkan. Bukanlah semua perkara yang perlu dihebahkan itu telah sampai ahlinya (untuk tahu). Bukanlah semua perkara yang sudah sampai ahlinya itu, telah sampai masanya.

Berdasarkan kata-kata saidina Ali tadi,  tuan punya badan atau organisasi, perlu bijak memilih; kategori maklumat yang boleh disebarluaskan, siapa orang yang berhak untuk mendapat maklumat tersebut dan bilakah masa yang sesuai untuk sebarluaskan maklumat itu. Tapi sayang, ada dalam kalangan kita yang mulut tempayan! Pantang tahu, semua nak diberitahu. Kononnya info terkini, gitu… Dia yang  mula-mula tahu. Dia yang banyak tahu dsb.

Bagi pihak kedua atau ahli, perlu sedar bahawa tidak semua perkara dia perlu tahu. Mungkin maklumat itu tidak sesuai untuk dirinya atau belum sampai masanya untuk dia mengetahuinya. Jika ada maklumat yang dengan sengaja tidak dimaklumkan kepada ahli, maka tidak harus menghilangkan kepercayaan dan ketaatan ahli kepada organisasi.

Sedangkan nabi SAW mengingatkan; من حسن إلام المرء تركه ما لا يعنيه maksudnya, antara keelok Islam seseorang itu ialah meninggalkan perkara yang tiada kaitan dengannya.

Sandaran kita

Allah Taala sendiri dengan jelas merahsiakan beberapa perkara dari kita, seperti hari kiamat dan hakikat ruh. Nabi juga merahsiakan senarai munafiqin dari diketahui umum sahabat.

Nabi SAW pernah bersabda;   استعينوا على قضاء حوائجكم بالكتمان , berbantulah dengan al-kitman (menyembunyikan) dalam menyempurnakan hajat kamu.

Maka, munasabahlah jika kita berahsia dalam beberapa perkara yang wajar dirahsiakan. Cuma bergantung kepada kebijaksanaan kita untuk mengkategorikan, adakah perkara itu rahsia atau sebaliknya.

Wallahu a’lam.

(Kamus Dewan) berahsia:  1. mempunyai rahsia, menaruh rahsia 2. menyembunyikan sesuatu daripada 3. memberitahukan sesuatu rahsia kepada

3 Respons

  1. tapi, kenapa semua kawan2 saya merahsiakan perkara tertentu daripada saya, dan hanya mereka je yg tahu? saya cuma terasa hati je dengan perbuatan mereka.. saya rasa saya bukan sebahagian dari mereka walaupun mereka itu kawan baik saya.. saya terasa seperti dipulaukan je~~

  2. mereka yakin dgn kamu la 2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: