‘Couple’ Itu Haram!


Bismillahi walhamdulillah.

Adakah ini maksud 'couple'?

Baru-baru ini saya dihubungi oleh seorang pelajar saya melalui email. Sebagai perkongsian dan untuk manfaat bersama, saya masukkan dalam blog dengan sedikit pindaan dari segi ejaan. Sebab saya kurang berkenan dengan penggunaan singkatan-singkatan yang merosakkan Bahasa Melayu kita!  Berikut adalah perbincangan kami…

Teruskan membaca

Iklan: Ceramah Perbandingan Agama


Bola! Oh Bola!


Tazkirah untuk semua…

Sumber: Mingguan Malaysia, 20 Jun 2010

Getaran jiwa… Tanyalah hati anda!


Bismillahi walhamdulillah…

عن النواس بن سمعان عن النبي قال (البر حسن الخلق. والإثم ما حاك في نفسك وكرهت أن یطلع عليه الناس) رواه مسلم. وعن وابصة بن معبد قال: أتيت رسول الله فقال ( جئت تسأل عن البر؟ قلت: نعم , قال: استفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفس واطمأن إليه القلب، والإثم ما حاك في النفس وتردد في الصدر وإن أفتاك الناس أفتوك) حدیث حسن رویناه من مسندي الإمامين؛ أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن.

Daripada An-Nawwas ibni Sam’aan r.a. daripada nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. Hadis riwayat Imam Muslim.

Dan daripada Wabisoh ibni Ma’bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya,dan dosa itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu.

Hadis Hasan riwayat Imam Ahmad dan Ad-Darimi dengan sanad yang baik.

Teruskan membaca

Hebatnya ibadah baginda SAW!


Takutkan Allah, taat kepadaNya dan hebatnya ibadah SAW.

Rasulullah adalah contoh teladan terbaik sepanjang zaman. Setiap muslim yang mewarisi dakwah baginda amat wajar sekali mencontohi sifat baginda. Sebagaimana beratnya amanah dakwah yang kita tanggung, maka seberat itu jugalah bekalan yang perlu kita miliki. Kita bukan sahaja meneladani sifat-sifat peribadi baginda yang agung seperti pemurah, menepati janji dan memuliakan orang, tetapi ketakutan, ketaatan dan hebatnya ibadah baginda yang dicatatkan dalam hadis-hadis  juga patut diteladani.

Takutkan Allah

Adapun rasa takut, ketaatan dan hebatnya ibadah baginda kepada Allah Taala adalah berdasarkan ilmu baginda kepada Allah Taala. Oleh kerana tingginya makrifat baginda kepada Allah Taala, maka tinggi juga rasa takut baginda kepada Allah Taala. Ini membuktikan tauhid dan makrifat yang jelas adalah tunjang asas ketaatan seseorang kepada Allah.

Teruskan membaca

Iklan: Konsert Demi Mu Al-Aqsa


Semarakkan semangat, teruskan sumbangan…

http://konsertalaqsa.wordpress.com/ Teruskan membaca

Banyakkan bersedekah, kita mampu!


Bismillahi walhamdulillah…

Jumaat 4 Jun: Selepas menyampaikan kuliah di surau dan hendak mencari selipar untuk pulang, saya dapati selipar saya sudah dipusingkan ke arah luar. Siap untuk disarung! Mungkin insan yang memusingkan selipar tersebut  telah mempraktikkan hadis yang dikongsikan sebentar tadi – sedekah.

Dalam sebuah hadis dari Abu Zarr yang diriwayatkan oleh Muslim, sebahagian sahabat muhajirin yang miskin mengadu kepada Rasulullah tentang kecemburuan mereka terhadap sahabat-sahabat yang kaya raya, kerana mempunyai kelebihan untuk bersedekah dengan harta mereka. Maka Rasulullah SAW menjelaskan bahawa mereka juga boleh bersedekah walaupun tidak memiliki harta yang banyak. Iaitu melalui takbir, tahmid, tasbih, tahlil, amar makruf dan nahi mungkar. Bukan setakat itu, menyetubuhi isteri masing-masing juga boleh jadi sedekah yang mendatangkan pahala! Teruskan membaca

%d bloggers like this: