‘Couple’ Itu Haram!

Bismillahi walhamdulillah.

Adakah ini maksud 'couple'?

Baru-baru ini saya dihubungi oleh seorang pelajar saya melalui email. Sebagai perkongsian dan untuk manfaat bersama, saya masukkan dalam blog dengan sedikit pindaan dari segi ejaan. Sebab saya kurang berkenan dengan penggunaan singkatan-singkatan yang merosakkan Bahasa Melayu kita!  Berikut adalah perbincangan kami…

Salmah (bukan nama sebenar): Salam,, ustaz saya ada terbaca beberapa artikel pasal couple yang mengatakan bahawa bercouple ni haram.. Mulanya terkejut juga,, tapi bila baca balik ada betulnya artikel tu. Tapi saya masih keliru sikit, betul ke couple tu haram?

Saya: Salam. Sebelum saya jawab, boleh perkenalkan diri. Supaya jawapan saya lebih sempurna. Terima kasih

Salmah: Wa a’laikumussalam, saya Salmah bt Hasan.

Saya: Salam. Terima kasih kerana memperkenalkan diri, Salmah. Saya tak mahu mengagak-agak, sebab ada ramai Salmah!

Pada pengamatan saya, sudah memadai semua artikel yang Salmah baca tu. Tidak perlu rujuk saya. Tapi kerana Salmah dah tanya, maka pendapat saya, couple itu haram. Mungkin saya akan mengulangi hujah yang sama macam artikel-artikel tersebut.

Ringkasnya;

1. Apa maksud couple? Jika maksudnya seorang lelaki mempunyai seorang kawan perempuan, atau mengenalinya sebagai rakan sekerja, maka hukumnya harus. Selagi mana tidak melibatkan unsur-unsur yang membawa kepada haram. Tetapi jika perkenalan, persahabatan dan berpasangan tersebut membawa kepada perkara haram, hukumnya adalah haram ber’couple’! Orang yang bijak tidak melihat sesuatu pada zahirnya sahaja, tetapi akan meneliti kesan jangka panjangnya.

2. Antara keistimewaan Islam; mencegah dan mengharam semua perkara yang membawa kepada kemudharatan. Sebab itu Allah sebut; Janganlah kamu mengHAMPIRI zina. Maksudnya, semua perkara yang menJURUS ke arah zina adalah haram, termasuklah coupling tadi. Kaedah syarak menyebut; Setiap perkara yang membawa kepada haram adalah haram. Sebagaimana ada juga kaedah syarak; Mukaddimah kepada wajib adalah wajib.

3. Apa perlunya berpasangan dalam SUASANA SEKARANG? Pada saya, tidak lain daripada menurut runtunan nafsu dan terpedaya dengan tipu daya syaitan. Adakah layak seorang perlajar muslim berpasangan? Sedangkan masa lapangnya diamanahkan Allah untuk menuntut ilmu, dan kelak akan dipersoalkan di akhirat. Adakah terdapat dalam sirah nabi dan sejarah para sahabat mahupun para tabien bahawa mereka berpasangan? Adakah keadaan umat Islam kini yang dihimpit oleh musuh-musuhnya mengizinkan kita untuk membuang masa dan melayani perasaan. Amat tidak wajar sekali…

4. Dengan jujur, jawablah soalan saya; Apakah perlunya berpasangan? Jika boleh meningkatkan iman kepada Allah, silakan. Jika boleh memaju dan menguatkan umat Islam menentang musuh, silakan. Jika boleh menjawab soalan Munkar dan Nakir, silakan…

Wallahu a’lam. Itu pendapat saya, seperti dipinta. Harap dapat menjawab kemusykilan. Wassalam.

Salmah: Wa a’laikumussalam. Terima kasih ustaz. Ada jugak saya menegur budak-budak junior ni. Tapi dia orang mempersoalkan siapa saya untuk bercakap tentang perkara tu. Rasa terkilan jugak bila dengar dia orang cakap. “Hai! Sejak bila akak dah jadi alim ni?” Tapi saya anggap tu sebagai gurauan. Sejak tu saya tak pernah lag menegur kawan-kawan saya yang bercouple ni sebab takut dia orang pulak yang akan kata saya macam tu. Apa-apa pun terima kasih kepada ustaz sekali lagi.

Saya: Salam. dia orang mempersoalkan siapa saya untuk bercakap tentang perkara tu”

Siapa kita? Kita adalah seorang muslim. Tugas kita ialah mengabdikan diri kepada Allah. Pengabdian diri kepada Allah bukanlah dengan ibadat khusus seperti solat dan puasa. Tetapi termasuk juga mencegah kemungkaran. Seorang muslim mendapat ‘permit’ secara langsung dari Allah untuk mencegah kemungkaran.

“Hai! Sejak bila akak dah jadi alim ni?” Jawabnya- Sejak Allah beri saya petunjuk, sehingga saya kenal baik dan buruk. Apa yang kita buat bukanlah suatu yang extra sehingga dapat title ‘alim’, tetapi sekadar melaksanakan kewajipan asas seorang muslim. Takutilah azab Allah yang tidak akan menimpa orang-orang yang membuat maksiat sahaja, tetapi jika diturunkan azab akan menimpa satu kampung atau negeri! Sebab itu kita perlu cegah kemungkaran.

So, apa nak buat sekarang? Takkan nak dibiarkan sahaja. Rakan-rakan dan umat Islam sedang tenggelam dan hanyut oleh arus jahiliah…

Pertama, bina dan tingkatkan kekuatan diri sendiri dengan menghampirkan diri kepada Allah, banyak berdoa kepada Allah.

Kedua, tingkatkan kefahaman tentang Islam sama ada dengan membaca, bertanya, berbincang, mengikuti akvititi anjuran pertubuhan yang Islamik.

Ketiga, cari dan bersamalah kawan-kawan yang yakin bahawa kita perlu berubah dan kegelapan ini perlu diubah.

Insya Allah saya sedia membantu. Wassalam.

Salmah: Terima kasih ustaz.

_______

Demikianlah perbincangan kami. Mudah-mudahan Salmah diberi kefahaman yang jelas tentang Islam dan diberi kekuatan oleh Allah untuk meneruskan hidup sebagai seorang muslimah. Umpama ikan yang hidup di lautan, tetapi tidak masin isinya!

Wallahu a’lam

8 Respons

  1. Assalamualaikum warohmatullahhiwabarokatu,saya BABY MANJA…. ingin b ustaz kalu mak kahwin 2 pastu adek ngan abg nyer bercouple adkah dosa??

    • Wa a’laikumussalam warahmatullah.
      Mengikut apa yang saya faham, soalan ini bermaksud; seorang perempuan berkahwin untuk kali kedua setelah bercerai dan dia mempunyai anak dengan suami pertama. Suami barunya itu juga ada anak hasil dari perkahwinan pertama. Maka hubungan antara anak-anak mereka adalah bukan mahram, iaitu mereka halal berkahwin. Maka perlu menutup aurat dan haram bersentuh serta berdua-duaan. Sebagai tambahan, apabila si lelaki menyetubuhi isterinya tadi, maka anak isteri itu menjadi mahram kepadanya (tidak boleh dikahwini), sebagaimana anak si suami menjadi mahram kepada si isteri. Adapun anak yang lahir hasil dari perkahwinan baru ini, maka hukumnya adalah mahram dengan adik-beradik yang lama ; sama ada sebagai abang/kakak seibu atau sebapa.
      Wallahu a’lam.

  2. ana ingin bertanya tentang masalah bercinta ni jugak.. ana tentunya tak bercinta ,,tapi rakan 2 dorm analah…
    diorang pelajar2 senior…. memang selama ni ana tak pernah tegur diorang…dlm keadaan pakain yg terdedah aurat dan sering dating sana- sini…tapi semenjak ana rapat dengan diorang , ada sedikit perubahan ada yg tak pakai tudung jadi pakai tudung..alhamdulillah,,tapi kan ustaz,,ana rase kurang enak, bagaimana la pandangan org lain terhadp ana bila ana berkawan ngan diorang,,mungkin ada y akan terpkir ana tidak mencegah kemungkaran.sebenarnya ana skang berdakwah secara perlahan- lahan.. memag tak selesa melihat orang memandang aneh pada ana kerana dalam group ana, ana je berjubah dan bertudung labuh…diorang sume jeans ketat..

    • Wa a’laikumus salam warahmatullah…
      Kalau nak fikirkan pandangan orang pada kita, memang tak akan ada penghujungnya! Semuanya terletak kepada niat kita; mengapa kita bergaul dengan mereka. Kalau kerana dakwah, pasti akan diberkati Allah. Tahniah kerana saudari ada kekuatan untuk bergaul dengan wanita yang tidak menutup aurat, semoga saudari tidak larut bersama mereka. Saya berpendapat, setiap orang ada bibit kebaikan dalam dirinya, tetapi apabila tiada yang berani menyuarakan kerana cepat menghukum berdasarkan pakaian, maka mereka terus larut. Dalam masa yang sama, teruskan bersama sahabat-sahabat yang boleh menyuntik kekuatan melalui aktiviti tarbiah dan jamaah. Kerana orang yang hebat, kalau bersendirian dan tidak diasah, akan tumpul kehebatannya.
      Semoga Allah tunjukkan jalan dan permudahkan… Wassalam

  3. assalamualaikum ustaz… sy ingin bertanya… kalau kapel utk berkahwin? sebelum tunang pun sudah bercinta?? bagaimana pula?? dan ingin bertanya lagi sy amat musykil ade suadara2 kita mengatakn kapel untuk berkahwin itu boleh walaupun bercinta sebelum kahwin dan ade sesetengah org memutarkan hadis2 supaya dilihat dr perspektif lain…sy fhm akn pendirian manusia berlainan…tp sy sebagai umat islam menganggap kapel itu haram…seperti dalil2 dan hadis nabi yg lain🙂 sy ingin mengupas tajuk ini supaya mendapat pndangan yg berlainan…. kerana menuntunt ilmu terhadap sesuatu perkara dengan kritis dan mendalam adalah dituntut islam itu sendiri walaupun sy ade berguru dengan beberapa org guru…..insyaAllah🙂

  4. assalamualaikum…boleh x ustaz tolong nyatakan ayat al-quran/hadis yg mngatakan bahawa couple itu haram??? terima kasih…

  5. Assalamualaikum ustaz saya nak tanya adakah kita wajib untuk berkahwin walaupun seseorang tekad untuk tidak berkahwin. Saya tertanya apa jawapan yang harus saya berikan bila seseorang itu tanya kepada saya ? Adakah hukumnya harus ?

    • Waalaikumus salam warahmatullah…

      Berkahwin itu adalah sunnah nabi SAW. Pelik juga kalau ada orang yang bersungguh untuk tidak berkahwin sedangkan itu adalah fitrah manusia. Bila sebut fitrah, maksudnya hidup akan pincang tanpanya.

      Berkaitan hukum, boleh rujuk tajuk nikah yang dipelajari semasa tingkatan lima. Nikah tertakluk kepada hukum yang lima, dan berbeza antara seseorang dengan yang lain.

      Seseorang yang bertekad untuk tidak berkahwin harus ada alasan yang kuat untuk menyanggah fitrah tadi.

      Wallahuaklam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: