Bagaimana kita menyambut Ramadhan?


Bismillahi walhamdulillah.

Saya kongsikan catatan berikut untuk rujukan pembaca. Terima kasih kepada saudara Kamin (Khairol Amin) atas susunan dan usaha murni beliau. Moga Allah berkati…

Teruskan membaca

Kelebihan Bulan Ramadhan


Daripada Salman al Farisi ra berkata: Pada hari terakhir bulan Sya`ban Rasulullah s.a.w telah berkhutbah kepada kami dengan sabdanya yang bermaksud:

“Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah dinaungi oleh bulan yang agung dan bulan yang penuh berkat. Bulan yang padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Allah telah menjadikan puasa padanya (Ramadhan) satu kefardhuan dan melakukan qiam di malamnya sebagai amalan sunat. Sesiapa yang melakukan satu amalan kebaikan padanya, maka baginya ganjaran seumpama melakukan satu amalan fardu. Dan sesiapa yang melakukan satu amalan fardu, maka baginya ganjaran seumpama melakukan tujuh puluh amalan fardu. Ramadhan adalah bulan kesabaran dan sabar ganjarannya adalah syurga. Ramadhan juga adalah bulan saling tolong-menolong dan bulan di mana akan ditambah rezki orang-orang Mukmin. Teruskan membaca

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan!


Bismillahi walhamdulillah…

“Wahai orang yang beriman! Diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183)

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dalam keimanan dan pengharapan diampunkan dosanya yang telah lalu.” (Bukhari, Muslim)

Ramadhan Menjelang Lagi

Bersyukurlah orang yang berpeluang bersama Ramadhan. Teruskan membaca

Catatan Forum – Ayuh Solat!


Bismillahi walhamdulillah.

25 Julai: Saya bawa semua anak lelaki (kecuali Yasir) solat maghrib di Masjid Jamik An-Nur Rembau , untuk menghadiri  forum sempena pelancaran kempen Ayuh Solat! sebagai iktibar dari peristiwa israk dan mikraj, anjuran ISMA dengan kerjasama pengurusan masjid. Ahli panelnya ialah Us. Zamani Ibrahim dan isterinya Ust. Nik Norsaha. Saya kongsikan beberapa catatan forum tersebut; Teruskan membaca

Masih ada kebaikan di hati mereka


Bismillahi walhamdulillah…

17 Julai: Selepas menyampaikan kuliah sirah di Surau As-Salam, saya bersembang dengan Hj. Abdullah dan En. Khalid (Pengerusi dan Setiausaha surau) di bangunan tambahan berukuran 20’X40′ yang baru siap dibina. Menurut mereka, pada awalnya dana yang terkumpul hanya RM20,000, sedangkan bangunan itu dianggarkan menelan kos lebih RM40,000. Alhamdulillah, berkat kerjasama, sumbangan dan prihatin masyarakat setempat, bangunan tambahan itu berjaya disiapkan. Saya difahamkan, jamaah surau tersebut tidaklah seramai penduduknya. Masih ramai yang tidak datang ke surau untuk solat lima waktu. Mungkin sibuk dengan kerja atau solat di masjid berdekatan.

Dalam perbincangan tersebut -sambil menikmati teh dan nasi lemak- saya tegaskan bahawa janganlah kita mudah melabel orang yang tidak datang ke surau sebagai tidak boleh diharap, sombong, keras kepala dan sebagainya. Tindakan tersebut lebih mendatangkan keburukan dari kebaikan. Namun tidak dinafi, ada orang yang tidak boleh berubah melainkan selepas dicemuh, dikutuk dsb. Teruskan membaca

Ramadhan Kareem…!


Bismillahi walhamdulillah…

Ramadhan kareem… Allahu Akram!

رمضان كريم… اللـه أكرم…!

Maksudnya, Ramadhan mulia, Allah lebih mulia! Itulah lafaz tradisi orang Arab apabila menyambut Ramadhan.

Sekarang kita berada hampir pertengahan Syaaban. Maksudnya tidak lama lagi Ramadhan menjelma. Soalan: Adakah kita telah mempersiapkan diri untuk menyambut Ramadhan? Sama ada dari segi ilmu, mental, fizikal dan material? Teruskan membaca

Catatan Ceramah Prof. Kamil


Bismillahi walhamdulillah.

17 Julai. Seperti dirancang, ceramah sempena Israk dan Mikraj anjuran bersama JK Pembinaan Surau VS dan Persatuan Pemilik VS berjaya diadakan dan berjalan dengan lancar. Antara point penting yang disampaikan oleh Prof. Kamil ialah keyakinan kepada janji Allah dan sentiasa mohon doa kepada Allah. Ini  dibuktikan dengan pengalaman beliau sendiri. Banyak nikmat dan keistimewaan diperolehinya didahului dengan munajat dan doa yang bersungguh-sungguh kepada Allah. Semua pengalaman semasa menunaikan ibadat haji – yang menjadi titik permulaan perubahan – beliau nukilkan dalam buku bestsellernya; Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman. Teruskan membaca

%d bloggers like this: