Catatan Ceramah Perbandingan Agama

Shah Kirit

Bismillahi walhamdulillah.

Kalau ceramah biasa saya jarang iklankan, tapi ini ceramah perbandingan agama… Untuk mengiklankan ceramah tersebut, saya telah menghantar 20 SMS kepada jiran setaman dan kenalan. Alhamdulillah, yang saya nampak ada 5 orang hadir, OK la tu – 20 % hadir! Saya pergi bersama Cikgu Shamsul, jiran depan rumah.

Kira-kira lima tahun lepas, saya pernah hadir program yang serupa di Shah Alam dan antara penceramahnya ialah Shah Kirit sendiri. Tak jauh beza point yang diutarakan dan gaya persembahannya. Beliau memang seorang yang hebat, sebab hafaz nama surah, surah ke berapa dan nombor ayat. Walaupun baru 14 tahun memeluk Islam. Bukan setakat Al-Quran, malah kitab bible dan hindu juga. Sebagai perkongsian, berikut antara yang dapat saya catatkan semasa ceramah tersebut.

  1. Tidak perlu tukar nama apabila memeluk Islam. Tiada nas yang jelas mengarahkan berbuat demikian.
  2. Permudahkan orang memeluk Islam. Jangan sebut perkara-perkara yang boleh menjauhkan mereka dari peluk Islam seperti ‘kena potong’, hari-hari mesti solat lima kali, mesti itu dan ini dsb. Tanamkan akidah dalam diri mereka dahulu.
  3. Sekarang, ilmu perbandingan agama sudah tidak janggal lagi berbanding dahulu. Ia adalah salah satu cabang dakwah, bukan untuk bermusuh. Dengan perbandingan agama kita dapat cari titik persamaan dengan agama lain dan jadikan noktah untuk berdialog dengan mereka dan berdakwah. Juga boleh menguatkan keyakinan kita dengan Islam.
  4. Ramai orang Kristian dan Hindu sendiri yang tidak merujuk kepada kitab mereka. Kitab mereka sebenarnya mengajak kepada tuhan yang satu. Kitab mereka juga terdapat percanggahan.
  5. Jangan takut untuk baca bible. Kalau akidah kita dah mantap, kita tidak perlu takut. Setakat ini belum ada orang yang memeluk kristian kerana membaca bible! Tetapi ramai yang memeluk Islam apabila membaca al-Quran.
  6. Kita perlu berdakwah kepada orang bukan Islam. Jika ada yang beri alasan, utamakan dakwah kepada orang Islam. Jawabnya, pada zaman nabi sendiri ada sahabat yang lakukan maksiat (tidak sempurna), tetapi baginda tetap lebarkan dakwah kepada kaum kafir hatta ke luar tanah Arab.
  7. Untuk patahkan hujah lawan, kita perlu gunakan kitab mereka sendiri seperti Bible dan Veda. Maka para pendakwah perlu menguasai kitab tersebut. Adapun bagi atheist yang tidak percayakan tuhan, kitab mereka ialah sains dan logik. Maka boleh kita gunakan ayat-ayat al-Quran.
  8. Islam agama benar. Ramai orang tahu, tetapi tidak ramai yang yakin! Orang kafir kekal dengan kekufurannya mungkin kesalahan kita sendiri yang tidak menyampaikan Islam kepadanya.
  • Alhamdulilah, saya ada rakaman penuh ceramah beliau dan muqaddimah moderator, Us. Zamani Ibrahim (Ketua biro Dakwah, ISMA Seremban). Boleh dapatkan daripada saya, format MP3 – lebih kurang 200mb sahaja.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: