Percikan api fitnah

Bismillahi walhamdulillah…

10 Julai: Melangkah masuk ke dalam surau Al-Hidayah untuk solat zuhur, saya lihat beberapa orang sedang membaca dari jauh makluman yang tercatat di papan putih. Sayapun terpanggil untuk membaca dari dekat. Rupa-rupanya makluman tentang undangan ke majlis doa selamat esok, sempena pembukaan sebuah restoran. Turut meminta agar imam surau memimpin majlis. Makluman begini memang biasa tercatat di papan putih. Tapi di sudut kiri, ada sedikit coretan warna merah. Mafhumnya; cara macam ni tak ikut adat Melayu dan (turut mempersoalkan)  orang ni pernah ke datang surau? Setelah berfikir ringkas, saya padam tulisan merah tadi. Hj. Zamrose yang melihat saya menunjukkan simbol ‘good’ kepada saya. Saya sambut dengan; tak usah cari gaduh!

Saya tidak tahu siapa yang menulis makluman asal itu. Saya juga tidak tahu siapa pula yang menulis komentar nakal dengan warna merah. Mungkin tak perlu saya ambil tahu siapa orangnya. Yang saya tahu… Dalam sebuah hadis, nabi SAW mengajar kita bahawa salah satu kewajipan muslim ialah memenuhi undangan. Juga ada hadis supaya memuliakan jiran sebagai salah satu syarat penyempurnaan iman. Tidak perlulah dipertikaikan, orang itu pernah datang surau atau tidak. Kalau dia tak pernah ke surau, sekurang-kurangnya dengan memenuhi undangannya boleh kita jadikan pemula yang baik untuk berdakwah. Lainlah jika dalam jiwa kita tiada rasa nak berdakwah, tetapi lebih cenderung kepada menghukum dan ‘melabel’ orang. Orang yang mengajak, pasti dia berhajat. Ingatlah mafhum hadis- Allah sentiasa membantu hambanya, selagi mana hambanya membantu saudaranya.

Pengalaman

Perkara yang sama pernah saya lalui dalam mesyuarat jawatankuasa surau di Klang dahulu. Isunya ialah orang yang tidak datang surau dan tidak membayar yuran surau. Masing-masing sepakat, bahawa mereka tidak layak mendapat bantuan khairat kematian kerana tidak membayar yuran. Tetapi, ahli mesyuarat keliru. Iaitu, apabila orang yang tidak datang ke surau dan tidak membayar yuran itu menjemput kita datang ke rumah untuk kenduri doa selamat. Atau, jika berlaku kematian…

Maka saya perjelaskan, kita kena bezakan antara tidak datang surau dan tidak bayar yuran surau dengan hak mereka sebagai jiran atau ahli qaryah. Juga kewajipan fardu kifayah. Mereka tetap ada hak jika ditimpa musibah atau apabila mereka mengundang. Sikap suka me’label’ dan memulau oranglah umat Islam susah untuk bersatu. Lebih malang jika penyakit ini dihidapi oleh ‘orang surau’! Jangan fikirkan kewajipan orang lain sahaja, perlu ingat kewajipan kita terhadap mereka!

Mengapa saya padam tulis warna merah itu? Niat saya ialah supaya bibit-bibit kebencian atau api fitnah tidak menyala seterusnya marak dalam hati orang surau. Kalaulah si penulis berjiwa melayu, bukan begitu caranya. Berjumpalah si polan dan tunjukkan kesalahannya. Menulis di papan putih tidak menyelesaikan masalah. Tetapi lebih memarakkan api fitnah… dan memecah belahkan antara masyarakat.

“Ya Allah! Kami berlindung denganmu dari fitnah!”

Kekuatan yang telah hilang

Janganlah dipandang kepada kehadiran si polan ke surau. Jangan dinilai sangat makanan yang hendak dijamu. Jangan berbangga sangat dengan iltizamnya kita dengan surau. Tetapi lihatlah kepada kekuatan umat Islam yang wajib kita bina iaitu kekuatan persaudaraan di samping kekuatan iman dan senjata.

Hadis sebagai sandaran

“Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada lima; menjawab salam, menziarai orang sakit, mengiringi jenazah, memenuhi undangan dan menjawab orang bersin.” Al-Bukhari dan Muslim

“Apabila seseorang kamu dijemput kepada jamuan makan hendaklah ia menghadirinya. Jika ia tidak berpuasa hendaklah ia makan dan jika ia berpuasa hendaklah ia berdoa untuk keberkatan yang menjemput.” At-Tabrani

“Sekiranya aku dijemput menghadiri sesuatu majlis mahupun kecil atau besar nescaya aku menerima jemputan tersebut dan sekiranya aku dihadiahkan sesuatu barang yang bernilai atau tidak nescaya aku menerimanya juga.” Al-Bukhari

Wallahu a’lam.

Fitnah: 1. perbezaan pendapat sehingga membawa kepada berbunuh-bunuhan 2.kesesatan 3.kekufuran 4.keaiban 5.ujian (Kamus Ar-Raid)

6 Respons

  1. قال الشيخ محمد صالح المنجد :

    فقد ورد في صحيح البخاري ( 1164 ) ومسلم ( 4022 ) أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ :
    سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ :
    “حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ خَمْسٌ رَدُّ السَّلَامِ وَعِيَادَةُ الْمَرِيضِ وَاتِّبَاعُ الْجَنَائِزِ
    وَإِجَابَةُ الدَّعْوَةِ وَتَشْمِيتُ الْعَاطِسِ ” .

    وقد قسم العلماء الدعوة التي أُمر المسلم بإجابتها إلى قسمين :

    الأول : الدعوة إلى وليمة العرس

    فجماهير العلماء على وجوب إجابتها إلا لعذر شرعي ، وسيأتي ذكر بعض هذه الأعذار ـ إن شاء الله ـ .
    والدليل على وجوب الإجابة ما رواه البخاري (4779 ) ومسلم ( 2585 ) عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
    أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :
    ” شَرُّ الطَّعَامِ طَعَامُ الْوَلِيمَةِ يُمْنَعُهَا مَنْ يَأْتِيهَا وَيُدْعَى إِلَيْهَا مَنْ يَأْبَاهَا وَمَنْ
    لَمْ يُجِبْ الدَّعْوَةَ فَقَدْ عَصَى اللَّهَ وَرَسُولَهُ ”

    الثاني : الدعوة لغير وليمة العرس على اختلاف أنواعها

    فجماهير العلماء يرون أن إجابتها مستحبة ، ولم يخالف إلا بعض الشافعية والظاهرية ، فأوجبوها ،
    ولو قيل بتأكد استحباب الإجابة لكان قريبا .والله أعلم .

    لكن العلماء اشترطوا شروطا لإجابة الدعوة ، فإذا لم تتحقق هذه الشروط لم يكن حضور الدعوة واجبا ولا مستحبا ،
    بل قد يحرم الحضور ، وقد لخص هذه الشروط الشيخ محمد ابن عثيمين رحمه الله فقال :

    1- ألا يكون هناك منكر في مكان الدعوة ، فإن كان هناك منكر وهو يستطيع إزالته وجب عليه الحضور لسببين :
    إجابة الدعوة ، وتغيير المنكر ، وإن كان لا يمكنه إزالته حرم عليه الحضور .

    2- أن يكون الداعي للوليمة ممن لا يجب هجره أو يُسنّ .
    [ كأن يكون مجاهرا بفسق أو معصية ، وهجره قد ينفع في توبته من ذلك ]

    3- أن يكون الداعي مسلما ، وإلا لم تجب إجابته لقوله صلى الله عليه وسلم :
    ” حق المسلم على المسلم .. ”

    4- أن يكون طعام الوليمة مباحا ، يجوز أكله .

    5- أن لا تتضمن إجابة الدعوة إسقاط واجب أو ما هو أوجب منها فإن تضمن ذلك حرمت الإجابة .

    6- أن لا تتضمن ضررا على المجيب مثل أن يحتاج إلى سفر أو مفارقة أهله المحتاجين إلى وجوده بينهم ،
    أو نحو ذلك من أنواع الضرر . ( القول المفيد 3 / 111 بتصرف ) .

    وزاد بعض العلماء :

    7- أن يخص الداعي المدعو بالدعوة ، بخلاف ما لو دعا الحاضرين في مجلس عام لحضور وليمته ،
    وهو أحد هؤلاء ، فلا يلزمه الحضور عند الأكثر .

    • Terima kasih sekali lagi.
      Teks ini pula menyenaraikan jenis-jenis undangan perkahwinan yang tidak harus dipenuhi.

  2. شروط عدم إجابة الدعوة:

    من الشروط أيضا أن يكون المسلم ممن لا يجوز هجره فإن كان ممن يشرع هجره فيكون عدم إجابته من الهجر المشروع، طبعا الهجر كما نعلم ليس مشروعا مطلقا مع كل أحد وفي كل حال ، وليس ممنوعا مطلقا وإنما ينظر فيه المصلحة، الهجر بإختصار كما يقول محقق العلماء هو كالعلاج أو كالدواء للمريض إن كنت ترجوا من هجر هذا الشخص وعدم زيارته وعدم إجابة دعوته وعدم نفعه بالمال إن كان فقيرا أو نحوه أن يرتدع عن معصيته وأن يقلع عن فسقه ومحاددته لله عزوجل ولرسوله عليه الصلاة والسلام فيكون الهجر مشروعا ، وإن كنت تخشى أنك لو هجرته لتفاقم شره وزاد ضرره وفسقه وعاند وكابر فيكون الهجر حراما ، فنقول إذا من الشروط إلا يكون هذا الداعي المسلم ممن يشرع هجره فإن كان ممن يشرع هجره فنقول لا حرج عليك لأنك هجرته تريد مصلحته وهجرك يعتبر طاعة لله عزوجل

    • Salam.
      Terima kasih kepada Hamba Allah (tetapi kenapa bagi email palsu? Salah taip kot!) Sebenarnya saya sedang menterjemah teks yang tuan kirim, tapi belum siap. Adapun ringkasnya; Antara syarat memulaukan (tidak memenuhi undangan), hendaklah orang yang mengundang tersebut bukan dari kalangan orang yang harus dipulaukan. Wallahu a’lam

  3. الدعوة لغير وليمة العرس على اختلاف أنواعها

    فجماهير العلماء يرون أن إجابتها مستحبة

    • Syukran.
      Terjemahannya: Undangan untuk selain kenduri kahwin yang pelbagai jenis, maka jumhur ulamak berpendapat bahawa memenuhi undangan itu adalah sunat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: