Berkongsi ilmu, menimba pengalaman.

Bismillahi walhamdulillah…

Sabtu, 10 Julai: Jam 6.45 petang,  saya bertolak menuju ke Masjid Kariah Bunga Tanjung, Kuala Klawang bagi memenuhi undangan imamnya Us. Zurin untuk menyampaikan ceramah sempena sambutan israk mikraj. Kalau ikutkan, saya tak nak ke sana. Tapi bila difikirkan, tiada alasan yang munasabah untuk saya tolak. Jarak, cuma 30km. Tempoh makluman, seminggu (melalui Us. Kamal Shahril VS). Memang malam tu saya ‘free’, tiada mesyuarat maupun program lain. Kenderaan, takde masalah. Maka saya gagahkan juga… berbekalkan niat menyampaikan mesej dakwah. Sekurang-kurangnya memenuhi hajat saudara seagama. Dapat berkongsi ilmu yang tak seberapa ni dengan orang lain. Juga, menimba pengalaman sebelum, semasa dan selepas berceramah kelak.

Masuk kandang kambing…

Alhamdulillah, ceramah berjalan lancar selama 78 minit (ikut level saya!). Di penghujung ceramah sempat saya perkenalkan diri sebagai salah seorang AJK Ikatan Muslimin Seremban (ISMA) seterusnya menyampaikan poster berserta brosur Ayuh Solat! kepada tuan nazir masjid.  Dalam rumusannya Us. Zurin mencadangkan suatu yang lebih hebat lagi, iaitu bukan setakat poster dan brosur, tetapi supaya ISMA mengusahakan agar iklan tentang solat dimasukkan dalam TV. Cadangan baik yang boleh difikirkan. Kemudian, macam biasa- jamuan makan… Nasib baik la saya ni jarang berceramah di luar. Sebenarnya saya kurang bersetuju kalau makan berat selepas jam 9.00 malam kerana menyalahi sunnah. Tapi, dah masuk kandang kambing, kenalah mengembek…

‘Tsunami’ di Kuala Klawang!

Sebelum meninggalkan masjid, saya berbual agak lama dengan Us. Zurin yang pernah menuntut di Al-Azhar juga. Antara cerita menarik ialah apa yang berlaku pada 2004, ketika tsunami melanda Acheh. Masyarakat setempat beranggapan bahawa kawasan mereka tidak mungkin dilanda tsunami kerana tinggi dan jarang hujan. Sebagai guru agama yang mengajar kitab Risalah Tauhid, Us. Zurin menjelaskan bahawa tiada yang mustahil untuk  Allah Taala. Tapi mereka bermati-matian mempertahankannya! Sebulan selepas itu, dengan kehendak Allah kawasan berkenaan dinaiki air hingga ke paras dada! Subhanaka Ya Allah! Tamparan dan peringatan secaran langsung dari Allah.

Bukan setakat itu, lebih menakjubkan, masjid lama yang terletak tidak jauh dari masjid sekarang, tidak terjejas langsung. Hanya digenangi air sekadar ‘menyapu berak ayam’ (itu nas Us. Zurin)! Air jelas berkuak. Berbanding kawasan luar masjid yang tenggelam paras dada, sama macam kawasan lain. Subhanaka Ya Allah! Sejak itu, tiada lagi orang berjudi di tepi jalan, masjid sudah dimakmurkan dan Us. Zurin mula disegani…

Semoga Us. Zurin dan barisan AJK masjidnya dapat memimpin ahli qaryahnya menuju keredhaan Allah. Alhamdulillah, misi selama hampir empat jam itu memberi pulangan amat berharga buat saya…

Wallahu a’lam.

Kamus Dewan:
brosur – risalah (yg memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: