Saya ucapkan tahniah. Beristighfarlah…

Bismillahi walhamdulillah…

Jika dalam suatu majlis, seorang ketua jabatan berucap: “Saya ucapkan tahniah atas kejayaan yang dicapai. Sama-samalah kita bersyukur kepada Allah semoga nikmat kejayaan ini berpanjangan…” Ucapan tahniah yang disusuli dengan syukur begini adalah pakej standard untuk mana-mana ucapan. Bagaimana pula dengan ucapan tambahan ini: “… namun janganlah kita lupa untuk beristighfar kepada Allah, agar segala kelalaian dan kesilapan kita diampuniNya.” Mungkin agak janggal dan jarang kita dengari.

“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah), Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Ia sangat-sangat menerima taubat. “

Dalam terjemahan surah an-Nasr di atas, Allah mengajar kita supaya memuji dan beristighfar kepadanya apabila mendapat kejayaan. Kalau bertasbih, memang nampak relevannya dengan kejayaan. Di mana pula relevannya istighfar?

ISTIGHFARlah kerana mungkin dalam usaha mencapai kejayaan itu, kita…

  1. Melalaikan atau meninggalkan ibadat khusus seperti melewatkan solat. Apatah lagi meninggalkannya. Termasuk juga melalaikan tilawatul quran. puasa sunat dan qiyamullail yang sebelum ini menjadi amalan.
  2. Timbul perasaan bangga diri terhadap usaha yang dilakukan, apatah disulam dengan memperkecilkan usaha orang lain.
  3. Berburuk sangka kepada orang lain, terutama apabila tidak mendapat kerjasama dari orang lain.
  4. Berburuk sangka kepada Allah. mengeluh mengapa usaha baik lambat mendapat bantuanNya. Mengapa orang masih tidak menerima dakwah kita, sedangkan kita telah berusaha pelbagai cara.
  5. Ada perasaan terlalu bergantung kepada usaha sendiri, seperti perancangan strategik yang hebat, tenaga kerja yang mahir lagi ramai, alat yang lengkap dan kaedah yang terkini dsb

Sekadar menyebut beberapa contoh. Bahkan selepas solat juga kita disunatkan beristighfar. Sebagai menampung kekurangan yang ada semasa solat tadi. Ringkasnya, setiap kejayaan harus diiringi tasbih dan istighfar kepada Allah.

Wallahu a’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: