Ramadhan Kareem…!

Bismillahi walhamdulillah…

Ramadhan kareem… Allahu Akram!

رمضان كريم… اللـه أكرم…!

Maksudnya, Ramadhan mulia, Allah lebih mulia! Itulah lafaz tradisi orang Arab apabila menyambut Ramadhan.

Sekarang kita berada hampir pertengahan Syaaban. Maksudnya tidak lama lagi Ramadhan menjelma. Soalan: Adakah kita telah mempersiapkan diri untuk menyambut Ramadhan? Sama ada dari segi ilmu, mental, fizikal dan material?

Dari segi ilmu: Ulangkaji syarat-syarat wajib puasa, perkara-perkara yang membatalkan puasa, amalan-amalan sunat diperbanyak dsb. Kalau masih ada keraguan, bertanyalah orang yang lebih alim. Jangan kekalkan kejahilan silam. Harap-harap tiada lagi yang tanya; Ustaz, kalau korek hidung batal tak puasa?

Dari segi mental: Ulangkaji kelebihan Ramadhan dan fadhilat beramal, hikmah disyariatkan puasa, yakin kita mampu puasa dengan bantuan Allah, berdoa kepada Allah agar Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun lepas, bertemu lailatul qadar dsb.

Dari segi fizikal: Kalau dah tahu ada penyakit, segeralah bertemu doktor. Tanya, apa yang perlu dibuat supaya dapat puasa. Bukannya tunggu saat akhir dan mengeluh; saya tak boleh puasa! Hendak seribu daya…

Dari segi material: Pastikan cermin mata sesuai dipakai untuk baca al-Quran, sejadah dan mushaf al-quran untuk kita sekeluarga lengkap, kelengkapan untuk iktikaf sepuluh akhir Ramadhan tersedia. Tidak ketinggalan, jam loceng dan taqwim waktu solat untuk kemudahan berbuka dan sahur. Bahkan rancang pembelian kelengkapan raya agar ibadat sepanjang Ramadhan tidak terganggu.

Mungkin tiadanya persiapan sebegini menyebabkan saf solat tarawih di surau dan masjid, di kampung dan kota makin berkurangan apabila makin hampir penghujung Ramadhan.

Semoga Allah pertemukan kita dengan Ramadhan, dan Ramadhan kita kali ini lebih baik dari tahun lepas. Amin, Ya Rabb…

Wassalamulaikum.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: