Masih ada kebaikan di hati mereka

Bismillahi walhamdulillah…

17 Julai: Selepas menyampaikan kuliah sirah di Surau As-Salam, saya bersembang dengan Hj. Abdullah dan En. Khalid (Pengerusi dan Setiausaha surau) di bangunan tambahan berukuran 20’X40′ yang baru siap dibina. Menurut mereka, pada awalnya dana yang terkumpul hanya RM20,000, sedangkan bangunan itu dianggarkan menelan kos lebih RM40,000. Alhamdulillah, berkat kerjasama, sumbangan dan prihatin masyarakat setempat, bangunan tambahan itu berjaya disiapkan. Saya difahamkan, jamaah surau tersebut tidaklah seramai penduduknya. Masih ramai yang tidak datang ke surau untuk solat lima waktu. Mungkin sibuk dengan kerja atau solat di masjid berdekatan.

Dalam perbincangan tersebut -sambil menikmati teh dan nasi lemak- saya tegaskan bahawa janganlah kita mudah melabel orang yang tidak datang ke surau sebagai tidak boleh diharap, sombong, keras kepala dan sebagainya. Tindakan tersebut lebih mendatangkan keburukan dari kebaikan. Namun tidak dinafi, ada orang yang tidak boleh berubah melainkan selepas dicemuh, dikutuk dsb.

Pertama, cuba tanya diri kita sendiri, adakah kita telah ambil semua pendekatan supaya mereka berjinak dengan surau? Atau sekadar edar risalah dan buat pengumuman, kemudian mencemuh orang yang tidak datang ke surau. Melabel jiran dan masyarakat sekeliling dengan label negatif bukanlah sifat pendakwah yang boleh menjinakkan orang dengan Islam atau surau. Label itu sebenarnya pendiding antara kita dengan mereka dan bercanggah dengan sirah nabi SAW.

Kedua, lihatlah dari sudut yang positif. Bukankah wakil surau yang datang ke rumah mereka untuk mengutip derma telah dilayan dengan baik dan tidak diherdik. Bukankah mereka tidak lokek menyumbang wang ringgit untuk aktiviti dan pembangunan surau? Silap-silap sumbangan duit mereka lebih banyak dari AJK surau sendiri! Itu tandanya ada persamaan antara kita dengan mereka. Itu tandanya masih ada kebaikan dalam sudut hari mereka. Maka titik persamaan dan unsur kebaikan inilahyang harus menjadi tumpuan kita.

Walahu a’lam…

3 Respons

  1. ustaz, saya secara peribadi menyokong pandangan dan pendapat tuan..semoga kita sama-sama menghayatinya.

  2. SubhanAllah

    benar pendapat Ustaz. Sikap yang perlu diubah di kalangan Ummat Melayu Muslim Malaysia, terutama ‘orang-orang kut surau’.

    Mungkin solat di Masjid berdekatan, aiwah… bukankah bagus? Pergi solat di Masjid.

    Kadang kala ana rasa pelik. Masjid dah ada, cukup besar, tapi nak ada surau juga berdekatan. Harapkan penuh saat solat jumaat, solat raya. Hm… Banyak lagi yang nak di’kerjakan’

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: